Wednesday, December 14, 2011

Errr...Tah Buh la Tajuk Sendiri....

assalamualaikum....

agak lama tak buh apa2 kat blog nih...malas kot..tapi ni saja boring-boring aku nulis,hari ni aku nak cerita sket sal kawan aku punya minat tulis kat blog ni, sapa lagi kalu bukan MAC (http://mcana71.blogspot.com/) ng NYONG(http://nyongatthesky.blogspot.com/)...mac ngan nyong mang dah serasi ngan blog mereka. siap ada karya dalam blog. mereka hebat.x macam aku penulisan amatur. aku mungkin nak kupaskan sikit mengenai siapa mereka nih. dah tentu kawan aku. aku tau la..sal depa..
*tiada pembohongan dalam ruangan ini! cerita di bawah semuanya benar belaka!

...........................................LAGI ..........................................


NYONG ngan persembahan dan karya yang tersendiri...persembahan kameranya agak hebat...banyak karya dah dia hasilkan dan keputusannya 100% menjadi kegilaan para wanita yang mengklik pada button "like" sehingga mengangkat jari kaki tanda setuju. Karyanya terus berkembang kini, dari selatan ke utara tanah ayaq...rejeki memukul gambarnya menjadi-menjadi. semakin hari semakin banyak gambar yang dipukulnya...tidak pernah kurang 1000 pukulan setiap hari untuk mengasah kemahiran seni pukul gambarnya..tak hairanlah kalau kita cuba mengejutnya dari tidur ia agak sukar, maklum lah kerja kaki pukul ni agak penat berbanding kerja-kerja lain. bahkan...kerja ni bukan hanya menggunakan tulang empat
kerat, tapi memerlukan lagi tulang tambahan berkaki empat untuk membantu memukul bagi mendapatkan lagi hasil karya yang terbaik bagi kaki pukul. Kini aku juga sebahagian dari kaki pukul kumpulan nyong. kira aku ni dah taraf brader2...begitu juga MANTAT atau lebih dikenali dengan nama luqee si kaki pukul. NYONG juga merupakan salah seorang penari zapin kelab kesenian anak-anak jowo semenanjung. Gelekan zapinnya boleh membuatkan dirinya ke alam maya...waktu tu jangan kacau!! siaplah kau!!

.................................................LAGI LA...........................................


MAC karya cerpennya hampir memasuki pasaran haram....idea dan jalan ceritanya boleh dibuat filem...sebaris dengan Lagenda budak setan, ong bak rindu, ayat-ayat cinta, kL gengster, kau buka pintu hatiku tanpa ketuk dahulu dan spongebob circle pants...emmmm...dia memang hebat dalam penulisan cerita cinta nih...ramai gak awek-awek membeli karya dia melalui on line mahupun offline. bagi aku yang agak kurang meminati novel atau cerpen ni aku menilai dari segi penulisan beliau, jalan cerita sangat menarik. ringkas. padat tidak melambung-lambung pengolahannya, namun ramai yang membeli karya beliau dihadiahkan dengan pen merah...Ya..aku tahu sebabnya.. karyanya banyak "spelling error"..tapi bagus..pen merah yang diberikan secara percuma setelah membayar kepadanya seringgit dapat membetulkan kesilapan-kesilapan kecil oleh pembaca yang dilakukan oleh penulis. motto hidupnya..."Lantaklah janji siap" Orangnya memang sangat hensem..adakalanya ramai yang menganggap beliau bukan orang melayu dek kerana kulitnya yang putih mulus, gebu dan sebu. Tah aku pun tak faham..hensem ke? puiiiii..aku 10 x hensem tou..sekali petik 10 yang datang tou..ehhh..laki pon datang..apahal???!!!..

................................................LAGI-LAGI..............................................




