Thursday, December 30, 2010


RINGKASAN


Negaraku, tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup, bersatu dan maju,
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.
Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.





tahniah MALAYSIA.......!

Tuesday, December 21, 2010

Sukan : Renangi Lautan Gelora 3

Assalamualaikum..wbt..



Skrang dah 5.12 pagi lagi setengah jam subuh nak masok, so dengan masa yang ada ni, sebelum aku menunaikan fardhu yang dituntut aku nak postkan gaya renang yang ketiga iaitu kuak lentang atau back stroke. back stroke ni pon aku rasa senang ja..budak-budak pun leh buat apatah lagi bapak budak serta merta mak budak lagi la senang. ok, dalam entri lepas aku dah post free style ngan breast stroke, kali ni cara renang dia amat lah berbeza dari yang dua gaya tadi. sebab nya cara renang dia adalah dengan badan dan kepala plak berada di atas permukaan air (paham kot?) pandai-pandai la hangpa nak memahaminya k..haha..

back stroke i tak susah sangat, pergerakan dia sama dengan pergerakan free style cuma cara penafasan je yang berbeza. lagi senang tak payah nak melakukan bubble (hembusan) dlm air.
apa yang perlu adalah kaki dan tangan sentiasa menendang dan membuat kuak kehadapan. sama dengan free stylr tapi tak serupa. ok. paham kot. orang kata kalu nak tau kebenarannya tengok dengan mata kepala sendiri, oleh itu aku menguploadkan satu video cara kuak lentang yang agak-agak ok la kot bagi aku org amatur ni..klu nak trngok yang betoi2 punya suruh la daniel begoo buat, tak pun michael phelp buat tu memang pro. haha. ok..klik play kek bawah tu...


kuak lentang


ok. dah tengok? harap ok la kot. leh paham la kot kan? cuba la klu nak lagi paham bak kata orang nak tau rasanya cuba lah sendiri kan? tak gitu? ok, cuba la kalu nak pandai berenang, belajaq pelan-pelan, sebab berenang ni salah satu sunnah nabi kita, insyaAllah ada keberkatanNya..








rasa nak terlentang...ngantok bangat....

Saturday, December 18, 2010

Sukan : Renangi Lautan Gelora 2




Assalamualaikum..wbt..




Al-kisah renangi lautan gelora ni bukanlah sebuah cerpen yang membolehkan semua pembaca blog Apa Nak Di kata ni membaca menitis-tiskan air mata macam blog masquerade tu, heh..provok2..haha..tapi ia sebuah kisah, bukan kisah la satu pengenalan baru kepada pembaca yang masih belum pernah atau sedang atau tak sempat nak mencuba sukan renang ni. dalam post lepas aku ada postkan pasal Sukan : renangi lautan gelora 1, cara berenang kuak dada, kali ni aku nak kongsikan pulak camna caranya kuak rangkak atau front crawl.

Setiap benda mesti ada sejarahnya kan? kuak rangkak ni pun ada sejarahnya, kuak rangkak depan ni dulu nama dia kuak trudgen, awat nama dia camtu? sebab mat salleh tu la kot yang cipta. ok, pastu ada lagi diubah suai, oleh mamat australia, tapi tah la apa nama dia aku pon lupa, kira dia ada banyak versi sebelum versi yang ni yang dibolehkan guna dalam sukan olimpik atau mana-mana sukan renang ni. kalu nak tau lebey try la cari kat mana-mana laman sesawang yang rasa boleh dipercayai. macam wikipedia, witwiki,kiki, kiki lala.. mana-mana la. heh..

Dalam dua kuak ni (kuak katak (aku panggil)/dada dan kuak rangkak ni), kuak ni lebih memerlukan banyak tenaga dari kuak katak. sebabnya, cara renanganya bergerak serentak tangan dan kaki, berbanding kuak dada yang berselang-seli, tapi kuak ini lebih laju berbanding kuak yang lain (kalau yang renang tu laju la) heh..sebab tu dalam acara free style ramai yang menggunakan kuak rangkak ni dalam acara free style.



Front Crawl


Kuak rangkak ni memerlukan tendangan kaki secara berterusan. kaki diluruskan dan mula menendang dari peha hingga ke hujung kaki (ikut paham aku ni) kalu tak paham leh tanya lagi. hehe. tangan pulak sentiasa kuak ke depan, bergilir kiri dan kanan. dan mengambil nafas pada salah satu tangan, paham tak? heh..ok kalu tak paham cuba tengok video atas ni, kalu paham pon tengok la, sian aku penat berenang. haha. Dah tengok? ok. cara tu adalah cara renang kuak rangkak, cara aku mungkin sumbang berbanding yang betul-betul pro. tapi dari segi cara dan teknik insyaAllah betol.

Ok. kot? kalu nak belajar sendiri boleh tapi pastikan cuba di kolam renang yang cetek. kalau yang dalam tu pastikan ada orang yang kawal, sebab takut nanti-nanti lemas, hilang plak sorang kawan aku,haha, ok geng cuba la k..InsyaAllah ada niat nak belajar ada jalan dia, bak kata perpatah "usaha eskelator kejayaan"







Belalang boleh merangkak tanpa berenang....

Thursday, December 16, 2010

Sukan : Renangi Lautan Gelora 1





Assalamualaikum..wbt..


Sepanjang cuti semester nih..hehe..cuti abes semester kot..ke cuti yang tiada lagi semester depan? mana-mana la janji aku berhak nak kata apa saja..hehe..ok, kita sambung balik mengenai cuti ni, sepanjang aku cuti ni, kalau ikotkan aku nak balik kampung, lepak-lepak ngan member lama yang dah agak lama aku tak lepak ngan depa, mungkin ada yang kata kau belagak, sombong dan sebagainya. maafkan aku, bukan sebab aku tak nak lepak, cuma tunggu aku balik, insyaAllah aku lepak. sori geng..

Aku tak balik ke TAIPING sebab aku, mac ngan nyong ada dapat job kat sini (nogori sembilan). senang cerita, dapat peluang untuk mengajar renang. disebabkan aku budak Pendidikan Jasmani, ada sijil asas renang, jurulatih kelab Encik Halim atau mesra dipanggil ''coach'' alim. dia yang menawarkan kami job ni. bukan italian job atau apa-apa job melainkan job mengajar renang ni. Abg Halim ni salah seorang coach bawah 12 N9 ni. so banyak ilmu dan pengalaman aku belajar dari dia. Mengajar renang ni nak kata susah tak sangat, nak kata senang pun tak sangat, tapi tempat mengajar dia memang bahaya. sebab renang ni dalam air. dalam air boleh berlaku lemas, pengsan, dan yang last skali mati, so keselamatan semasa mengajar renang adalah sangat penting.

kalu tak nak tambah bilangan. sila berhati-hati dalam ayor...!!

Kalau nama kanak-kanak atau budak-budak memang sifat depa ni bermain. kalau nak kawal budak-budak ni memang susah, biasa la lepa (terlepas pandang) sikit ja kompom macam-macam boleh jadi. Tapi Alhamdulillah sepanjang aku mengajar ni, tiada lagi budak yang lemas sampai nak pengsan atau mati. Bermula dengan umuq 4-12 tahun aku mengajar. macam-macam kerenah ada. yang takut ada, yang aktif ada, yang nangis setiap kali turun kolam ada, yang tak leh jumpa air pun ada, jumpa air mesti nak main je kejanya. seb bek aku ni cikgu yang sporting. hehe. Renang pun perlu ada bakatnya, macam sukan lain la. kalau ada bakat memang senang budak tu nak dapat apa yang dah ajar. Tapi kalu yang kurang bakat tu lambat sket mungkin makan seminggu dua nak pandai bubble (ambik/buang nafas) pun, kebanyakkannya budak-budak yang umur 4-6 tahun la, yang atas dari tu senang la sket sebab paham bahasa.


Breast Stroke


Kuak dada atau breast stroke adalah salah satu gaya renang yang ada. macam-macam gaya renang ada, gaya sendiri pun boleh janji boleh renang, cuma kuak dada ni salah satu renang yang dipertandingkan di mana-mana kejohanan renang ni. dan kuak dada ni salah satu renang yang kurang penat berbanding gaya yang lain, sebabnya gaya ni tangan dan kaki dibuat berselang-seli. so, kalau nak tengok macam mana kuak dada ni tengok la video atas ni, terima kasih buat mac sebab tolong aku rakam dan pusat akuatik paroi, yang bagi aku renang, sok kol 3.60 p.m aku belanja suma yang terlibat mc value lunch. hehe.


Kuak dada ni aku lebih suka panggil renang katak. ada macam katak tak aku renang? atau putera katak drama TV3 tu? hehe.. kuak dada ni di dahului dengan tangan dan diikuti dengan kaki. so, kalau ada sesiapa nak belajaq cara renang ni, insyaAllah aku boleh ajar, kuak ni pun salah satu kuak yang senang la bagi aku, kalu orang lain tu mungkin sama atau lain pandangannya. kalu pandangan aku 90 darjah orang lain mungkin 100 darjah, kan? hehe. Ada sesiapa berminat? leh kol aku atau bagitau aku, free ja, asal aku ada masa, dan ada tempat yang sesuai la, takkan nak berenang kat padang pulak kan? hehe, insyaAllah. Ok, aku stop dulu kat sini, insyaAllah post akan datang aku sambung lak dengan kuak yang lain. dan doa aku sehat je, insyaAllah aku update blog nih.










kuak belalang akan datang!!

Tuesday, December 14, 2010

Doa Kepada Sahabat

Assalamualaikum...wbt..






" Ya Rabbi, Ku titipkan Rindu kepada Sekalian Sahabatku,


Jadikan Mereka Bidadara dan Bidadari Yang Selalu Menghembuskan


Nafas-nasfas iman ISLAM-MU,


Jadikan Mereka Lelaki dan Wanita Yang Soleh,


Yang Selalu Mendapat Kasih SayangMu,


Jadikan Mereka Muslimin dan Muslimat Yang Sentiasa


Menjaga Izzah AddinMU,


Ya Allah Sayangilah Mereka, Berkatilah Mereka.




Amin.









Ya Allah Jadikan lah Aku Hamba Yang Sentiasa Ber"doa" Kepada Mu ~ Belalang...

Sunday, December 12, 2010

Aku Sayang PROTON.....



Assalamualaikum...wbt...


Superman pernah pakai lambang ni dulu...tapi kena saman dengan kerajaan kita..


Aku ada jumpa satu artikel ni, memang dia cerita pasal kereta nasional la, kat mana tahap kebenaran dia aku tak pasti, tapi kalau nak menilaikan tahap kebenaran dia memang la susah. tapi kalau kita tengok tahapa keburukan sesebuah kereta nasional tu, terus kita percaya. Memang la kereta buatan luar negara lebih berkualiti dari buatan kereta nasional kita, mana taknya. toyota, honda dan macam-macam lagi la, dah berapa kurun depa punya pengalaman. so memang tak boleh la nak dibandingkan dengan kereta nasional kita dari segi kualiti. tapi tak bermakna kereta nasional kita tak berkualiti. cuma ada beberapa pihak, sering kali memboikot kereta buatan negara kita sendiri.

