Wednesday, December 14, 2011

Errr...Tah Buh la Tajuk Sendiri....

assalamualaikum....

agak lama tak buh apa2 kat blog nih...malas kot..tapi ni saja boring-boring aku nulis,hari ni aku nak cerita sket sal kawan aku punya minat tulis kat blog ni, sapa lagi kalu bukan MAC (http://mcana71.blogspot.com/) ng NYONG(http://nyongatthesky.blogspot.com/)...mac ngan nyong mang dah serasi ngan blog mereka. siap ada karya dalam blog. mereka hebat.x macam aku penulisan amatur. aku mungkin nak kupaskan sikit mengenai siapa mereka nih. dah tentu kawan aku. aku tau la..sal depa..
*tiada pembohongan dalam ruangan ini! cerita di bawah semuanya benar belaka!

...........................................LAGI ..........................................

NYONG ngan persembahan dan karya yang tersendiri...persembahan kameranya agak hebat...banyak karya dah dia hasilkan dan keputusannya 100% menjadi kegilaan para wanita yang mengklik pada button "like" sehingga mengangkat jari kaki tanda setuju. Karyanya terus berkembang kini, dari selatan ke utara tanah ayaq...rejeki memukul gambarnya menjadi-menjadi. semakin hari semakin banyak gambar yang dipukulnya...tidak pernah kurang 1000 pukulan setiap hari untuk mengasah kemahiran seni pukul gambarnya..tak hairanlah kalau kita cuba mengejutnya dari tidur ia agak sukar, maklum lah kerja kaki pukul ni agak penat berbanding kerja-kerja lain. bahkan...kerja ni bukan hanya menggunakan tulang empat
kerat, tapi memerlukan lagi tulang tambahan berkaki empat untuk membantu memukul bagi mendapatkan lagi hasil karya yang terbaik bagi kaki pukul. Kini aku juga sebahagian dari kaki pukul kumpulan nyong. kira aku ni dah taraf brader2...begitu juga MANTAT atau lebih dikenali dengan nama luqee si kaki pukul. NYONG juga merupakan salah seorang penari zapin kelab kesenian anak-anak jowo semenanjung. Gelekan zapinnya boleh membuatkan dirinya ke alam maya...waktu tu jangan kacau!! siaplah kau!!

.................................................LAGI LA...........................................

MAC karya cerpennya hampir memasuki pasaran haram....idea dan jalan ceritanya boleh dibuat filem...sebaris dengan Lagenda budak setan, ong bak rindu, ayat-ayat cinta, kL gengster, kau buka pintu hatiku tanpa ketuk dahulu dan spongebob circle pants...emmmm...dia memang hebat dalam penulisan cerita cinta nih...ramai gak awek-awek membeli karya dia melalui on line mahupun offline. bagi aku yang agak kurang meminati novel atau cerpen ni aku menilai dari segi penulisan beliau, jalan cerita sangat menarik. ringkas. padat tidak melambung-lambung pengolahannya, namun ramai yang membeli karya beliau dihadiahkan dengan pen merah...Ya..aku tahu sebabnya.. karyanya banyak "spelling error"..tapi bagus..pen merah yang diberikan secara percuma setelah membayar kepadanya seringgit dapat membetulkan kesilapan-kesilapan kecil oleh pembaca yang dilakukan oleh penulis. motto hidupnya..."Lantaklah janji siap" Orangnya memang sangat hensem..adakalanya ramai yang menganggap beliau bukan orang melayu dek kerana kulitnya yang putih mulus, gebu dan sebu. Tah aku pun tak faham..hensem ke? puiiiii..aku 10 x hensem tou..sekali petik 10 yang datang tou..ehhh..laki pon datang..apahal???!!!..

................................................LAGI-LAGI..............................................