Aku...kompomlah aku antara paling amatur dalam penulisan blog ni..jarang aku menulis dan menaip benda yang agak menarik kerana aku bukan seorang yang kreatif dalam bidang penulisan mana taknya SPM pun hanya dapat A1 dalam subjek Bahasa Inggeris. Jadi aku kurang sikit dalam penulisan Bahasa melayu ni. Maklumlah Bahasa Melayu pun cukup-cukup makan masa result SPM dulu ya cukup-cukup makan apa lagi selain A1. Mungkin tak banyak yang aku nak tulis mengenai blog aku, tapi hakikatnya ni lah blog yang keberapa kali dah aku buat sehinggakan kali ini aku betul-betul ingat passwordnya. Ya. kelemahan aku ialah nombor! Aku agak susah untuk mengingati nombor, kecuali DUIT! hemmm....Aku akgak tidak suka akan benda yang berkaitan nombor, jika SPM dlu pon pencapaian aku agak kurang memberangsangkan! beberapa keputusan adalah sangat mencacatkan keputusan aku sperti Mathematic ni..cacat sungguh dapat A1..huh!! Dah la aku malas nak pikirkan lagi mengenai benda yang dah lepas, aku pun dah berjaya sekarang aku dah mendapat kerja tetap di kementerian milik kerajaan sebagai tukang sapu di sebuah tempat yang perlu aku rahsiakan tempatnya. Aku memegang amahan kerajaan, segala lokasi aku tidak akan hebahkan pada public. Kini aku menetap di Selama (bukan nama sebenar), dan berulang alik ke tempat kerja di Sungai Bayor (nama sebenarnya bukan ini).

............................................LAGILAGILA....................................................

Ok la...aku mungkin akan kembali tahun hadapan tok menulis dalam blog aku ni...jadi selalulah tengok blog aku untuk mengetahui bila aku akan update blog aku ni. tiap-tiap hari pun tak pa tengok ja, taun depan akan ada lagi cerita-cerita rahsia kawan-kawan dan perihal artis (cet artis ja kompom hang pa nk baca) ok..aku gerak dulu dengan motosikal baru aku RXZ(mac)...ayuh!!!zzzzZZZZzzzzz....

Thursday, September 8, 2011

Errr...sekadaq berkongsi...

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.



err...sekadar berkongsi, bukan nak kata MAN U blasah Arsenal sampai 8 buat aku angin, tapi sekadar berkongsi sesama saudara ISLAM aku...xsalahkan..klu kita pakai jersi Arsenal pon tetap leh sokong MAN U atas dasar semangat kesukanan...kan..heh........

Wednesday, September 7, 2011

Aku pemain Arsenal...



rembatan derasssssssssssssssssssssss!!!!!


GOOOOOOOOLLLLLLLLLL!!!!!!!


apit : Cikgu pemain Arsenal ko? terrer cikgu main deh....


aku : Em..dulu la masa sekolah rendah...(sambil memegang lambang Arsenal dibaju)...hidung dikembangkan tanda bangga.

aku tak tipu..masa sekolah rendah dulu memang aku men untok Arsenal pon...heh....tak percaya? tengok gambaq aku kt bawah nun...




putihkan aku? sebab time ni mak aku tak bagi men panas sangat....






tak caya lagi? lantak korang la...heheh.....











Gunner's 4ever!! keh!

Friday, August 19, 2011

Hina Islam!!

Assalamualikum...

Wa memang panas kalu dengar tajuk cmni...wa tau jauh klu nk gi perang dekat negara-negara yang kuat agama lain ni yang banyak hina ISLAM ni, (wa tak nak sebut agama apa) wa tou wa bukan warak atau alim tapi wa respect agama lain, sebab semua agama ajar supaya berakhlak mulia, cuma hanya 1 jalanan agama saja yang lurus dalam diri dan sanubari wa ni ISLAM! wa tou, wa cakap ni macam ada kasar sikit pada bahasa dan agama, agama ISLAM jugak suruh kita berkata dengan baik dan lemah lembut. Tapi hati wa panas kalu orang dah senang-senang nak hina agama ISLAM yang wa anuti, dan tak menghormati agama lain. adakah kita terlalu baik atau mereka yang anggap kita bodoh dan senang dipermainkan? Jahanam!! maaf wa kasar lagi.