Seingat aku. kereta pertama aku naik (masa kecik) kereta proton. itu pun kereta jiran aku. pak cik HA. dia MA kt klinik kesihatan Tanjung Piandang. tempat mak aku keja dulu. sampai sekarang dia ada. waktu tu proton hanya ada 1 jenis ja. iaitu kereta proton saga. dulu kami sekeluarga orang susah. ada satu masa tu. che dan keluarga keluar ke pekan. aku macam biasa la, budak-budak. bila nampak jiran yang selalu bawak kita jejalan ni mesti nak ikot klu dah nampak kereta tu keluar. tapi hari tu keluarga che A tak bawak aku, mungkin sebab-sebab lain nak pergi tempat lain, aku kejar kereta proton saga putih tu sambil nangis-nangis...dalam masa tu mak aku pun nangis, sebab sedih tengok anak dia ni mengejar kereta orang sebab nak naik kereta. Tak lama lepas tu. mak kau pun beli kereta sebab terkenangkan anak dia
ni...huhu...baikkan mak aku..hehe..kereta yang mak aku beli kereta Toyota. sebab tu je kereta yang mampu mak aku beli. Toyota jenama kereta mahal. tapi kereta Toyota 2nd-hand, KE30. cantekkk dan murah keluaran tahun 1976 kot..kalu tak silap la. time tu tahun 1992..dah berapa tahun keta tu. lama gak kan?? bukan tak nak beli kereta PROTON atan memboikot PROTON tapi mak aku masih belum mampu.


Ini bukan kereta mak aku...jenama dan rupa ja sama.....

Kereta Toyota ni la yang selalu membawa kami sekeluarga berjalan-jalan sekitar Malaysia..haha..cantek kan?? apa-apa pun kereta lama memang tahan. berapa taun mak aku pakai kereta ni. memang tak dak masalah sangat, tipu la kalau langsung tak dak masalah klu dah nama kereta puluhan tahun kan. tapi ni lah kereta pertama keluarga kami..aku masih ingat banyak pengalaman naik kereta ni, tambah-tambahan lagi kenangan aku ngan abang aku. haha..cuma aku dan dia saja yang tahu..haha..

Apa-apa pon geng, bagi aku support la kereta nasional..bukan salah nak beli kereta import, tapi apa salahnya beli kereta nasional dulu sebagai permulaan, bukan mahal sangat berbanding kereta import, nak beli kereta import buleh, kumpul la duit dulu, baru merasa. baru best. ni baru setahun jagung kerja dah nak beli kereta import, bulan-bulan makan pasir. kita membeli ikot kemampuan bukan ikut nafsu...aku pun teringin nak beli kereta import. tapi kalu ada rezeki aku nak beli kereta nasional dulu sebelum kereta import, insyaAllah..


Senarai kereta PROTON yang aku rasa nak beli :

1. Saga BLM.
2. Persona.
3. Gen-2.
4. Exora (tok mak aku).
5. Inspira.

Ni antara kereta yang aku short-listkan dalam impian aku..ok la kot..walaupun sesetengah kereta tu banyak komplen..so kita pengguna yang bijak, buatlah pilihan yang bijak. macam aku..haha..

Oleh itu, aku ingin berkongsi artikel yang tah la leh percaya ke tak. tapi yakin la dengan kereta buatan nasional ni. insyaAllah.. just kelik : http://www.facebook.com/note.php?note_id=124590754268324&id=100000852102866








Keluaran terbaru PROTON...PROTON Belalang!!!

Saturday, December 11, 2010

Kasi Potong!!!!!



Assalamualaikum...wbt...


11 Disember 2020 (5.00 p.m)

Suatu petang selepas solat asar di pondok rehat depan rumah Che LB (Lelaki Baik), Taman Desa Beringin, Che LB minum petang bersama Mek Ridzuan. Dikala itu, Mek Ridzuan membawa anak bongsunya atau anak ke-13 (penyerang) untuk menemaninya minum petang bersama Che LB.


pondok dihadapan rumah Che LB. Walaupon ada nama orang lain.


Che LB : waa..striker dah datang....
Mek Ridzuan : haha..striker muda ni, belum di serap dalam team lagi...

*Mek Ridzuan mempunyai 11 orang anak lelaki, 2 orang anak perempuan (kuatnya beliau) cita-citanya nak buat satu team bola sepak. lagipun niatnya dari belajar dulu nak bukak akedemi bola sepak bersama rakan seperjuangan dia dulu. Tapi belum sampai masa dan masih belum ada modal, maklum la duit banyak habis pada anak-anak-anak-anak-anak-anak-anaknya (apala rahsia dia kan?)

Che LB : "penyerang" (nama timbangan Non Hariz) dah khatam al-quran kan?
Non Hariz : khatam?? dah...
Che LB : bagus anak mek ridzuan ni, baru 8 tahun dah khatam al-quran.
Mek Midzuan : khatam quran dah..."khatan" je belum.
Non Hariz : khatan? (air liurnya diteguk laju selaju air......dicincang takkan putus)
Che LB : haa..elok la tu dah musim cuti sekolah ni berkhatan. kasi POTONG!!!!
Mek Ridzuan : itu la..aku ingat nak daftar berkhatan secara beramai-ramai dekat masjid sikamat tu.

Kelibat "penyerang" tak kelihatan selepas beberapa saat. Langkah "penyerang" laju seperti beruang kudung. laju kot beruang kudung lari? aku pon tak penah tengok lagi. Dalam banyak-banyak anak Mek Ridzuan, Mek Ridzuan paling sayang "penyerang", mungkin sebab anak bongsu dan bakal jadi penyerang berbisa dan bakal menyarung jersi Manchester United, paling koman pon jersi Team Taman Desa Beringin FC. (sarong je, main tak)

Che LB : nak ke mana tu?? tak di minum pon airnya...
Mek Ridzuan : Ayeek...nak ke mana tu?

Langkah "penyerang" makin laju, bila mendengar nama manjanya disebut, lariannya mengalahkan Aidil Zaquan yang berlari mengejar bola semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Israel. Malaysia menang 7-0.

Non Hariz : Nak pegi main Bola...dah pukul 5 ni......" jeritnya dalam jarak 100m, dengan catatan larian tak rasmi 7.08 saat. Laju betul si "penyerang" ni lari. mengalahkan catatan Usin Lempoyang, 9.68 rekod dunia suatu ketika dahulu.


Non Hariz, membawa diri...........


Kenapa kalu disebut "berkhatan" ja budak-budak akan takut? mungkin belum ada pengalaman kot. maklumlah "senjata" utama di pegang orang dan di potong. Siapa pun takut. maunya tersalah potong. tak ke dah jadi "pon***. Kalu ikotkan musim cuti ni mesti ramai yang buat majlis berkhatan.

Berkhatan ni sebaik-baiknya dilakukan sewaktu bayi berumur hari ke-7 atau hari ke-40, satu lagi masa yang baik sewaktu berumur tujuh tahun atau sewaktu budak-budak nih dah sampai untuk dinasihatkan untuk diajar solat. so kalu nak anak-anak solat awal, nak ajar anak-anak solat, pentingnya solat, khatankan lah anak-anak awal, tapi kalu anak-anak ni korang ada masalah sewaktu umurnya diperingkat awal, elok lah dilewatkan. insyaAllah ada keberkatan-Nya..

Aku, darjah 3 dah berkhatan. kira awal la tu darjah 3. haha. ada kawan-kawan aku masa sekolah dulu tingkatan 1 baru nak berkhatan. lambat betul. tapi bagi yang berkhatan awal ni. biasa la zaman budak-budak. siap berbangga lagi ngan kawan-kawan. "aku dah sunat", "aku leh solat saf depan, korang? macam-macam lagi la..kira leh bangga la kalu dah sunat yang paling penting..leh Kawin..haha..kalu sesiapa nak rasa kawen awal..sunat la awal..tak gitu?? senang beno nak kawen..hehe.."potong je leh kawen?''

Aku dulu berkhatan dengan sepupu aku..dua orang ja, time tu cuti pertengahan tahun. kira tak ramai la berkhatan time tu. tapi beza plak dengan budak-budak yang berkhatan beramai-ramai ni..kompom banyak karenah..kalu tak percaya tengok video ni..




Bagus gak berkhatan ramai-ramai ni, kalu yang takot jadi tak takot, yang tak takot jadi takot..macam-macam la..dan yang paling penting dapat menjalinkan hubungan silaturahim diantara kanak-kanak dan ibu bapa masing-masing dan yang paling penting lagi. kalu ada awek yang datang melawat leh ngorat sekali. hehe..


20 Disember 2020 (9.00 pm)

Di rumah Mek Ridzuan.

Che LB : Assalamualaikum....
Mek Ridzuan : Waalaikumusalam..masuk le...
Che LB : Cepat la siap Mek Ridzuan oi.. dah kol 9.00 ni, main pukul 9.30.
Mek Ridzuan : Jap le..aku nak tukar kain "penyerang'' ni...orang dah ''berkhatan'' katakan...
Che LB : haha..tak dapat la nak lari laju lagi..eh..tak dapat la nak main futsal malam ni...
Non Hariz : @#$%^&*......arggghhhhhhhhhh........(kain sangkut jatuh di atas .........)








Belalang kena sunat gak ka???

Thursday, December 9, 2010

Boring diakhir 2010!!!


Assalamualaikum...wbt...


almari pon dah boring tengok nyong dan mac. aku terkecuali.


"cuba korang jangan cakap boring". mac cuba menenangkan aku ngan nyong.
nyong dah separuh bogel akibat boring. aku terus menaip. "jom la..jom la.".mac terus wat tak tau. malas nak melayan nyong kot. dia terus tiup wisel kecik dekat henpon dia sambil gelak-gelak ketawakan nyong yang dah separuh gila. jari aku masih lagi ligat menaip. aku rasa mengantok pon ada akibat sindrom terlebih tidor. dalam fikiran aku ada macam-macam benda nak buat tok hilangkan boring. bukak facebook pon dah boring. tah cam hapa ja. tak ada apa yang menarik balik-balik orang yang sama "like" sapa lagi klu bukan che mad dee. cuba la awek-awek baru ke "like" orite gak. nyong dah malas nak jadi gila. mac cungkil gigi sebab tadi dia makan ABC pasa malam. aku tengok dah tak macam ABC je. cincau diletaknya sebijik-bijik. kalu budak yang makan tu kompom sok rumah dia ada kenduri arwah. tapi sebab dia murah. aku selalu gak beli air dekat pasa malam tu. nyong terus menghasut mac yang baru lepas cungkil gigi agar berbuat sesuatu. aku masih depan desktop nyong sambil ketawakan kelibat anak berdarah jawa tu. mac pulak terus wat tak tau sambil mata dia jeling akan perilaku nyong yang dah macam budak cacat. aku macam biasa terus menaip. sesekali terdengar keluhan dan hasutan nyong..."jom la..." piching suara nyong kadang kala berubah dari rendah ke tinggi dari tinggi ke rendah..dah sasau semacam. aku masih menaip..mac membelek henpon c6 dia. henpon canggih. kadang-kadang kalu pegang henpon orang terlupa yang henpon orang tu bukan henpon touch skrin. ada ka patut henpon w910 i aku dia ingat cam henpon dia. herrmmm...sambil tu nyong melukis merata dalam rumah, termasuk lah tilam termilam ipen yang busuk hapak tu. seb bek aku tidor kat tilam anep. busuk jugak, tapi kurang sket dari ipen (harap ipen membacanya) ini adalah kata-kata yang selalu amirah cakap pada ipen. aku pon tak tau kenapa. mungkin ipen tak selalu membaca blog bersama mereka. boring...boring..boring...mac tersengeh sorang. biasa mesej masok. tah la dari sapa. aku terus menaip untuk menunjukan keadaan di sini masih selamt dan di dalam kawalan. nyong dah tutup lampu. dia dah tukar seluar. direbahnya badan ke tilam. mac plak masih tengok citer A-TEAM padahal. dah masuk 80 kali dia ulang. aku pon turut terlibat masa durasi O2O:1O tadi. aku boring. nyong cuba memberi idea." kacau che jalil nak" mac sokong sambil menghabiskan ABC dalam mangkuk sebesar rambut dia. aku diam dan terus menaip. dalam hati aku..kalau lah ada IPEN.....arggghhh..lagi boring...baik dia tak dak..kami masih dalam keadaan boring. seorang jejaka tampan bersama 2 orang jejaka jelik di dalam keadaan boring apa yang patut kami lakukan? kami dah sampai tahap nak membuat ****..err.. kuih..aku terus menaip, nyong membelek henpon nokia yang rush bagi dia pinjam. nak kacau che jalil kot. aku memberi idea "jom carik umah Aidil nak?" suara sumbang nyong ngan mac berbunyi.."erghh..hurghh..."buat apa..eleh..semalam bukan beria jumpa Aidil sanggup patah balik tengok dia. mungkin akibat sindrom cerita berepisod korea yang nyong tengok tu kot..kesian dia..dah terjebak..aku masih gagah..mac pon begitu. suara pompan semacam bunyi kat laptop mac..wei..cita apa tu? mac bersuara..Ugly truth lah sahut nyong yang dah 18 kali tengok cerita tu..kami masih dalam keadaan boring...aku pon dah letih nak menaip..sapa nak tolong sambung kan? tajuk dia BORING DIAKHIR 2010...

