Wednesday, August 4, 2010

guru oh cikgu











BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG - Al - Fatihah.
1979

"5 tahun lalu..Zubir Rajman telah memberi aku sehelai kain pelikat yang di simpannya sekian lama, khasnya hanya untuk di berikan pada aku..bersama sekeping kertas hasil tulisan tangannya yang kemas dan tersusun memberikan aku sebuah sajak yang tak lapok dek hujan tak lekang dek panas hasil nukilan sasterawan negara arwahyarham Usman Awang. kini 5 tahun sudah berlalu..aku bakal menjadi guru..jasa nya tetap ku kenang sehingga kini, wahai Cikgu Zubir yang tidak akan aku lupai.."


Dalam kekalutan aku nak memesan makanan di sebuah restoran makanan ringan tadi aku menerima satu panggilan, nombornya aku ingat tapi tak ada paparan nama pada alat komunikasi aku, aku terus meniggalkan kaunter tok mac dan nyOng 'oderkan' tok aku..aku cuba menangkap suara siapa yang bercakap ngan aku, tapi sedikit pon aku xingt..dalam hati aku aduh..sapa plak yang kol aku tetiba je ni? nk tanya aku takot kecik hati..ah..klu aku tak tanya sampai bila aku nk tau kan..aku pon bertanya.."sapa ni?" dalam loghrat utara aku..."Ni Cikgu Zubir la....." aku terkejut dan rasa malu aku kat dia..sebabnya dia yang telefon aku..sepatut nya aku yang telefon dia, tanya kaba dia..last2 dia yang telefon aku tanya kaba..hadui...belalang-belalang...apa nak jadi dengan hg nih...apa lagi aku pon mintak maap la banyak2 bukan xingat dia, cuma no telefon dia tak dak dalam henpon ni dalam henpon satu lagi (bukan helah, ini kisah benar, hehe)... maap cikgu....

nasib baik lah cikgu aku ni sorang yang "cool" dan guru terbaik penah aku jumpa..dia lah inspirasi aku selama ni,,dia banyak menolong masa kt sekolah dulu, aku tak akan lupa jasa dia sampai bila-bila, aku syukur sangat dapat cikgu yang sanggup membantu dan nak tengok anak murid dia berjaya,,kalu boleh aku pon nak jadi macam dia dan menjadi inspirasi rang lain, mana tak nya, sbb usaha dia membimbing aku lah aku dapat rezeki pelajar terbaik sekolah atau kat sekolah aku di panggil "TIGER OF THE YEAR" alhamdulillah..kata-kata aku masa tingkatan 3 dulu tercapai..terima kasih cikgu...

"Topek (kawan paling rapat dengan aku dulu) satu hari nanti kita akan dapat "TIGER OF THE YEAR"..aku cakap main-main ja ngan kawan aku ni,aku tau susah nak dapat anugerah ni, nak kena wakil Malaysia baru boleh, paling kurang pOn wakil negeri, aktif sukan, koko , ngan kurikulum cemerlang..mana aku nak dapat wakil Malaysia, wakil negeri pon sekali ja aku dapat bawah 19 tu pon masa form 5..tapi atas dorongan cikgu aku sorang nih banyak aku aktif, termasuk lah macam-macam dia bawak aku supaya aku aktif..terima kasih cikgu...

kalau nak di ceritakan kenangan aku ngan cikgu memang banyak lah,sejak dia baru pindah sampai lah skrang,,dia memang cikgu yang banyak berkorban untuk anak bangsa dia..dia lah cikgu yang terbaik bagi aku..aku harap dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera..korang yang sudi membaca blog aku ni pon doa2 la kt cikgu2 korang agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya aminnn...terima kasih cikgu...

7 comments:

  1. pinjam akin pelikat 2..hehe..

    ReplyDelete
  2. haha..aku xbwk la..simpan kt umah..nk dtg umah yo..haha...

    ReplyDelete
  3. haha..bleh2..dh jempOt kne dtg larr..hehe,,

    ReplyDelete
  4. bgus2..dtg la,,leh kenalan..haha...

    ReplyDelete
  5. haha..bahaya..nnt awek mrh.hehe,,

    ReplyDelete
  6. awek marah..bkn bini...haha...

    ReplyDelete
  7. awek pn nk diangkt sbagai bini gak nnt,,kne jg la dr skrg,,hehe,,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...