Memang wa akui wa memang minat bola sangat. Tunggu bola pagi-pagi memang rutin wa masa blaja dulu dengan kawan-kawan wa. Paling wa minat game El-classico game antara Barcelona ngan seteru keras dorang Real Madrid. Wa mang minat Barcelona. Tapi wa ngan nyong kurang senang dengan kehadiran David Villa dari Valencia dari awal dia masuk lagi. Barcelona mang team yang terbaik. wa mang respect gila team ni sekrang. Dalam team tu pun ada budak-budak ISLAM, macam Ibrahim Affaley tu, Abidal, Keita..Tapi wa panas sangat bila wa dengar statement nih .................... :

"I did this because i defending my religion, because David Villa insulted Islam"

Panas betoi wa..apahal lu nak kutuk-kutuk ISLAM plak. Men bola dah la. kalu lu marah sekali pon respect la sikit. mang panas dengar camtu. Mang la player feberet wa FABREGAS kena ngan mamat Marcelo tu yang memang nak bagi dia. Tapi marah tu ada batas abang VILLA, jangan sampai hina-hina agama lain. BODOH!! Memang sakit hati wa. Cakap panjang-panjang pon tak guna, bukan wa boleh wat apa pon kan? Tapi sekurang-kurangnya wa prihatin pasal agama wa.. Ada satu hari tu,ni hal lain la. Masa tu aku masih belajaq lagi. Aku men bola petang-petang. Dalam masa yang sama geng KPLI paling best ada. Ada sorang mamat KPLI ni turun bgan pkai baju Liverpool masih ditaja casberk (wa tak reti eja). Kawan wa sound la dia'secara gurauan..'woi...apa pakai bajukasbek tu..haram doh...hehe",dengan selamba BODOH dia jawab, ala rilek r,kasbek ni Yahudi punya maa...(lebih kurang la ayat dia) wat apa sokong ISLAM? Yahudi ada bom, sekali bom ISLAM hancuq semua!! harharhar..(lebih kurang macam tu la dia gelak). Celakak. sampai sekarang wa ingat dia tu, kalu men bola, tiap-tiap ari wa nak tekel dia, seb bek wa bukan Marcelo!

Ada lagi, ni time wa men bola gak..team ni mang team budak-budak muda. team anak pensyarah aku masa maktab dlu. Bagi wa dia mang main bagus, tapi agak poyo la sket. Elok tengah main dorang tukar player. Mamat kat dalam kluaq yang baru masuk ngah lompat-lompat macam beruk wat panas badan. Wa ada kat tepi tu dekat ngan dia sementara wa nak tunggu kawan wa throw-in. Mamat tu dengan selambanya sebelum masuk wat tanda SALIB kt badan dia macam player antarabangsat! selalu buat tu..apa jahanam anak melayu ISLAM buat camtu, geng-geng dia pun terkejut dengan peragai pelik HARAM JADAH dia (sori wa kasar lagi). selamba plak dia kata "lepak ar..lawak ja doh....."hmmm...memang lawak bangang!

Ok la, wa dah banyak celoteh panjang. wa pun ada kelas wa nak gi masok kelas plak skrang..nak ajaq sikit anak-anak seagama wa ni cara menghormati agama sendiri dan orang lain. wa bukan ustaz tapi wa seorang GURU ISLAM.








Bikin Panas!!!!!

Thursday, August 4, 2011

korek telinga.....!!

korek telinga.....!!


kelas feveret aku 3 Bijak. 21 orang murid. tapi tak pernah semua hadir dalam satu masa.
kelas feveret aku 3 Bijak. Kelas last. perangai ala-ala aku gak masa kecik.
kelas feveret aku 3 bijak.

ketua darjah : bangun............. mcam biasa depa bagi salam....

aku : ok. duduk.

3 bijak : terima kasih cikgu!

aku : ok. haa..sapa yang tak puasa hari ni?

wan : saya cikgu!

aku : aik?? kenapa?

wan : tadi amin korek telinga saya cikgu...

aku : kah..(gelak sikit..aku berpuasa).







"Ramadhan" itu nama Allah.....Sebutlah ia sebaik2nya..."Bulan Ramadhan"


Saturday, May 28, 2011

Emas....satu perlaburan di masa hadapan...

Assalamualaikum...wbt...