Wednesday, December 8, 2010

Bola......PETANG.....

Assalamualaikum...wbt...




Sekali sepak rasa nak sepak 100 kali. bola la katakan memang tok disepak.
buat apa kalau ada bola tengok temenung macam bola tu kepala korang plak. susah la camtu. hari ni. dah masuk sebulan aku tak sepak bola dekat padang. aku macam nak sepak ja apa yang ada dalam rumah ni tak termasuk orang la. depa tu kawan-kawan aku, aku lak yang kena sepak kang. kerna cintanya aku pada sukan bola aku tertarik dengan satu artikel dari wartawan Berita
Hairan ni. hangpa try la baca, menarik gak berita ni.




Sorotan akbar Berita Hairan 6 Septembar 2010 :

SIKAMAT, seorang pemain maktab perguruan raja melewar, mengelecek pantas semua pemain PETANG di maktab itu. aksi beliau seakan-akan messi yang mengelecek beberapa pemain Real Madrid pada perlawanan el-classico 2 minggu lepas. aksi nya amat dikagumi oleh semua pemain PETANG di maktab itu. bahkan ada yang mengatakan beliau menjadi idola setiap pemain PETANG di maktab itu. namun ramai yang menyatakan perasaan sedih apabila beliau akan menamatkan pengajian beliau pada tahun ini. Walaupun begitu, semua pemain PETANG tetap sentiasa bersemangat untuk meneruskan bermain bola pada PETANG hari. Beberapa reaksi dan pendapat serta luahan hati mereka dirakamkan oleh wartawan (mereka membenarkan nama
dan gambar disiarkan) ;



Ipen :
saya memang sedih kerana kami kehilangan seorang pemain yang berkaliber seperti HADI tu, dia memang seorang pemain yang HEBAT, saya tak pernah langsung dapat bola apabila dimenggelecek, hantaran dan rembatannya sudah pasti tiada siapa dapat
tandingi..saya..saya...huuu...(beliau menangis) sedih...HADI jangan pergi...



Nyong :
dia merupakan class mate saya. memang saya kenal sangat dengan dia ni. saya peminat Barca dan memang cara dia main sama dengan pemain kesayangan saya la iaitu Messi. saya pernah memberi cadangan pada dia agar masok Barca. tapi dia tak nak. nak main bola petang-petang ja kata dia.




Hardin :
Err..dia memang pemain yang hebat, malah dia juga bagus dipadang dan dimana-mana pon di bagus, saya selalu la main dengan dia, maksud saya main bola. kami pon pernah tidor bersama-sama, err..maksud saya tidor di PRA sekolah tempat kami praktikum hari tu. dan kami dah sampai..wuuuu...




Daus Che Putih :
Memang tiada orang setanding dia, den minat dio sampaikan den bagi air tin tiap-tiap air kek dio..dio memang klass la..



Mac :
Hadi memang seorang pemain tengah yang bagus. saya sering kali tak dapat cantas bola dia walaupun di udara. saya pon pelik padahal saya lagi tinggi dari dia. Tapi tak pa saya sebagai kepten maktab sentiasa menyokong dia dari depan, belakang, kiri dan kanan.



Anep si pacak :
HADIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII........................(beliau menjerit).



Amirah (beliau tiada mengena dalam maktab ni, tapi nak jugak memberi komen) :
saya kenal dia dengan nama LB atau Lelabe. tapi memang saya tau la sebab ipen selalu cerita pasal dia men bola. hebat kata ipen. sampai ipen nangis-nangis tepon saya cakap asik tak dapat rampas bola dari dia. pela ipen tu (harap saudara ipen membacanya).



Acai :
wa selalu men bola dengan dia, wa memang respect la dia. dia tak sombong. baik plak tu. wa memang suka la tengok dia men, dan membuatkan wa rasa lebih yakin main gitar karen baru wa tu. kord yang susah pon jadi senang bila wa tengok dia main.



Che Mad Dee :
bola dia maen, ragbi dia main, pompan...oppss..dia bukan macam tu. dan kita tak boleh macam ni...pendek kata dia baguih la.



kak na :
la..dio ko..dio sllu make kt keda kak na ni. memang sllu la dio pas main dio makan sini, sebab tu dio baguh. sapo nak baguh macam dio mari la makan sini.



Messi :
lo hizo jugar como yo. Estoy muy impresionado con jugadores así, espero que se unirá el Barça y podemos jugar juntos (memang dia bermain seperti saya. saya amat kagum dengan pemain seperti itu, saya berharap dia akan menyertai barca dan kami dapat bermain bersama).






Kerana terlalu ramai yang nak bagi komen semasa mereka bermain bola PETANG di maktab itu wartawan terpaksa balik kerna terlalu ramai nak bagi pendapat, pandangan dan luahan hati mereka. kita cuba menjejak pemain yang dimaksudkan tetapi gagal kerana beliau dikatakan sangat rendah diri. dan kami menemu bual messi juga di Barca :




*(cerita ini tiada kena-mengena dengan yang sedang hidup ataupun yang tengah mati, sekadar hiburan sahaja) haha.

kepada semua budak-budak maktab, teruskan bermain bola petang-petang. buat frenly wei, jangan hilangkan T-Cheer's FC.




belalang teringin nak jumpa HADI.A


Monday, December 6, 2010

600 kilometer SEHARI berhijrah (1432H)

Assalamualaikum...wbt...





lagu waka-waka dari sony ericsson W910 i, mengejutkan aku dari tidoq...emmpp...kol wapa dh ni..adoi dah koi 5.40? padahal macam baru ja aku tidoq. aku bangun. megeliat. capai towel paad (kawan sekolah) malam tu aku tidoq rumah dia kat sungai terap. bangi. sebelum meneruskan pegembaraan 600 km dalam masa SEHARI aku berhijrah bersama rakan seperjuangan atau co-pilot aku KAK AYU.

Dengan sabun cap May. aku mensucikan badan. paad masih tidoq. walaupon aku janji dengan dia pas subuh nak gerak. dia masih wat pekak badak. pas solat subuh aku sekali lagi jijakkan kaki atas perut paad. dengan harapan dia bangun. bagus usaha aku berhasil dengan sempurna dia bangun bersama kesan tapak kaki aku pada perut dia. paad mandi. aku bersiap. 5+5 ,minit pastu paad siap. dia capai dunkill sekotak. sebatang korok dia bakar. kami turun bawah rumah paad. paad idupkan kereta evo 10 dia (iswara turbok). kami gerak ke kajang. tempat sate samuri. janji ngan kak ayu kat sana tempat tok amik aku sebelum kami berHIJRAH sejauh 600 kilometer-sehari. bacaan meter 2****** aku xingt.

tujuan dan tempat HIJRAH kami ialah ke TAIPING tempat kesayangan
aku. tempat ramai pengarah-pengarah nak amik shoot kat sini. biasa la tempat best. menurut kata nyOng gak. dia pon suka Taiping. aku tak tau kenapa. tapi dia macam tak nak balik waktu dia gi rumah aku dulu. aku pelik. tak pa nyOng. nanti hang boleh gi lagi. haha. tujuan aku ke Taiping plak atas sebab kenduri Khairiah atau lebih dikenali sebagai K. K kawan lama aku. dia adik Kucai. kawan aku gak. aku belum menceritakan pasal kak ayu kan? err...biala rahsia..heh..Ok bebalik kepada HIJRAH aku tadi. kak Ayu co-pilot aku dipaksa membawa kereta dulu. biasa la sebagai kapten pilot. aku memang keja mengarahkan orang-orang bawahan aku membuat kerja. "Go kak Ayu". jauh lagi pengHIJRAHAN kita. PERSONA J** 1972 pantas membelah jalan haighway plus. Aku masih tenang di tempat duduk tepi. tiada bantuan yang diperlukan daripada co-pilot aku, selain bercakap dan kerja aku sebagai seorang ketua hanya memberi arahan pada dia. "Go kak Ayu". walaupon dia lebih tua dari aku. disebabkan aku ketua. aku terpaksa mengarah dia. maaf kak ayu. just " Go kak Ayu".



ni la PERSONA yang aku drive ari tuh, memang laju...


Dua jam berlalu. aku masih berjaga. mungkin sebab aku takot co-pilot aku tertidor. aku sentiasa berjaga untuk mengawasi dia walaupon aku mengantok mengalahkan beruang yang berhibernasi, kak ayu plak maklum lah baru blaja jadi co-pilot. Dua
jam 2 minit sesaat. kami berhenti rehat di kawasan Rilek dan Rehat (R&R) tapah. seperti yang dijangkakan. Co-pilot aku buat-buat megantok. Aku sebagai ketua pilot sentiasa berbuat baik pada krew-krew aku. Aku mengambil alih sebagai pilot. di tempat duduk memandu aku terpaksa ejas kerusi lebih banyak ke belakang. aku tak bermaksud Kak Ayu pendek atau rendah. mungkin dia lebih selesa kerusi lebih ke depan. namun itu bukan pilihan pada aku. kini Kak Ayu plak memberi arahan "Go Ejok"..eh..kenapa dia pula memberi arahan pada aku? aku yang kapten. hurm..seb bek keta dia. ok. aku mengalah.


Tak sampai 1 jam. aku sampai di highway kamunting. laju kan? biasa la pilot sebenar yang memandu. kata orang orang perempuan memang leceh sket bawak kereta. slow.....betol ke? aku tak cakap. kami terus ke batu kurau. tempatnya kenduri K. Kak Ayu berbebar. eh. macam dia plak yang nak kawen. aku hanya senyum. tanpa banyak bicara. aku terus ke menekan pedal minyak dengan kelajuan yang maksima 60 km/j ke batu kurau. sampainya kami. K baru selesai akad nikah. Alhamdulillah. selamat jugak hang ya khai. hehe.. aku teru
s mencari kucai. bukan men sibuk lagi dia. biasa la adik kawen. kali pertama lak tu ada majlis kawen kat umah. aku duduk. ramai lagi tetamu belum datang. kak ayu dah lama hilang dari penglihatan aku. dia gi belakang kot, jumpa mak K. aku dok sorang. sambil menunggu kawan2 lain. cisss. xsampai pon. tetamu semakin ramai. aku dalam tak dak wat apa. aku turut meringankan tangan yang berat ni tok sambil berkhidmat sebagai rewang terjun. heh. dah kurang sket tetamu baru aku makan. sambil K duduk bersama suami makan beradab. ye kot? kan? aku tak tau sangat. Sambil lepak bawah rumah lama. kak Ayu ajak aku balik. masa tu dah hampir kol 2. Aku ngan kak Ayu jumpa Kucai. kami balik. sebelum balik kak Ayu amek barang yang dia oder, Ikan Bilis Berkualiti tinggi dan Ikan Kering Yang Tidak Basah.



kawen gak hang akhirnya K...- Sekadar gambar hiasan


Aku drive lagi. asik pilot je drive nih. Ok tak pa aku pilot yang hensem sentiasa menolong krew-krew aku. "Go Belalang" macam biasa pecutan kereta yang aku buat sama dengan mika hekkinen masa dia jadi racer F1 dulu. 100km/j-120 km/j. sejam lebih sket dengan beberapa saat aku sampai di Tapah. macam biasa rasa nak terkucil pasti ada. pas tunaikan hajat. Kak Ayu plak menawarkan diri tok sambung memandu. bagus co-pilot aku nih. bertolak ansur. namun dia memang seorang yang baik (kak ayu-jangan terlalu bangga dengan pujian itu). kami meneruskan perjalanan ke Dengki..sekali lagi aku sebut dengkil. ya baru betul. tujuan kami ke dengkil adalah kerna tok bagi Ikan Bilis Berkualiti tinggi dan Ikan Kering yang Tak Basah kat Untie Kak Ayu. Hujan skit time tu. walaupon aku agak mengantuk. Aku masih mengawasai co-pilot aku memandu sambil markah pemaduan berada di tangan aku. err..ya..