Aku...kompomlah aku antara paling amatur dalam penulisan blog ni..jarang aku menulis dan menaip benda yang agak menarik kerana aku bukan seorang yang kreatif dalam bidang penulisan mana taknya SPM pun hanya dapat A1 dalam subjek Bahasa Inggeris. Jadi aku kurang sikit dalam penulisan Bahasa melayu ni. Maklumlah Bahasa Melayu pun cukup-cukup makan masa result SPM dulu ya cukup-cukup makan apa lagi selain A1. Mungkin tak banyak yang aku nak tulis mengenai blog aku, tapi hakikatnya ni lah blog yang keberapa kali dah aku buat sehinggakan kali ini aku betul-betul ingat passwordnya. Ya. kelemahan aku ialah nombor! Aku agak susah untuk mengingati nombor, kecuali DUIT! hemmm....Aku akgak tidak suka akan benda yang berkaitan nombor, jika SPM dlu pon pencapaian aku agak kurang memberangsangkan! beberapa keputusan adalah sangat mencacatkan keputusan aku sperti Mathematic ni..cacat sungguh dapat A1..huh!! Dah la aku malas nak pikirkan lagi mengenai benda yang dah lepas, aku pun dah berjaya sekarang aku dah mendapat kerja tetap di kementerian milik kerajaan sebagai tukang sapu di sebuah tempat yang perlu aku rahsiakan tempatnya. Aku memegang amahan kerajaan, segala lokasi aku tidak akan hebahkan pada public. Kini aku menetap di Selama (bukan nama sebenar), dan berulang alik ke tempat kerja di Sungai Bayor (nama sebenarnya bukan ini).

............................................LAGILAGILA....................................................

Ok la...aku mungkin akan kembali tahun hadapan tok menulis dalam blog aku ni...jadi selalulah tengok blog aku untuk mengetahui bila aku akan update blog aku ni. tiap-tiap hari pun tak pa tengok ja, taun depan akan ada lagi cerita-cerita rahsia kawan-kawan dan perihal artis (cet artis ja kompom hang pa nk baca) ok..aku gerak dulu dengan motosikal baru aku RXZ(mac)...ayuh!!!zzzzZZZZzzzzz....

Thursday, September 8, 2011

Errr...sekadaq berkongsi...

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.



err...sekadar berkongsi, bukan nak kata MAN U blasah Arsenal sampai 8 buat aku angin, tapi sekadar berkongsi sesama saudara ISLAM aku...xsalahkan..klu kita pakai jersi Arsenal pon tetap leh sokong MAN U atas dasar semangat kesukanan...kan..heh........

Wednesday, September 7, 2011

Aku pemain Arsenal...



rembatan derasssssssssssssssssssssss!!!!!


GOOOOOOOOLLLLLLLLLL!!!!!!!


apit : Cikgu pemain Arsenal ko? terrer cikgu main deh....


aku : Em..dulu la masa sekolah rendah...(sambil memegang lambang Arsenal dibaju)...hidung dikembangkan tanda bangga.

aku tak tipu..masa sekolah rendah dulu memang aku men untok Arsenal pon...heh....tak percaya? tengok gambaq aku kt bawah nun...




putihkan aku? sebab time ni mak aku tak bagi men panas sangat....






tak caya lagi? lantak korang la...heheh.....











Gunner's 4ever!! keh!

Friday, August 19, 2011

Hina Islam!!

Assalamualikum...

Wa memang panas kalu dengar tajuk cmni...wa tau jauh klu nk gi perang dekat negara-negara yang kuat agama lain ni yang banyak hina ISLAM ni, (wa tak nak sebut agama apa) wa tou wa bukan warak atau alim tapi wa respect agama lain, sebab semua agama ajar supaya berakhlak mulia, cuma hanya 1 jalanan agama saja yang lurus dalam diri dan sanubari wa ni ISLAM! wa tou, wa cakap ni macam ada kasar sikit pada bahasa dan agama, agama ISLAM jugak suruh kita berkata dengan baik dan lemah lembut. Tapi hati wa panas kalu orang dah senang-senang nak hina agama ISLAM yang wa anuti, dan tak menghormati agama lain. adakah kita terlalu baik atau mereka yang anggap kita bodoh dan senang dipermainkan? Jahanam!! maaf wa kasar lagi.