Lama sudah tak sentuh papan kekunci netbook aku ni. sibuk hal kerja gamaknya. musim budak sekolah exam. bukan setakat nak tanda kertas. banyak benda lain lagi nak kena buat. aduh.. adakalanya zaman belajar lagi seronok. tapi masa belajar. kerja lagi seronok. ah, mana-mana pon sama. ia tetap seronok! semua ni pengalaman sebelum masuk era keemasan. Wa bukan nak cerita pasai emas yang orang dok labur-labur tu. tu hal lain, tu pon tok masa depan jugak. tapi ada emas yang lebih penting tok masa depan kita seperti zaman keemasan kita...an..an...

Zaman keemasan dah pasti kebanyakkan orang/beruang nak jadi macam ni kan :

  1. Ada bini, anak adakalanya nak cucu yang banyak.
  2. Duit yang cukup. tak ada duit susah nak buat apa. segalanya memerlukan duit. tp duit bkn untuk segalanya,segalak-galaknya xperlukan duit. cuma jadi galak saja dah cukup.
  3. Bila dah jadi keemasan pasti nak menziarahi kaabah yang kain disulamkan benang emas. sapa yang xdak keinginan tu, refer balik rukum Islam noo..
  4. Rumah sendiri yang tetap dan menghabiskan masa-masa keemasan untuk berehat atas kerusi malas dan menonton TV saluran emas. sambil nyanyi lagu M.Nasir Hati Emas.
  5. Emas tulen untuk si isteri sebagai hadiah. sudah pasti bukan emas zulian.
  6. Nak beli pisang emas. bawak pi MASJID. paling penting di hari emas.
Semuanya berkaitan emas. umur emas. benda emas. pisang emas. yang penting harta emas tu tak boleh bawak ke mati. kecuali iman dalam hati yang 999 tak karat. Ingat hari emas sebelum menjadi umur keemasan.

Ada harta jangan lupa pada ZAKAT..cukuplah cerita Qarun untuk pegangan hidup di masa emas.










Selesai tanda paper 1 BI budak kelas aku...eerrr...asl merah ja banyak nih....hai Anak Emas....

Sunday, May 8, 2011

Jangan Rakam La Bodoh!!!!



  • REC.......tettt........
  • REC.......tettt........
  • REC.......................

....

....

....

....

....

........................................

hiiiiiaaaahhhhhhh......puff......


Plaaappppp!!!!!

A : Adohhhh...asal kau tampar aku???!!
B : yang kau pegi rakam buat apa???!!!

A : asal tak boleh ke???
B : kita kan tengah mencuri ni!! nanti kena tangkap kan dah ada bukti!! Bodoh!!!

A : kau la bodoh!!!
B : apsal plak aku???

A : Klu nampak muka kita badan kita, perut kita...yang kena nanti orang lain....bodoh!!!!
B : aha.....rakam...rakam.....





p/s : Rakaman ini tiada mengena dengan MANUSIA yang tengah hidup atau pun dah lama meninggalkan duniawi dan kembali ke jalan yang lurus......

Friday, May 6, 2011

Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak !!

Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,


Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama


nasi lemak 50 c macam Farid kamil cakap.......

Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.


abang2 saya yang cacat...mereka suma minat nasik lemak....


Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.

Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.

Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.



Yang benar,

Murid pencinta nasi lemak 50 sen...haha..tQ boss....

Monday, May 2, 2011

C-Tiga !

C3

Aku penah tengok seblum ni citer CJ7 tu.. tapi ni bukan sal citer tu
mahupun sambungan citer tu...dulu Mac dan nyong boleh bangga dengan C6 dan x3 depa...cett..
sudahla mac,nyong setakat Nokia ketinggalan zaman hangpa tuh...asik 'hang' ja..
haha...KINI??? Lu Slim La Beb!!! aku juga memiliki Nokia C3 kurang 3 ja dari c6 dan tak sampai x dari x3 nyong tuh...haha...nah tengok la dlu...


bukak-bukak trus ada mesej...pelik aku...canggih btoi...dari c6 ngan x3 haha...


siap dapat begambar ng kawan dia lg kt lua kotak..


semua berebut2 nak..tgk tgn2 tuh...haihhhh......