Dengkil. kali pertama aku sampai kat R&R tu. aku sekali lagi ke toilet. time tu dah 500 km lebih pengHIJRAHAN kami. dalam masa sehari kami dah berhijrah 500 km. kak Ayu mengejar masa. sebab dia ada bengkel. bukan bengkel kereta tapi bengkel syarikat MIMOS nya itu. aku masih tak paham kerja dia. bukan sebab aku lembab. tapi kerja dia memang nampak komplikated. heh.
Lepas je untie kak Ayu amik ikan2 itu, dengan pesanan sinis dari untie yang tiada kena mengena ngan aku kami terus berlalu. hehe. aku merampas kembali tempat duduk pemandu. kenapa mesti aku lagi? dalam perjanjian kak Ayu yang patut memndu sehingga seremban. ciss..heh..aku tetap cool..biasa la..aku kan cOol orangnya. haha.

Sampai di Somban lebih kuarang kol 7.45..kami terus solat maghrib. kak Ayu nak gi makan. Aku pun bawak gi ampangan. makan kat mak cik muak. Kak Ayu dah fed-up nak kejar masa. so dia pon malas nak enter bengkel malam tu. masa dah 9 lebey. aku pun dah separuh megantok. tapi aku kena kuatkan diri tok menghantar co-pilot aku ke Lukut Legend blah..blah..apatah nama nya tempat resort atas air tu. pas makan kami gerak. aku drive lagi sebab jalan somban aku lebih expert dari kak Ayu. heh...Mac ngan Nyong nek mOtor..sampai pekan Lukut kami berpusing-pusing..sebab lum pernah gi lagi tempat tu. last-last jumpa jugak. Alhamdulillah. aku mengangkatkan kaki aku dari pedal minyak J** 1972 buat kali terakhir di parkir reserve resort tu. kali ni aku sambung 600 + 30 kilo tuk balik ke DESA BERINGIN. Tahun 1431 H diakhiri dengan penghijrahan sejauh 600 km. dan dimulakan dengan tahun baru, azam baru, doa baru dan aku mengharapakan tahun baru hijrah ini akan membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi semua aspek dan mengharapkan Allah sentiasa menunjukkan aku jalan yang lurus kepadanya dan sentiasa mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah SAW. InsyaAllah. dengan ini aku mendedikasikan lagu tema maal hijrah buat semua yang sudi membaca pengHIJRAHAN aku ni...1, 2, 3......



Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman





Salam Maal Hijrah "Memantapkan Ukhwwah, memperkasakan ummah" InsyaAllah.





*gambar-gambar diperkahwinan K tak sempat aku nak amek. so gambar aku je la ada. haha.








Belalang dah berhijrah kome??



Thursday, December 2, 2010

Masa Itu Nyawa


Assalamualaikum...wbt..


Orang kata. Masa Itu EMAS.
bagi ku Masa itu bukan EMAS. tapi masa itu NYAWA.
ia lebih berharga dari emas. Emas boleh di cari dan diganti. namun masa?
tepuk dada. buka minda.
Sahabat. rakan. kawan. hargailah masa kita.
tak semua masa berlalu pergi.
tapi satu masa pasti ia akan berhenti.






Aku. masih lemah.
masih mencari arah. walaupun usia dimamah masa.
kebudak-budakan masih ada pada mulut. hati dan mata.
namun melangkah perlahan mencari dewasa.
ujian di depan perlu aku duga. tapi masih belum cukup aku bersedia.
mampukah aku menghargai masa?
ianya ada di dada dan minda.


Aku menghargai masa.
namun bukan setiap masa aku menjadi yang setia.
kadang aku terjatuh. tersungkur. terlajak masa.
namun aku hargainya dengan tangan.
kidal bukan dominanku. tapi kanan sentiasa menjadi pilihan menulis, melukis, mengira.
aku hargai masa. jam tangan ku pautkan pada tangan kanan ku.
kerna AL'-ASHR (masa) termaktub dalam AL-Quran.
mungkin ada yang sama dengan ku. namun alasannya pasti berbeza atau sama.
namun kita tak serupa. mungkin pada MASA atau waktunya.



Aku tahu. bukan lama MASA ku berada di sini.
biar pun lama. belum tentu semua suka, sayang, minat, benci. marah pada aku.
namun itu lah aku. aku juga manusia luar biasa tidak lari dari membuat salah.
jika khilaf itu adalah pada mu. berikan kata pada ku dengan selembut kata.
agar aku juga dapat membalasnya lembutnya bicara.
andai aku membuatkan diri mu berasa selesa.
senyumlah pada ku sentiasa. agar ku tahu. dirimu bahagia.






Belalang -----------> jangan buang MASA dengan tidor aja..!

Tuesday, November 23, 2010

Kerna Mu, dia dan semua....

Assalamualaikum....wbt....





Kerna Mu Ya Allah...
Terbuku sudah sebuah kamus di dada..
sebagai seorang guru
di bumi nyata..
5 tahun aku anak perantauan..
hanya padaMu..
Aku bersyukur Ya Tuhan..



Kerna Dia...
Ibuku, yang tidak pernah mengeluh..
membanting tulang empat kerat..
demi seorang anak yang selalu membuat hatinya luluh...
namun kejayaan ini untuk mu IBU yang tidak kenal penat..
Bunga kertas daun selasih..
hanya pada mu IBU, Terima Kasih..



Kerna Semua...
Adik beradikku...
sedara maraku...
Guru-guru ku...
Semua Pendidik ku...
Sahabat-sahabat ku...
Rakan-rakan ku...
kawan-kawan ku...



Kerna semua aku kini berada di puncak jaya..
Insya-Allah...andai ada nikmat Allah..
Akan ku balas segala jasa...
Doakan aku...kerna doa ku sentiasa mengiringi mu kalian..
andai DIA memakbulkan...



Aku Berjaya kerna Mu, Dia, dan Semua....








Ya Tuhan, ya Allah..ampuni dosa ku..tunjukkan ku jalan yang lurus untuk menjadi seorang GURU yang mendidik anak-anak se-agama ku, bangsa ku, negara ku....amin..~belalang.

Tuesday, November 16, 2010

Mencari Sebuah Perpisahan


Khas buat ''sahabat-sahabatku'' yang kini terpisah........




''Sahabat''


Di tengah....lelautan kenangan

Aku terapung
Tiada arah nak ku tuju
Hanyalah angin dan ombak laut
Yang tiada henti
Membawa mimpi tak bertepi
Ku lemas sendiri

Jelas terbayang wajahmu ''kawan''
Saujana bintang berkerlipan
Ingin ku capai
Namun tak sampai
Nun jauh berada
Di manakah daratannya

Tuhan temukan kembali
Mutiara hati
Yang ku tinggal pergi


Jelas terbayang wajahmu ''kawan''
Saujana bintang berkerlipan
Ingin ku capai
Namun tak sampai
Nun jauh berada
Di mana daratannya

Tuhan temukan kembali
Mutiara hati
Yang ku tinggal pergi

Jelas terbayang wajahmu s''kawan''
Saujana bintang berkerlipan
Ingin ku capai
Namun tak sampai
Nun jauh berada
Di manakah daratannya

Aku terlena
Di tebing cinta
Dengan kilau mentari
Di lautan sepi









Belalang Jelas Terbayang.....

Wednesday, November 10, 2010

Sambungan.......


Kami terus jalan, sampai depan sket aku matros dah terduduk sambil pegang nyong,matros pegang kepala dia..aik..apo kono ekau jang?? aku rase aku pun kena sengat la..huhu..aku dah tepuk dahi. matros pun kena, baru aku nak mintak matros tolong aku papah nyong. Tak pa matros jom ikot bawh hang, aku pimpin matros. kami bergerak perlahan. penat woo..Helmi dah tak nampak, dia bawak beg banyak, mungkin berehat. aku, nyong nagn matros trOs jalan. sampai satu tahap nyong ng matros nak rehat, kami berhenti jap. masa semakin suntuk. kami terpaksa teruskan berjalan. kalu tak kami tak sampai. lepas minum air kami berjalan balik. macam biasa aku masih pimpin nyong n matros. memang depa tal larat sangat. hujan mula turun. agak lebat pada mulanya..kami teruskan berjalan gak. sampai satu tempat kami nampak kumpulan ramai. depa berenti. ada satu sungai kecik kat situ. hujan lebat. ada satu pondok. aku baringkan matros ng nyong kat situ. yang lain ada yang solat, ada yang minum, ada yang sembang2. ada yang makan. nyong makin bengkak. nampak muka da macam alien. matros tak ada kesan. mungkin dia tak elergik macam nyong. kenapa ni?? ada sorang brader guide kami tu tanya. aku cakap kena sengat tebunag kot. dia pegang kepala nyong. mulut dia kumat kamit. mungkin baca surah apa-apa kot. sebab aku dengar bacaan bismillah pada mulanya. selesai saja solat, makan, semua bergerak balik. nyong dah ok sket, alhamdulillah. matros pon sama. kami bergerak dalam hujan.

kumpulan dah carca merba..tak macam tadi. aku pon dah tak tahu mana kumpulan aku. ah..lantak la..sikit punya susah nak carik. jalan jela. aku nyong ng matros terus berjalan. rugi mac tak pi naik gunung nih..memang mencabar...rugi la hang mac..haha...ok kembali ke jalan yang lurus. hari semakin..semakin..semakin..golap..macam lagu si rambut depan tuh, kumpulan HUJAN, ni petang yang gelap, bukan pagi yang gelap. sampai maghrib. azan pon aku tak dengar. terus berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan. dan berjalan

naik bukit...turun bukit naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit...naik bukit...turun bukit,naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit,naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, jauh kan?? sampai la satu tempat nih..dah malam dah. geng-geng J***** and the geng..apa aku tulis nih..ah..J***** and geng sambut kami. sebelum satu curam. sambil bawah BBQ kami yang sepatutnya kami bakar masa sampai. tetapi di sebabkan masa yang lama delay gila punya masa kami terus xsempat nak bakar. ada orang lain bakar tok kami. kami makan kat situ. masa sampai tu aku nengok ramai dah mental. dah nanges2 terutamanya budak pompan. kesian, tapi nak buat cana. aku and the geng (bukan geng J***** tadi) ase syok lagi, mang nak daki lagi walaupon penat. tapi kali ni geng2 J**** bawak senapang, peh..gilo ko. nak tembak apo? tak pa mungkin tok keselamatan kami. kami terpaksa mendaki bukit yang curam gila..memang susah gak nak naek. tapi alhamdulillah semua lepas.

kami pun terus naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit...akhirnya kami sampai jugak...TAPI!!!!!!!!!!!! ingatkan kami sampai di puncak....! tapi aku nampak hanya satu kawasan yang ada pencawang telefon...BESAQ!!!!!!! argggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!! tensen gila!!!!!!!!! kalu aku tau aku tak ikot pon tak pa, buat2 sakit da macam Rush ka, pengsan ka...cisssssssss....ni la 1st time aku naik gunung xsampai puncak!!!!!!!!!!! dah 21 jam mendaki sampai kat pencawang ja...dah la naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit,naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit, naik bukit...turun bukit............................last-last ni ja aku aku dapat...tapi aku bersyukru kawan-kawan lain sampai gak awalaupun terseksa bangat..haha...lalu aku penat..aku minum. makan sikit apa tah yang depa bagi aku lupa. aku naik lori ngan sapa pon aku lupa. naek saja. aku terus lelap. bukak mata dah sampai kem. aku jem. kaki penat macam nak krem. ah..aku lapa..nak makan sarapan roti ngan jem! ....................................................... .






sampai sini je cerita aku, panjang lagi kisah2 kami bersama KPLI yang gila2 tapi perlu dirahsiakan..kerana ada yang melebihi had umum penerbitan blog ini, sebelum kena banned baik aku tak cerita...