Memang wa akui wa memang minat bola sangat. Tunggu bola pagi-pagi memang rutin wa masa blaja dulu dengan kawan-kawan wa. Paling wa minat game El-classico game antara Barcelona ngan seteru keras dorang Real Madrid. Wa mang minat Barcelona. Tapi wa ngan nyong kurang senang dengan kehadiran David Villa dari Valencia dari awal dia masuk lagi. Barcelona mang team yang terbaik. wa mang respect gila team ni sekrang. Dalam team tu pun ada budak-budak ISLAM, macam Ibrahim Affaley tu, Abidal, Keita..Tapi wa panas sangat bila wa dengar statement nih .................... :

"I did this because i defending my religion, because David Villa insulted Islam"

Panas betoi wa..apahal lu nak kutuk-kutuk ISLAM plak. Men bola dah la. kalu lu marah sekali pon respect la sikit. mang panas dengar camtu. Mang la player feberet wa FABREGAS kena ngan mamat Marcelo tu yang memang nak bagi dia. Tapi marah tu ada batas abang VILLA, jangan sampai hina-hina agama lain. BODOH!! Memang sakit hati wa. Cakap panjang-panjang pon tak guna, bukan wa boleh wat apa pon kan? Tapi sekurang-kurangnya wa prihatin pasal agama wa.. Ada satu hari tu,ni hal lain la. Masa tu aku masih belajaq lagi. Aku men bola petang-petang. Dalam masa yang sama geng KPLI paling best ada. Ada sorang mamat KPLI ni turun bgan pkai baju Liverpool masih ditaja casberk (wa tak reti eja). Kawan wa sound la dia'secara gurauan..'woi...apa pakai bajukasbek tu..haram doh...hehe",dengan selamba BODOH dia jawab, ala rilek r,kasbek ni Yahudi punya maa...(lebih kurang la ayat dia) wat apa sokong ISLAM? Yahudi ada bom, sekali bom ISLAM hancuq semua!! harharhar..(lebih kurang macam tu la dia gelak). Celakak. sampai sekarang wa ingat dia tu, kalu men bola, tiap-tiap ari wa nak tekel dia, seb bek wa bukan Marcelo!

Ada lagi, ni time wa men bola gak..team ni mang team budak-budak muda. team anak pensyarah aku masa maktab dlu. Bagi wa dia mang main bagus, tapi agak poyo la sket. Elok tengah main dorang tukar player. Mamat kat dalam kluaq yang baru masuk ngah lompat-lompat macam beruk wat panas badan. Wa ada kat tepi tu dekat ngan dia sementara wa nak tunggu kawan wa throw-in. Mamat tu dengan selambanya sebelum masuk wat tanda SALIB kt badan dia macam player antarabangsat! selalu buat tu..apa jahanam anak melayu ISLAM buat camtu, geng-geng dia pun terkejut dengan peragai pelik HARAM JADAH dia (sori wa kasar lagi). selamba plak dia kata "lepak ar..lawak ja doh....."hmmm...memang lawak bangang!

Ok la, wa dah banyak celoteh panjang. wa pun ada kelas wa nak gi masok kelas plak skrang..nak ajaq sikit anak-anak seagama wa ni cara menghormati agama sendiri dan orang lain. wa bukan ustaz tapi wa seorang GURU ISLAM.








Bikin Panas!!!!!

Thursday, August 4, 2011

korek telinga.....!!

korek telinga.....!!


kelas feveret aku 3 Bijak. 21 orang murid. tapi tak pernah semua hadir dalam satu masa.
kelas feveret aku 3 Bijak. Kelas last. perangai ala-ala aku gak masa kecik.
kelas feveret aku 3 bijak.

ketua darjah : bangun............. mcam biasa depa bagi salam....

aku : ok. duduk.

3 bijak : terima kasih cikgu!

aku : ok. haa..sapa yang tak puasa hari ni?

wan : saya cikgu!

aku : aik?? kenapa?

wan : tadi amin korek telinga saya cikgu...

aku : kah..(gelak sikit..aku berpuasa).







"Ramadhan" itu nama Allah.....Sebutlah ia sebaik2nya..."Bulan Ramadhan"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...