aku tak la rasa nak beli henpon baru...tapi dek kerana henpon aku hilang gara-gara
adengan rosyam nor dan noh yang agak lama aku tak jumpa,entah lesap ke mana,sony eriksson
apa kejenamanya pon aku xpasti...tapi ia mesti telefon mudah alih...so,
terpaksa la aku cari henpon baru..Habib Farhan nama yang tidak asing lagi
dalam arena penghenponan, di mana beliau bekerja di sebuah syarikat
komunikasi dengan jawatan agak besar. ya besar.dia memang besar. sahabat lama aku.
sejak dari bangku sekolah rendah lagi. agak lembut dia menjawab jika tidak hadir kesekolah. "sakit perut cikgu"
kini dia bukan lagi menjadikan alasan itu untuk ponteng bekerja.kerna alasan itu dah lapuk dek hujan dah lekang dek panas.


Habib...dalam kenangan...err...kenangan masa sekolah...

Apa2 pon aku nk ucap terima kasih kepada Habib Farhan kerana menderma kat aku token sebanyak 150 tuk tukar kepada henpon....C-Tiga aku...jasamu dikenang...




kepada nyong dan mac....i phone 4 in coming...

Sunday, April 17, 2011

CIKGU BAIK....WALAUPUN CIKGU GILA-GILA.....


CIKGU BAIK....WALAUPUN CIKGU GILA-GILA.....



cikgu...mana ada cikgu yang tak baik an....
suma cikgu baik2...

Drama 1 #
Ayah...dah lama ayek nak makan mee udang....
eh...tetiba je ayek nak makan mee udang ni kenapa??
kan ayek tak suka udang?? kang berair je hidung tu...
tak ayek suka...betol, cikgu cakap udang besar-besar....
macam peha Farra Fauzana...best kan ayah...
(paaaaapppppppp!!!!!) merah pipi ayek...kesian...

Drama 2 #
kalu kt uamah dulu..kata mak ayah suma tak pakai..
cakap cikgu gak yang betul...
"jangan buang air kat sini la, buang dalam tandas.."
"ala mak ni...apa pulak...cikgu bagi je...siap suh kirimkan lagi..."
(http://mcana71.blogspot.com/2011/04/situasi.html)
"Alip sat lagi kalu rasa nak buang air bagitou mak...
kita nak jalan jauh ni...kakak pon sama tou..."
"ala mak ni asal la suka membazir.
(http://mcana71.blogspot.com/2011/04/situasi.html)

Drama 2 1/2 #
Tarmizi: Ustaz kayu saya dah hilang satu. Nak minta kayu baru boleh tak ustaz?
Ust. Razak: Pergi ambil wudhu' dulu. Kemudian datang sini semula.
Tarmizi: Kenapa ustaz?
Ust. Razak: Kamu mahu kayu kan? kalau mahu pergi ambil wudhu' dulu.
Tarmizi: Baik ustaz....(sambil berlalu pergi meninggalkan bengkel kemahiran hidup)

selepas 5 minit Tarmizi datang semula.

Tarmizi: Saya dah ada wudhu' ustaz.
Ust. Razak: Bagus sekarang ikut saya pergi stor.

Drama 3 #
Wow....seksinya........mak nak tu mak...seksi sangat....!!
hey!! mana amin belajar ni??? kenapa cakap seksi-seksi ni?? sapa???
tu...jagung tu....seksinya...mesti manis,masin,masin manis...
cikgu cakap macam tu......
(http://apidalamsekam.blogspot.com/2011/04/setahun-jagung.html)

Drama 4#
"come and see me, after class!!"
Cikgu Boon Tan tulis dalam buku latihan Ah Chai, sebab banyak latihan matematiknya
salah walaupon dan 100 kali pembetulan....
Ah Chai pun berjumpa dengan cikgu Boon Tan..tapi bukan niat nak berjumpa
dengan cikgu Boon Tan, tapi hanya hendak memulangkan buku latihan tadi..
kemudian dia lari...."
"who has viewed me?"... balas Ah Chai di sebelah nota cikgu Boon Tan...
(http://hiduppenuhpropaganda.blogspot.com/2011/04/lihat-siapa-tengok-awak.html)

Drama 5 #
Mak!! kucin tu comolot......
Mira!!! apa cakap yang bukan2 ni????
sapa yang ajar cakap macam tu??
"betul la mak...dari tgk anjin comolot kt TV astro tu baik
tengok kucin comolot...
tgk dia jilat2 kaki dia tu...comolot tu kan jilat mak...
meeeeeoooooooooooowwwwwwwwww.....
(http://sukesukimimie.blogspot.com/2011/02/perempuan-tengok-apa-kat-lelaki-bukan.html)


Suma cikgu di atas gila-gila...tapi tak masuk paper pon...huh....