Belalang masih ingat pada si TELAPAK BURUK....anda??

Thursday, November 4, 2010

Masih ingatkah kau pada Telapak Buruk !


Assalamualaikum...wbt...

Sebelum panjang lebar aku mencerita-ceritun kan kisah aku, kawan-kawan dan mak dan bapak orang mendaki gunung ni, aku siapkan satu sajak, supaya sajak ni dapat menggambarkan sedikit sebanyak pasal gunung tersebut dan teka-tekuk dalam ayat-ayat yang akan aku sajakkan ni, haha...pendakian ini dianjurkan oleh unit Pendidikan Jasmani IPRMmmmm......kisah ni dah lama, tapi aku masih terkenang...



bas buruk yang membawa kami kepada "si buruk''


...123

Telapak Buruk...
bila penat aku duduk, mengaduh...
mula pagi sampai nak dekat subuh...
bukan aku sorang, yang tua, muda dan yang baru nak tumbuh...

Telapak Buruk....
tak dak pulak aku nampak beruk...
yang ada hanya lurah berikuk-rikuk...
MasyaAllah lamanya macam bulan rindukan pungguk....

Telapak Buruk...
aku, kau dan semua dah jadi teruk...
lereng bukit dah macam mangkuk...
memang mencabar, tapi hati dah remuk....

Telapak Buruk....
kepala weng, sebab tebuan patuk...
kepala dah bengkak macam lepas lawan fong sai yuk...
tak apa nyong, ros, aku ada sedia memangku...

Telapak Buruk...
Naik cerah, turun cerah...
ikut lereng sampai kaki berdarah...
hati siapa yang tak marah...

Telapak Buruk...
nama mu sangat ganas...
sampai semua dah tak boleh sedut nasfas...
puncak pulak hanya pencawang..HAMPAS!!!

Telapak Buruk...
kenangan ku bersama 40 lagi beruk garang...
semua dah tak macam orang...
maki hamun semua yang datang...

Telapak buruk...
dalam kenangan...
si rambut pacak pun menjunam...
apatah lagi, si dara mak budak yang tak rajin bersenam..


''si rambut pacak'' - sekadar gambar hiasan...


Telapak Buruk....
bukan saja yang ringan..
yang berat tak juga ketinggalan..
akhirnya sampai kepangkuan jalan...


Jelebu - seramai 60 orang peserta dari Institut Perguruan Raja Melewar, berjaya menawan Gunung Telapak Buruk, Jelebu. Menurut pensyarah Pendidikan Jasmani iaitu Encik ..........." erm..macam hampes ja, bila aku tengok balik surat khabar sinar yang wat repot sal aku dan rakan-rakan naik gunung tuh, mana tak nya repot baik punya, macam tak dak masalah, padahal perkara yang sebenar tak pulak diceritakan, apa salahnya cerita je suma cerita yang benar dan asli serta terbaik dari ladang wahai Encik *............* punya la semua orang pulun nak pergi gunung tu atas paksaan sesetengah pihak, terpaksalah semua pegi. Aku? memang aku ikut sebab ni la aktiviti aku ngan kawan aaku suma kalu dah boring, tapi yang kasihannya walaupun naik gunung ni best, tapi buat yang begginer dan kaum hawa dah pasti pasni depa tobat tak mau naik gunung dah, padahal sikit punya seronok naik gunung, tambah-tambah bagi kaum a.d.a.m (tiada maksud bertindan)heh..

Bagi aku satu kepuasan bila kita dapat daki gunung ni sampai puncak..perghh..rasa macam nak tercabut kaki kalu naik, tapi bila dah sampai puncak, semua hilang, rasa cam nak daki lagi tinggi lagi..haha..ok, berbalik pada "si buruk nih'', gunung ni, baru bukak ja, katanya baru satu group naik, tu pun pasukan pelatih bomba tak silap. ''Kojap jo naek ni ha, 9 jam jo......"- kata salah seorang guider kami, peh dalam hati aku, 9 jam?? bia bona? selama ni paling lama pon aku nak 2 jam setengah. ok, tak pa ni satu cabaran milo...yeah...! kami bertapak dekat dengan jeram toi..tempat air terjung yang agak tip top la gak kat negeri 9 nih,

Sebelum naik, tepat kol 8 kami berkumpul, sarapan dolo..pastu kol 9 siap sedia dah berkumpul, amik air ngan roti yang dia bagi, wat bekal. kami terpaksa lintas highway tok seberang pegi gunung tuh, waa..mencabar abes..sampai ja dekat kaki gunung, kami semua mula daki tangga yang kt tepi highway tu, yang macam tangga longkang tuh, sampai la abes tangga tu, dalam 40 anak tangga kot baru sampai kat satu lagi kaki gunung. Wafi (otai gunung a.k.a sifu kami) kat depan dia memang seorang otai. aku, nyong dan kawan-kawan lain dekat tengah, sebab sebelum ni dia dah bagi kumpulan. ikut turutan la kiranya.

Masa di kaki bukit, jalan masih mendatar, dalam 30 meter lepas tu baru kami mula mendaki, dah separuh dakian kami daki, tetiba ada sorang KPLI ni, aku lupa nama laki sorang, pompan sorang, dah give-up, ok, wafi hantar dia balik, naik lagi..buakk..rush...dia jatuh,,dia tak larat naik pegi jauh, dada dia sakit sebab main ragbi..tom angkat dia, tom suh aku teman hantar rush balik, aku ikot. jumpa wafi sekerat jalan masa nak hantar rush balik, dia tunggu kami, yang lain bergerak daki ''si buruk''. aku, wafi ngan tom dekat belakang, aku tak risau sesat sebab 2 orang otai gunung ada ngan aku. nak jadi kisah..kami tersesat,,haha..puas aku, wafi ngan tom cari jalan, mana taknya jalan seolah-olah hilang, seb baik tom ada nampak tali merah. kami terus redah..hiah...

Jumpa pun...dalam hati aku seb bek jumpa balik segerombolan kawan2 kami tadi..haha..aku balik kt kumpulan aku..tapi ada yang dah masok kumpulan lain sebab penat dan tertinggal. aku teroskan misi bersama kawan lain, macam2 hal la jadi, ada yang menjerit sebab pacat naik la,ada yang menjerit sebab penat la. ada yang menjerit sebab boring..jauh beb jalan..xsampai-sampai..haha.. sampai kat satu sungai kami lepak jap, tangkap2 gambar..amek air, jaln balik..mula2 hepi la suma..dah nampak langit gelap sket mendung, suma gelisah..aku..hero..apa kesah..(dalam hati..mak penat dah) haha..baru nak ingat mak??haha..

Hujan pun berderai, lebat. aku berpaut pada tongkat yang aku buat, penat melangkah tapi apa daya kena habiskan berjalan kalu tak, nak dok dalam hutan? hari semakin gelap, semua dah letih, bekalan makan dah abis..jam dah pukul 2 petang. kami melangkah lagi, jauh..samapi satu tempat, kena turun lak, dah la hujan jalan jadi licin..aduh...nyong mengaduh, aku kat depan nyong..asl don?? aku kena sengat binatang la...''aku dah rasa lain, muka nyong bengkak macam belon..dah tak macam muka dia..''uihh..ni keno sengat tebuae tanoh ni....'' kata helmi KPLI org klate la klu kecek gitu. dia pegang beg aku ng nyong, aku papah nyong, berat! nmpk ja kurus..haha..memang perit masa nk turunkan nyong..sebab kiri kanan pokok bulh, nak capai apa woi??gila..tapi alhamdulillah semua selamt sampai kat bawah..kami sambung jalan, kumpulan semakin berpecah, semua dah tak tentu arah....


Bersambung........









-------------belalang terbang jap.................*

Penggunaan Kaki Bukan Dominan dalam Bola Sepak

Assalamualaikum...wbt...

Kalau ingat aku ada post mengenai AR..Action Research atau dalam Bahasa Malaysia nya Kajian Tindakan, kajian yang aku buat ni atau yang aku post ni lum diedit atau untuk penilaian, tapi ni 1st edition yang aku edit sebelum kali yang ke-100 aku edit, saja nak berkongsi ngan hangpa suma...zassss.....


PENGGUNAAN KAKI BUKAN DOMINAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pengunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak dikalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Untuk meningkatkan mutu permainan bola sepak negara, pendedahan diperingkat akar umbi dalam pelbagai kemahiran perlu diterapkan. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai ialah penguasaan kedua-dua belah kaki iaitu kaki dominan dan bukan dominan.. Kajian tindakan ini menggunakan pemerhatian dalam pengumpulan data Hasil dari dapatan kajian ini murid dapat bermain dengan lebih baik sekirannya penguasaan kedua-dua belah kaki dengan baik, berbanding murid yang hanya menggunakan sebelah kaki sahaja semasa bermain.

1.0 PENDAHULUAN.

Menurut McNiff (1988) kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaikiatau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadilebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadikritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersediauntuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalaminkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkanguru-guru lain secara bersama.

Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menkaji kepelbagai masalah yang timbul di sekolah dan cara mengatasi masalah tersebut dengan mencari punca, sebab dan asbab serta tindakan sepatutnya yang perlu di lakukan oleh seseorang guru itu. Ia juga bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai masalah-masalah yang timbul untuk dikaji dan dilaksanakan dengan cara yang telah ditemui dalam kajian yang telah dilakukakan oleh mana-mana pendidik atau pengkaji itu sendiri.

Kajian tindakan merupakan pilihan sebagai option kajian ini kerana, kajian tindakan adalah satu kajian yang digalakan kepada para pendidik dalam mengkaji, memperbaiki, meningkatkan, serta mencari kesan yang berlaku di sekolah serta menerapkan semangat kepada para guru dalam membuat kajian tindakan terhadap muridnya semasa berlakunya pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar pengajaran dan pembelajaran.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat semasa praktikum, saya mendapati kecenderungan murid adalah lebih kepada permainan bola sepak berbanding permainan lain. Apa yang difikirkan murid dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah masa untuk bermain bola sepak. Walaupun begitu tahap penguasaan kemahiran permainan yang menggunakkan kaki ini menunjukkan sesetengah murid adalah masih berada ditahap yang lemah, dimana penguasaan motor kasar mereka adalah sangat rendah. Mereka hanya lebih menggunakan kaki dominan untuk lebih bergerak aktif berbanding kaki yang bukan dominan.