Sunday, April 3, 2011

Aku Dilamar??? Euuuuwwww.......




ohhhhooooiiiii...kalau mata bertentang mata.....hidup di dalam bagai nak gila...heeeyyyyy.....



Di bilik guru-guru-guru SK Sungai Bayor, Selama.


Assalamualaikum.... (kak P)


Waalaikumusalam.... (Abg Hensem)


tu lah antara dialog awal sebelum memasuki dialog akhir...kes ni mungkin pernah berlaku kat si polan yang mana penah jadi kat aku....si polan tu mesti berasa bangga dan teruja kerna dek LAMARAN pada si teruna daripada mak dara...tapi aku bukan lah macam si polan tu...aku tetap stedi, tak bangga mahupon teruja, aku biasa...ha..ha..ha..(ala yassin dalam man laksa)

mana dia? hensem sangat ke? ha..ha..ha..

KP - haa... dah lama nak cakap ngan Hadi (bu..bukan nama sebenarnya) ni....... tapi tak dak masa....

AH - haa... hehe.. napa kak p? duduk la cikgu L xdak...dia dah blik... (jam baru kol 11.30).

KP - dah balik?amboi awainya, xpala biaq kt dia...susah nak jumpa hadi (ini juga bukan nama sebenar)..asik keluar ja hang ni...

AH - ha..ha..ha (ala yassin lagi), biasa la kak P bawak budak ja selalu..tu yang makin gelap tu..

KP - ha..ha..ha (tiada kaitan dengan mana-mana dialog) Kak P nak tya la kat Hadi (dah cakap tadi bukan nama sebenar)... tapi bukan soal kerja la...pasai peribadi ni...

Dalam hati Abg Hensem dah rasa semacam..sebab takut kak P nak sound dia mai
lambat ka, kerja tak siap ka, usha awek kampung ka... dalam hati beliau macam-macam ada...padahal semua tu dia tak buat............................................(depan kak P)....belakang kak P tak tau la...ha..ha..ha (aku amek yassin pya gelak lagi).

AH - Kak P awat kak?? (dup..dap..dup..dap jantung degup pantas macam dangdut..sambil teringatkan inul dan goyang gerudinya....).

KP - kak P nak tanya la pada Hadi (sah bukan nama sebenar) ni....

AH - Tanya apa kak P??? (Sambil gelojoh AH memotong)

dalam hati kak P mesti dah kata AH ni gelojoh dan tak hormat org tua..tapi AH bukan begitu... dia seorang yang tenang menghadapi semua debaran, dugaan mahupun degupan...jantung...

KP : Hadi (kali ke-5 bukan nama sebenar) ni dah ada yg empunya ka??

(KP senyum sinis dan merenung tajam mata AH)

AH : err....hehehehehe...hehehehehe....(sambil pantas membetulkan rambut)

KP : ikhlas la Hadi (nama sebenar bukan ini) bgtou, klau ada sapa? bukan apa ada orang bekenan ngn Hadi (sama seperti dia atas) ni nak buat menantu...

AH : yaka?? sapa dia kp? kaya tak dia tu? pakai keta apa? rumah banglow kah?? (itulah antara soalan2 yang tidak langsung terpikir di dalam kepala hotak kosong AH), err..yaka ka KP, hehehe...(segan + malu kambing) siapa dia KP? (soalan yang sebenarnya keluar dari mulut AH).


Doktor kah? Loyar kah? apa?? Ahli Musik???


KP : Hadi (seperti di atas,atas dan atas) ikhlas la jawab, dah ada yang empunya ker??

AH : ..............................er..............................

Susah si abg hensem tu nak mejawab soalan tu, bukan jual mahal mahupon jual murah tapi...sedikit terkentut dengan soalan yang ditujukan oleh kak p kepada abg hensem tu, ada kot jadi kat sapa2 yang lain, bagi aku pengalaman abg hensem yang dia cerita kat aku tu memang terkejut gak aku, al-maklum la, dia mana hensem pon aku 100 kali hensem dari dia..hehe..nk buat macama mna dah aku hensem dari dia terpaksa la aku mengaku...

Entah la apa jawapan yang dia bagi kat kak pah...sebab masa dia cerita kat aku tu tetiba awek dia kol, lantas menjawab dari suara garau bak raksaksa dekat Jipun tu (kat Malaysia xdak raksaksa) tetiba bertukar lembut seperti suara barbie doll dalam Toy Story 3...err...rasanya dah berpunya la kot kan...aku pon xtou..baru ja kenal dia dalam laman soSIAL FacingBooking....

Apa-apa pon, aku dah umur 24 tahun tak dak pon orang nak lamar aku...ha..ha..ha... HANGPA? ada kot,,,an..an...an...

Kami "HENSEM".....an??





Ceritera ini, hanya rekaan semata-mata, ada kaitan dengan yang hidup atau pun sedang hidup..yang pasti tiada kaitan dengan yang dah meninggal dunia...




Lelabe !!!!

Wednesday, March 23, 2011

Bukan 5, bukan 6, tapi TUJUH!!!!

assalamualaikum...


Bukan 5, bukan 6, tapi tujuh...
apakah ia?
dulu kalau lari macam lipas kudung...
sekarang lari rasa asik nak tersadung....
bukan la rasa besar sgt..tapi bila dah sampai 7..
rasa berat nak kayuh..
dulu tiap petang main bola..
la ni tiap petang...jom tidor la.....
rasa nak try produk yang arwah Din Beramboi jual dalam citer BULI....
minumlah.........."LU SLIM LA BEB!!!!!"
kini idolaku bukan lagi MESSI tapi dr. ROZMEY!!


Lu nak kurus? wat rambut macam wa...hensem kan??











Beratku kini 70kg, itulah TUJUH..................ADUS!

Sunday, February 20, 2011

I LOVE U...YEAAA.....



Assalamualaikum...wbt...

agak lama gak aku tak meng'updated'kan belog busuk aku ni..biasa la bila memulakan kerjaya sebagai guru yang berwawasan 2020 ni kena la menghabiskan masa memikirkan anak2 didik aku. aku bukan jenis yang dulu lagi yang kerap kali sentiasa berada di depan laptop dengan melayari bermacam-macam laman web yang baik-baik blaka...err..ya..yang baik-baik.



Tajuk di atas bukan lah seperti apa yang hangpa ingat pada aku. tajuk camtu sti hangpa ingat aku ni jiwang karat la, mat bunga la, jambu la, er..yang tu aku tak bleh nak kata apa la, mang aku jambu, bukan aku kata, malah semua wanita ditempat blajaq aku dulu kata aku jambu..macam leonardo Di carpio, badan tough macam fahrin ahmad..tapi suma aku tepis bagi mengelakkan beberapa rakan aku jeles. Tapi tajuk di atas aku nak ceritakan pengalaman pertama aku mengajaq BI atau dalam bahasa jawa panjangnya Bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan semua, aku dah mula menjagaq 13 hari yang lepas. sekolah yang sanggup menerima aku dengan bayaran beribu-ribu sebulan tu bagi aku subjek major aku iaitu PJ dan PK. dalam kegembiraan dapat subjek major tu, mai la cikgu kanan 1 ni, hang amek la BI na..hang baru lepaih balajaq ja, mesti boleh ajaq pya...aku terus senyum lebar tanda tak setuju...haaa... macam tu la baguih...sambung beliau yang bernama kak pah...err..salah ka jawapan aku yang senyum tadi tanda tak setuju?? err...camna nak tunjuk mimik muka tak setuju ni?? last2 aku amek gak la..dah bagi, ajaq jela...haha...