Penguasaan kaki dominan dan bukan dominan adalah sangat penting dalam permainan bola sepak. Rob Llyod Jones (2007). Pemain bola sepak yang baik adalah pemain yang dapat menguasai kedua-dua kakinya dengan baik, dan tahap permainan yang pantas juga akan meningkat dengan berfungsinya kedua-dua kaki. Semasa menjadi guru pelatih di Sekolah Kebangsaan St. Paul, Seremban, saya mendapati semasa dalam permainan bola sepak tahap penggunaan kaki bukan dominan murid yang bermain sangat berkurangan malah susah untuk ditemui murid yang dapat menggunakan kaki bukan dominan dengan baik.

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan murid supaya sentiasa aktif selaras bersama kaki dominan dan kebolehan berfikir secara kreatif semasa bermain bola sepak.

1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Jika diukur pada sifat biologi manusia, dominan adalah sesuatu yang mempengaruhi manusia itu dan mendapat tempat pada manusia untuk menggunakannya secara kerap dan merupakan satu kepentingan pada diri mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kemahiran adalah bermaksud kecekapan atau kepandaian. Kemahiran dalam bola sepak merangkumi kemahiran menedang, menahan, mengelecek dan membuat hantaran. Kebanyakannya murid yang saya perhatikan hanya akan menggunakan kaki dominan untuk melakukan kesemua kemahiran dalam bola sepak diperingkat sekolah.

Hantaran dan mengelecek adalah diantara kemahiran asas yang memerlukan tahap penguasaan kemahiran yang baik dalam permainan bola sepak. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 menerangkan supaya guru membuat aktiviti menghantar dan menerima bola pada jarak yang sesuai, menghantar dan mengelecek bola dengan teknik yang betul.

Penggunaan kaki bukan dominan adalah sudah tidak asing dalam dunia bola sepak, dimana sudah semestinya pemain professional dapat menggunakan kaki dominan dan bukan dominan dengan baik. Ini bermakna penggunaan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Semasa saya menjalani pratikum, penggunaan kaki bukan dominan boleh dikatakan sangat rendah dalam kalangan sampel semasa permainan bola sepak, mereka hanya akan menggunakan kaki dominan sahaja untuk menendang bola sama ada untuk membuat hantaran, tendangan deras dan sebagainya. Hal ini mendorong saya membuat kajian mengenai kesan penggunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak.

Penggunaan kaki bukan dominan adalah penting bagi permainan bola sepak. Jika seseorang murid itu menggunakan kaki dominannya adalah kaki kanan maka kaki kanan adalah yang digunakan untuk menendang. Pergerakan kaki kanan akan lebih aktif penggunaannya dan kekuatan hanya akan tertumpu pada kaki kanan iaitu kaki yang dominan, ini akan menyebabkan kaki kiri iaitu kaki yang bukan dominan kurang bergerak secara aktif semasa bermain bola sepak, sama ada untuk melakukan hantaran atau gelecekan. (Wee Eng Hoe, (2005). Panduan Pengajaran Bola Sepak, (Kepegawaian dan Kejurulatihan).

Seperti mana yang diketahui umum, kemahiran yang banyak digunakan dalam bola sepak adalah kemahiran hantaran dan mengelecek. kemahiran ini sangat penting dalam permainan bola sepak kerana ia adalah di antara beberapa kemahiran asas permainan ini. Sesuatu keputusan perlawanan juga dipengaruhi jika hantaran dalam sesuatu pasukan berjaya dilakukan dengan baik. Oleh itu, Kemahiran yang ingin dilihat adalah kemahiran menghantar dan mengelecek sampel tahun 4 dengan sampel menggunakan kaki bukan dominan mereka. Hanya lima orang sampel sahaja akan digunakan untuk kajian tindakan ini, iaitu sampel yang berpotensi bermain bola sepak dengan baik tetapi tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Secara amnya, permainan bola sepak adalah salah satu sukan yang memerlukan kekutan, kepantasan dan ketangkasan kaki. Beim ( 1977) menegaskan ketangkasan bergantung kepada koordinasi, kekuatan dan reaksi individu mengatasi momentum berat badan. Jika sampel dapat menguasai hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan maka corak persembahan yang pantas dan tangkas dapat dilakukan semasa bermain bola sepak. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja malah mereka juga dapat menunjukkan kemahiran mereka semasa mereka menghadiri pemilihan dan semasa perlawanan bola sepak, sehubungan dengan itu, sudah pasti jurulatih akan memilih pemain yang dapat menguasai kedua-dua belah kaki sebagai pemain sekolah atau di mana-mana peringkat.

Kemahiran hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan adalah sangat penting untuk mengubah corak permainan bola sepak. Kemahiran hantaran dan mengelecek bukan sahaja melakukan secara individu malahan ia juga memerlukan kerjasama yang baik dengan rakan sepasukan. Hal ini kerana permainan bola sepak adalah permainan secara berpasukan.

Oleh itu, fokus kajian saya semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam kemahiran bola sepak ialah membuat aktiviti hantaran dan menerima serta menggelecek dengan menggunakkan kaki bukan dominan. Sepanjang saya mengajar aktiviti yang melibatkan permainan bola sepak saya dapati ada sesetengah sampel langsung tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dengan menggunakkan kaki bukan dominan. Kebanyakan mereka lambat untuk melakukan hantaran kerana terpaksa menukar kaki dominan untuk membuat hantaran kepada rakan.

Apabila seseorang sampel itu dapat menguasai kemahiran hantaran dan menerima dengan menggunakan kaki bukan dominan, sampel berkenaan tentu berasa yakin semasa bermain dan cara permainan pantas dapat dilakukan selaras dengan corak permainan yang dimainkan oleh mana-mana pasukan handalan seluruh dunia, turut menjadi fokus kajian saya ini ialah dapat mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak dan secara tidak langsung dapat melahirkan satu pasukan bola sepak sekolah yang berkualiti dan menjamin masa depan yang cemerlang dalam sukan bola sepak di Sekolah Seremban 2A ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

3.1.1 Mengenal pasti kebolehan penggunaan kedua-dua kaki yang digunakan oleh murid dalam permainan bola sepak.

3.1.2 Meningkatkan kebolehan murid dengan

menggunakan kaki bukan dominan dalam

permainan bola sepak melalui kreteria-

kreteria kemahiran dalam bola sepak.

3.2.1 Soalan Kajian

3.2.1 Bagaimanakah kebolehan murid dalam menggunakan kedua-dua kaki dalam permainan bola sepak?

3.2.2 Adakah terdapat peningkatan kriteria kemahiran bola sepak yang dikaji pada murid semasa menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian yang dijalankan ialah murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun 4 Zamrud Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. semasa proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani permainan bola sepak. Kumpulan ini mempunyai seramai 36 orang murid, oleh itu saya mengambil hanya beberapa orang murid dari populasi tahun 4 Zamrud ini untuk dijadikan sampel.

Hal Ini kerana, bilangan sampel terlalu besar untuk persampelan bertujuan ini. Bilangan sampel yang diambil ialah 5 orang murid, iaitu 5 orang murid lelaki yang berpotensi untuk mewakili sekolah. Pemilihan ini berdasarkan bilangan murid yang tidak dapat melakukan aktiviti hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan. Satu senarai semak akan disediakan untuk proses pemilihan sampel.

5.0 TINDAKAN

Dalam perlaksanaan kajian ini saya telah merancang beberapa pelan tindakan langkah-langkah kajian untuk menjalankan kajian ini dengan lebih tersusun dan bersistematik. Ini adalah supaya saya tidak terlepas pandang atau membuat sebarang kesilapan dalam melakukan kajian saya, dan juga agar saya dapat memastikan setiap gerak kerja yang saya lakukan adalah satu gerak kerja kajian yang baik.

Berikut merupakan langkah-langkah kajian yang saya jalankan :

5.1 Prosuder Kajian

Beberapa perancangan telah dilakukan untuk memastikan kajian ini berjalan dengan lancar. Perancangan yang teliti mampu menjamin kelancaran kajian dan mengatasi masalah yang mungkin timbul . Antara perancangan yang telah dilakukan ialah :

I. Membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid mempelajari kemahiran bola sepak.

II. Menyediakan senarai semak mengenai tahap penguasaan murid dalam menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola baling.

III. Mengenalpasti murid yang dikategorikan sebagai berpotensi tinggi dalam menguasai kemahiran bola sepak untuk dijadikan sampel

IV. Menjalankan 2 kemahiran bagi meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan murid iaitu kemahiran hantaran dan mengelecek.

V. Memulakan sesi pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kemahiran hantaran, menggelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak.

VI. Melakukan pemerhatian mendalam terhadap sampel melalui rakaman video seterusnya mengambil data tahap perkembangan murid.

VII. Mengajurkan pertandingan futsal tahun 4 dan tahun 5.

Kajian ini memfokuskan mengenai cara penggunaan kaki bukan dominan sampel dalam permainan bola sepak. Langkah pertama yang dilakukan ialah membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid mempelajari kemahiran bola sepak. Pemerhatian keseluruhan ini dijalankan selama seminggu bagi murid tahun 4 Zamrud. Dalam pemerhatian keseluruhan, saya telah mengenalpasti kaki bikan dominan murid. Melalui pemerhatian ini saya dapat mengkategorikan tahap penguasaan kaki bukan dominan murid.

Sebelum melakukan pemerhatian, terlebih dahulu saya menyediakan senarai semak mengenai tahap penguasaan murid dalam menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak. Ini meliputi ketiga-tiga kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak, iaitu kemahiran hantaran dan menggelecek. Setiap kemahiran dilihat dan dinilai dari segi beberapa aspek yang perlu seperti posisi atau postur badan. Ini untuk menilai kedudukan badan murid samada betul atau tidak. Selain itu, pandangan mata pada bola juga dilihat bagi menentukan ketepatan arah bola. Kedudukan atau cara kontek bola juga perlu dinilai dan ini menjadi salah satu item yang terdapat dalam senarai semak. Selepas hantaran, kita perlu juga melihat fasa pemulihan atau ikut lajak murid. Segala yang terdapat dalam senarai semak perlu dipatuhi dan dilakukan dengan baik secara terperinci dan teratur. Ini penting dalam memperolehi data yang baik dan memudahkan dalam proses analisis data.

Prosedur kajian yang ketiga yang telah saya jalankan ialah, mengenalpasti murid yang dikategorikan sebagai berpotensi tinggi dalam menguasai kemahiran bola sepak untuk dijadikan sampel. Pemerhatian ini dikelaskan mengikut kebolehan murid melakukan hantaran dan menggelecek dengan baik menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Terdapat dua kemahiran yang difukoskan dalam kajian ini, iaitu kemahiran hantaran dan mengelecek. Hanya dua kemahiran ini sahaja dilakukan. Murid dikehendaki melakukan kemahiran ini dengan kaki dominan mereka sehinggalah guru memberi arahan menggunakan kaki bukan dominan. Corak permainan yang pantas tadi bertukar menjadi kelam kabut kerana ternyata pengguasaan kaki bukan dominan sampel adalah sangat rendah.

Pada prosedur seterusnya, saya telah memulakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Pada P&P kali ini kenahiran hantaran dan mengelecek hanya dilakukan dengan menggunakan kaki bukan dominan sahaja. Strategi pengajran yang dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah ansur maju dan demonsrtasi. Kaedah ansur maju adalah dari mudah kesukar dan dari rendah ketinggi tahap latihan yang diberikan. Kaedah kedua iaitu demonstrasi, guru melakukan kemahiran dan diperhatikan oleh murid, kemudian murid melakukan kemahiran tersebut.

Bagi mengukuhkan lagi atau mendapat ketepatan data, saya melakukan prosedur seterusnya iaitu dengan merakam setiap kemairan yang telah dilakukan oleh murid bagi memastikan data yang saya perolehi menepati kreteria yang saya perlukan dalam pemerhatian yang telah dilakukan. Melalui rakaman video, saya dapat melihat dengan lebih terperinci mengenai setiap kebolehan dan kemajuan murid. Rakaman video ini saya lakukan pada setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tahun Zamrud. Dengan adanya rakaman, saya dapat melihat perkara-perkara yang saya terlepas pandang, mengamati setiap perlakuaan sampel dan memudahkan data untuk direkodkan

5.2 Cara Mengumpul Data.

Cara mengumpul data yang digunakan ialah melalui pemerhatian dan soal selidik. Pemerhatian yang dijalankan pula terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Pemerhatian dengan menggunakan rakaman video adalah salah satu cara terbaik bagi memastikan kemahiran yang murid lakukan adalah cara yang betul dan dapat memastikan perkembagan murid. Melalui rakaman video juga dapat mempengaruhi murid untuk melakukan kemahiran dengan baik.

Berdasarkan soal selidik dan kedua-dua pemerhatian di atas, proses pemerhatian ini dijalankan sebelum, semasa dan selepas proses P&P dilakukan. Pemerhatian yang ingin dibuat ialah apakah respons dan reaksi sampel selepas menggunakan kaki bukan dominan mereka. Pemerhatian ini melibatkan semua sampel dan seterusnya mengenal pasti sampel yang langsung tidak dapat menggunakan kaki bukan dominannya dengan baik. Selepas mengenal pasti guru membuat persampelan kajian. Setiap pemerhatian akan dibuat refleksi dan membuat catatan di dalam buku khas supaya pemerhatian dapat diingat kembali.

Sepertimana yang saya nyatakan diatas, terdapat tiga cara pengumpulan data yang telah saya lakukan iaitu soal selidik dan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pemerhatian mendalam terhadap sampel melalui rakaman video. Berdasarkan dua pemerhatian ini, saya dapat memperolehi data yang tinggi tahap kebolehpercayaannya. Setiap pemerhatian yang saya buat, saya catat didalam buku khas supaya data yang diperoleh tidak hilang dan boleh dianalisis untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRESTASI DATA.

Melalui pemerhatian-pemerhatian yang telah dijalankan semasa membuat kajian ini, saya telah mendapat data-data yang merupakan data mentah. Data-data ini adalah dalam bentuk pemerhatian dan soal selidik semasa kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dalam kreteria kemahiran hantaran dan mengelecek. Pengkaji telah memilih 5 orang responden yang berpotensi tinggi mewakili sekolah yang hanya dapat menggunakkan kaki dominan sahaja semasa menendang bola dan mengelecek bola. Dapatan pemerhatian ini terdapat di lampiran ii dan iii.

Penganalisisan ini dibuat bagi melihat perbandingan prestasi murid semasa bermain bola dan semasa melakukan ujian hantaran dan mengelecek bola dengan menggunakan kaki dominan dan bukan dominan. Melalui pemerhatian juga,saya telah mendapat data tentang sejauh mana kesan penggunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.

Prestasi murid dikaji semasa pertandingan futsal yang telah dijalankan sebelum dan selepas kemahiran menghantar dan megelecek dilaksanakan selama beberapa minggu. Penganalisisan ini dihurai dengan menggunakan kaedah kualitatif.

6.1 Data-data yang diperoleh.

Sebelum saya menjalankan kajian, saya dan rakan praktikum menjalakan satu pertandingan futsal dalam kalangan pelajar tahun 4 dan tahun 5. Pertandingan futsal ini adalah bagi tujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai permainan futsal dan seterusnya mewujudkan semangat bersukan dalam kalangan pelajar tahun 4 dan tahun 5. Semasa pertandingan dijalankan saya membuat pemerhatian terhadap kelas yang akan saya jadikan subjek kajian, dan pemilihan responden secara teliti, Seramai 10 orang responden dipilih. Murid yang dipilih adalah berdasarkan kriteria berikut :

a) Hanya boleh menggunakan sebelah kaki sahaja.

b) Berpotensi untuk melakukan aktiviti yang berkaitan kaki bukan dominan

c) Berpotensi besar dalam permainan bola sepak

d) Dilihat berpotensi dalam pemilihan mewakili sekolah.

Kesemua sampel menggunakan kaki kanan sebagai kaki dominan mereka oleh itu saya telah dapat mengenal pasti kaki bukan dominan mereka. Dengan data yang diperolehi ini kaki kiri adalah kaki bukan dominan sampel.

SESI PERTAMA.

Pemerhatian awal dan pengumpulan data berdasarkan senarai semak yang telah saya lakukan bagi mencatat setiap aktiviti yang dibuat oleh murid dengan menggunakan kaki dominan mereka. Saya membiarkan mereka bermain bebas untuk melihat murid yang berpotensi dalam permainan bola sepak. Saya mengambil senarai nama dan merakam video untuk mengingat dan meneliti semula murid yang telah dipilih, serta mencatat pemerhatian saya untuk mengecilkan lagi jumlah pemilihan murid mengikut kreteria yang berikut sebagai kajian terakhir saya. Data yang telah saya perolehi melalui senarai semak berikut mendapati sampel yang berpotensi untuk bermain bola sepak seramai 5 orang.

SKOR

CIRI - CIRI

Baik

- Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang baik.

Sederhana

- Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang kurang baik.

Lemah

- Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang tidak betul.


SESI KEDUA.

Pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran berikutnya saya memulakan aktiviti yang pertama iaitu, kemahiran menghantar dengan menggunakan kaki dominan mereka. Murid dapat melakukan aktiviti dengan baik apabila menggunakan kaki dominan mereka. Langkah seterusnya, saya menukar aktiviti berikut dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Berdasarkan data-data yang saya perolehi dengan membuat soal jawab saya mendapati murid yang telah saya pilih berasa tidak selesa dan kurang seronok, tidak puas dan kurang berkeyakinan semasa bermain bola sepak dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka, Selain itu, saya juga memberi semangat kepada pelajar-pelajar terbabit semasa diakhir pengajaran dan pembelajaran supaya berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri.

Perasaan yang kurang seronok dan gembira ini terbukti selepas mereka melakukan aktiviti dengan menggunakan kaki bukan dominan. Saya mengambil senarai nama dan merekod murid yang akan dipilih untuk membantu kajian ini. Murid yang terpilih akan diberikan perhatian yang lebih semasa kelas Pendidikan Jasmani

SESI KETIGA.

Dalam kelas yang berikutnya, saya telah menjalankan aktiviti seterusnya bagi mendapatkan butiran perkembangan murid yang telah saya pilih, dengan beberapa aktiviti yang telah saya lakukan data yang telah saya perolehi ialah mereka sedikit sebanyak masih tidak mampu menguasai kemahiran hantaran dengan baik. Dengan senarai semak di bawah saya melihat bagaimana penguasaan mereka dengan kaki dominan dan bukan dominan. Dalam pemerhatian saya penguasaan kaki bukan dominan murid adalah masih sangat lemah. Walaupun begitu melalui soal jawab murid sedikit sebanyak menunjukkan minat untuk aktiviti yang menggunakan kaki bukan dominan mereka.

SESI KEEMPAT

Langkah seterusnya, saya menjalankan aktiviti mengelecek dekat. Mengelecek dekat adalah asas untuk menguasai kawalan bola dengan baik. Murid pada mulanya mengelecek dengan menggunakan kaki dominan mereka, mereka sangat berkeyakinan untuk melakukan aktiviti tersebut. Setelah selesai aktiviti pertama, saya mengarahkan sampel agar menggunakan kaki bukan dominan mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. Melalui pemerhatian rawak, kelihatan mereka sedikit kekok dalam melakukanya dan berasa kurang yakin dalam menjalankan aktiviti seterusnya. Walaupun begitu, dari soal jawab, murid gembira dan seronok melakukan aktiviti yang telah saya jalankan dengan kaki bukan dominan ini.

Berdasarkan senarai semak berikut, didapati sampel masih belum dapat menguasai kemahiran dengan baik walaupunbegitu, berdasarkan pemerhatian dan soal jawab dengan sampel,mereka mengatakan gembira menjalankan aktiviti tersebut, secara tidak langsung ini telah meningkatkan motivasi responden untuk terus berusaha meningkatkan kemahiran kaki bukan dominan mereka

Setelah pemerhatian dan merekod dalam senarai semak yang telah disediakan, saya membuat satu sesi temu dengan murid yang telah saya pilih dan mengedarkan soal selidik kepada mereka, soal selidik yang disediakan mempunyai 14 soalan mengenai aktiviti dan pengajaran yang telah dijalankan

SESI KELIMA

Pada sesi kelima ini, saya lebih fokus pada kaki bukan dominan sahaja, dimana ia adalah berkaitan dengan menguasai keseluruhan bahagian kaki bukan dominan. Aktiviti menghantar dan mengelecek semuanya menggunakan kaki bukan dominan. Langkah ini bertujuan supaya murid membiasakan diri dalam menggunakan kaki bukan dominan sebagai pengerak utama dalam menghantar dan menggelecek bola. Pada sesi kali ini saya dapati murid semakin berani dan berkeyakinan dalam membuat aktiviti yang telah dijalankan. Data yang diperoleh direkodkan.

Pada sesi kali ini juga saya telah mengumpul kembali borang soal selidik yang telah saya edarkan pada sesi keempat. Melalui soal selidik yang telah dikembalikan, saya menghuraikan dan menganalisis maklumat yang diperolehi dengan menggunakan carta pai.

SESI KEENAM.

Pada sesi kali ini, sampel menjalani aktiviti berikutnya dengan mengunakan kaki bukan dominan melalui aktiviti menghantar dan mengelecek. Melalui pemerhatian kali ini, saya dapati sampel semakin berani dan tidak kekok menggunakan kaki bukan dominan mereka. Aktiviti dijalankan seperti biasa dan sampel semakin seronok dengan aktiviti menggunakan kaki bukan dominan. Hasil data yang saya perolehi, menunjukkan sikap positif murid mengenai penggunaan kaki bukan dominan semasa bermain bola sepak adalah satu peningkatan yang baik dan semakin disukai.

Bilangan dan penguasaan kemahiran murid sebelum pengajaran dan pembelajaran penggunaan kaki bukan dominan . dapati tiada murid yang mendapat keputusan baik bagi kesemua kreteria yang dinilai sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku. Berdasarkan data yang diperolehi, tahap penggunaan kedua-dua kaki dan penggunaan kaki bukan dominan sampel berada ditahap yang rendah iaitu untuk postur badan hanya 3 sampel sederhana, 2 orang sampel lemah, bagi pandangan mata pada bola pula, 2 orang sampel sederhana dan 3 orang sampel lemah. Bagi kedudukan kaki pula 2 orang sampel sederhana dan 3 orang sampel lemah, seterusnya kontek kaki dengan bola pula mendapati hanya seorang sederhana, dan 4 orang lemah dan yang terakhir ikut lajak 2 orang sederhana, 3 orang lemah, bilangan dan penguasaan kemahiran murid selepas pengajaran dan pembelajaran penggunaan kaki bukan dominan. Selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan beberapa kreteria di atas menunjukkan kesan yang positif dalam kalangan sampel yang dipilih. Peningkatan pada keputusan baik seramai 4 orang murid pada posisi badan berbanding sebelum ini tiada murid yang mendapat baik. Untuk kreteria kedua pula iaitu bagi pandangan mata pada bola pula, 3 orang sampel mendapat baik dan 2 orang sampel mendapat sederhana. Bagi kedudukan kaki pula kesemua sampel berjaya menguasai dengan keputusan baik, seterusnya kontek kaki dengan bola pula mendapati 2 orang sampel mendapat baik,2 orang sampel mendapat sederhana dan hanya seorang lemah dan yang terakhir ikut lajak 4 orang sampel baik, 1 orang sampel sederhana.

Berdasarkan kedua-dua graf di atas, dapat dirumuskan bahawa, peningkatan positif penggunaan kaki bukan dominan di dalam kalangan sampel selepas pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilakukan. Pada graf 1, sampel langsung tidak memperoleh keputusan baik bagi setiap kreteria yang dinilai semasa P&P kesemua sampel hanya berada pada sederhana dan lemah sahaja.

Selepas pengajran dan pembelajaran dilakukan penambahan bilangan sampel pada keputusan baik meningkat dan memberikan kesan yang sangat baik semasa bermain bola sepak. Melalui kaedah ansur maju dan demonstrasi ini, sampel dapat menerima P&P dengan cara yang tidak memaksa mereka untuk menguasai kemahiran hantaran dan mengelecek ini.

Kaedah ansur maju adalah salah satu kaedah yang perlu digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk membantu muridnya menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Selain kaedah ansur maju, kaedah demonstrasi juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran dengan baik, hal ini kerana kaedah ini dilakukan oleh guru kemudian diperhatikan murid. Kaedah ini lebih mudah daripada guru menerangkan tanpa tunjuk ajar.

Selain itu, pelbagai kaedah lain yang dapat digunakan sebagai medium untuk mengajar kemahiran dalam sukan bola sepak ini seperti, latih tubi, gerak kerja kumpulan, permainan kecil dan sebagainya. Menerusi beberapa kaedah ini, guru perlulah memilih kaedah yang sesuai bagi anak didiknya supaya mudah dan cepat menguasai kemahiran yang diajar. Guru juga perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan murid serta membuat jadual khusus untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran tertentu.

PERSOALAN PERTAMA.

Bagaimanakah kebolehan murid menggunakan kedua-dua kaki dalam permainan bola sepak?

Kebolehan sampel dalam penggunaan kedua-dua belah kaki adalah sangat lemah semasa mereka bermain bola sepak. Sebelum kajian ini dilakukan mereka hanya menggunakan sebelah kaki sahaja untuk melakukan hantaran dan gelecekan. Sampel masih belum mampu menggunakan kedua-dua belah kaki sebagai medium untuk melakukan hantaran dan gelecekan. Berdasarkan pemerhatian sebelum pengajaran dan pembelajaran Penggunaan Kaki Bukan Dominan ini tahap penguasaan mereka terlalu rendah.

Selepas pengajaran dan pembelajaran kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan dilakukan sampel sering kali mencuba untuk menggunakan kaki bukan dominan semasa bermain, ini bermakna terdapat penggunaan kedua-dua kaki semasa bermain. Mereka juga menggunakan kaki bukan dominan semasa pertandingan futsal kali kedua dianjurkan oleh pihak sekolah.

Persoalan pertama ini terjawab apabila dapati adanya penggunaan kedua-dua belah kaki selepas kemahiran hantaran dan kemahiran mengelecek diterapkan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Sampel telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan membuktikan bahawa mereka dapat menguasai kedua-dua belah kaki, walaupun tidak begitu baik pengguasaan kaki bukan dominan, tetapi ada penggunaan kedua-dua kaki semasa sampel bermain.

PERSOALAN KEDUA.

Adakah terdapat peningkatan kriteria kemahiran bola sepak yang dikaji pada murid semasa menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak?

Sebelum pengajaran dan pembelajaran kemahiran hantaran dan mengelecek dilaksanakan, sukar bagi saya untuk melihat sampel melakukan kemahiran dengan kaki bukan dominan mereka. Setelah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan saya dapati sampel sering kali menggunakan sewaktu diluar P&P seperti sebelum P&P dilaksanakan dan sebagainya. Ini mendapati ada peningkatan dari segi penggunaan kaki bukan dominan mereka.

Penggunaan kaki bukan dominan dikatakan meningkat semasa pertandingan futsal kali kedua dianjurkan oleh sekolah iaitu pertandingan futsal sempena Bulan Kecergasan. Murid 4 Zamrud telah menyertai pertandingan tersebut dan kesemua sampel saya telah mewakili pasukan kelas mereka untuk pertandingan itu. Satu senarai semak yang telah dibuat, saya telah mencatat penggunaan kaki bukan dominan mereka semasa mereka bermain.

Semasa pertandingan berlangsung terdapat penggunaan kaki bukan dominan dikalangan sampel saya. Ini telah membuktikan penggunaan kaki bukan dominan terdapat peningkatan selepas pengajran dan pembelajaran dilaksanakan. Walaupun kekerapan penggunaan kaki bukan dominan tidak seperti kaki dominan, namun ianya terdapat peningkatan dari pertandingan sebelum ini dimana sampel hanya menggunakan kaki dominan sahaja. Sampel juga telah berjaya melangkah ke pusingan yang lebih jauh iaitu ke pusingan separuh akhir berbanding sebelumnya hanya layak pada peringat kumpulan sahaja.

7.0 DAPATAN.

‘’Penggunaan Kaki Bukan Dominan Dalam Permainan Bola Sepak Tahun 4 Zamrud di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A.’’ Kajian ini bertujuan meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan murid semasa bermain bola sepak. Dengan penguasaan kedua-dua belah kaki murid akan dapat bermain dengan lebih baik berbanding dengan hanya dapat menguasai sebelah kaki sahaja.

Saya dapati kajian yang saya jalankan menunujukan kesan yang positif dikalangan murid tahun 4 Zamrud ini. Murid yang dipilih dalam kajian saya, dilihat dapat menunjukan permainan yang baik semasa pertandingan futsal pada bulan kecergasan sekolah, dimana peningkatan corak permainan dan penggunaan kaki bukan dominan yang lebih kerap. Dengan pengguasaan kaki bukan dominan dengan baik, murid lebih yakin dalam melakukan hantaran dan mengelecek dengan dengan lebih baik.

Pemerhatian yang telah saya peroleh pada kelas ini juga menjelaskan bahawa responden yang saya pilih dapat meningkatkan mutu permainan dalam bola sepak apabila mereka berjaya ke pusingan separuh akhir pertandingan futsal pada bulan kecergasan lalu.

Pada pertandingan futsal kali pertama yang lalu, Tahun 4 Zamrud tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk mara ke suku akhir. Pada pertandingan seterusnya, semasa bulan kecergasan mereka kalah pada pusingan separuh akhir, walaupun begitu saya mendapati peningkatan dari segi, hantaran dan menggelecek lebih baik apabila mereka juga menggunakan kaki bukan dominan mereka semasa bermain daripada sebelum mereka mejalani P&P kajian yang telah saya jalankan. Pasukan mereka mara ke separuh akhir membuktikan bahawa penggunaan kaki bukan dominan dapat meningkatkan permainan serta kemaihiran dalam bola sepak dengan lebih baik.

Kesan penggunaan kaki bukan dominan telah terbukti dengan meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan didalam permainan bola sepak ini dapat juga meningkatkan keyakinan, kemahiran serta kebolehan sesorang itu. Kajian yang telah saya lakukan terbukti apabila peningkatan yang baik ditunjukan oleh responden saya pada pertandingan futsal yang mereka sertai. Kesan yang positif juga berlaku pada kelas yang lain dimana mereka menunjukkan minat untuk mempelajari kemahiran dengan menggunakan kaki bukan dominan.

Selain itu, guru ko-kurikulum yang lain juga berminat dalam menggunakan cara ini bagi melatih murid yang lain dalam sukan yang lain seperti sepak takraw. Sebagai pembantu guru pembimbing sepak takraw saya juga telah diarahkan untuk melatih murid kelab sepak takraw terbabit supaya dapat menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan ini juga. Kajian ini juga dapat menarik minat guru-guru lain dalam menjalankan latihan khusus kepada atlet sekolah.

Berdasarkan kajian ini, saya dapat mengatakan ianya relevan bagi mana-mana pengkaji yang ingin membuat kajian tindakan di sekolah. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, sudah tentu guru itu akan cuba untuk mencungkil bakat seberapa ramai murid yang berpotensi dalam bidang sukan. Tanggungjawab sebagai seorang guru adalah melahirkan insan yang cergas dan cerdas selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang seimbang.

Secara keseluruhannya, penggunaan kaki bukan dominan dapat memberi kesan yang baik dan positif, ia boleh meningkatkan pelbagai aspek dalam kemahiran di dalam bola sepak. Dengan meningkatnya pengunaan kaki bukan dominan kepada murid, ia akan dapat memberikan impak yang berbeza daripada murid yang hanya berkebolehan menggunakan kaki dominan sahaja.

8.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

Beberapa cadangan telah dikemukan bagi memantapkan kajian pada masa hadapan. Perkara-perkara berikut perlu dititik beratkan bagi pengkaji-pengkaji pada masa hadapan dan pihak yang ingin meningkatkan mutu permainan bola sepak di negara ini.

Pada masa akan datang, pengkaji yang ingin meneruskan kajian mengenai penggunaan kaki bukan dominan ini dapat dijalankan pada akar umbi lagi, kemahiran seperti pergerakan asas iaitu pergerakan motor didedahkan dengan awal, iaitu membuat pelbagai aktiviti dengan menggunakan bahagian bukan dominan murid. Apabila keadaan terbiasa menggunakan bahagian bukan dominan secara tidak langsung murid lebih mudah untuk menguasai kemahiran dengan bahagian bukan dominan mereka.

Pengkaji juga boleh menggunakan kemahiran asas dalam bola sepak yang lain seperti menjaringkan gol, membuat sepakan deras, membuat hantaran jauh dan kemahiran-kemahiran yang lain lagi. Pengkaji yang ingin mengkaji juga perlulah membuat perancangan yang teliti dan terancang sebelum melaksanakan kajian.

Selain permainan bola sepak, kajian ini juga boleh dilakukan bagi permainan yang lain seperti, sepak takraw, penguasaan kedua-dua belah kaki dalam sepak takraw adalah sangat penting semasa melakukan hantaran atau menerima hantaran. Selain itu, ia juga boleh diaplikasikan dalam sukan padang seperti lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan sukan yang banyak menggunakan kuasa kaki.

Kajian ini juga bukan hanya merangkumi bahagian kaki ataupun di dalam sukan yang melibatkan kaki sahaja malah ia juga dapat digunakan dalam permainan lain dengan menggunakan tangan seperti permainan bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola baling dan ragbi, serta sukan lain yang melibatkan penggunaan kaki dan tangan menyeluruh.

Sebagai langkah penambahbaikan bagi kajian ini, pengkaji perlulah menambah cara pengumpulan data dengan menambah sesi temu bual bagi mendaptkan data yang lebih terperinci mengenai sampel. Data yang diperoleh daripada kajian ini hanya menggunakan pemerhatian dan soal selidik, dengan adanya sesi temubual dengan sampel supaya kesahan daripada data yang diperoleh dalam soal selidik adalah lebih tepat.

Selain daripada itu, perlu diingatkan kepada pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian ini, pengkaji haruslah membuat perancangan yang lebih awal untuk memudahkan kerja serta mempunyai beberapa tindakan penyelesaian bagi kekangan-kekangan yang dihadapi kelak. Ini adalah kerana sudah pasti dalam setiap apa yang dirancang mempunyai beberapa masalah yang timbul di luar jangka.






*Kajian yang belum diedit sepenuhnya, yang telah diedit telah dijilidkan.

sebarang kesalahan ejaan dalam penulisan telah diedit oleh editor..hehe..





Kajian akan datang...belalang bermain bola sepak...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...