Belum lagi aku masuk kelas nak ngajaq..tetiba ada meeting (speking sket) haha..meeting guru-guru BI. aik?? baru mai dah masok eeting guru-guru BI? aku pon ngan selambernya pi gak..rupa-rupanya ada mat salleh ngah tunggu, dalam hati aku ada jugak salesman mat salleh upanya, aku ingt dia nk promote buku apa ka, rupa-rupanya dia nak observe suma cikgu BI. ni projek sapa pon aku xtau la..hai mampuih..ada lagi kot mat salleh yang dah pi sekolah lain. sebab projek ni adalah untuk rural and semi rural school. adoi...apala nasib aku..haha..baru masuk 2 hari dah nak kena observe.

Mat salleh (bukan nama sebenar), atau nama sebenar dia Sir Thomas Lowrie (TL)..tah la aku pon tak tau dia dari mana..nak sembang pon aku tak reti..dia pya sleng power sangat. apa yang dia ckp aku dengaq yang belakang ja..kira macam manusia cakap ngan itik la..aku manusia dia la kot itik..haha..minggu lepas sampai turn aku ngajaq. budak-budak yang aku ngajaq ni budak2 kelas last. budak2 ok..baik la jgak. depa suma boleh baca, cuma sebutan ja xbetoi n yang panjang sket dah susah nak sebut.

Aku pon start la ngajaq sambil TL tu dok blakang usha aku ajaq..aku ajaq pasai occupation time tu. macam-macam la aku cakap, ada gambaq aku tunjuk macam-macam la. sampai la penutup aku nk cerita la pasai aku ni. aku punya occupation. aku cakap la "ok class du yu noe what is my occupation? aku sambung dengan bahasa melayu sebab lepas cakap BI ja kena cakap melayu sebab budak2 ni xpaham..aku cakap la sapa tau apa kerja saya.. pastu baru ada jawapan cikgu..cikgu... ok, say in english..dalam hati aku aku nak la sambung (I am a teacher) baru aku sebut I.............budak2 dah sebut LOVE U......YEAAAA.....tergamam aku...hahahaha...si TL tu pon gelak...hahaha...elok plak loceng bunyi...aku pon tros cakap I LOVE U too...haha...adoi...lawak btoi budak2 ni...


Sir Thomas Lowrie nama sebenar, yang pasti bukan gambar sebenar.

keesokan harinya aku masuk lagi kelas yang aku ajaq ni, kelas 3 bijak. budak2 kampung ni bguih la jugak, dengaq kata, tak macam budak pekan. ketegaq ngan degil (sama la tu),tu yang bguih depa ni cuma pendedahan mengenai BI depa kurang. abis ja kelas aku teringat sal semalam..sebelum aku kelauaq aku saja la cakap I....pastu tros budak2 ni sambung LOVE U........YEAAA.....hahaha....dah dapat la satu trade mark sebelom aku keluaq kelas..haha...3 bijak hangpa memang bes!! haha..






Pengalaman Belalang mengajar yang best.....haha....


Wednesday, January 19, 2011

Kain....!





assalamualaikum..wbt..


arggghhhh...dah dekat sebulan aku dok umah..kalu aku tou baek aku keja dapat gak gaji tok sebulan..haha..tu "kalu" mang dah tak buat apa aku membela perut la kejanya..hahaha..

tajuk di atas tiada kena mengena ngan kain sapa-sapa pon..mahupon kain bikini fasha sandra..tak ada..aku tak layan sangat berita mengaibkan orang yang diaibkan tu..eh,cmna aku leh tou..ok2..kain yang aku maksudkan ialah "kain rentang" tok kedai atau warong paklang aku dan abg ipar aku a.k.a ashley cole malaysia..tah mang aku tengok muka dia macam ashley cole..haha..ok..aku nak tanya pendapat korang la, ok ka dak..aku mang xdak idea r nak buat..tambah lak mang paklang aku suh buat warna kuning ja..abg ipar aku pon suh buat sama ngan paklang aku sebab kedai berhadapan ja..haha..

ni ha yang pak lang aku pya KAIN..........



ni plak abang ipar aku punya KAIN...........



tah yang ni ja aku wat..nampak macam xpuas hati lagi tapi aku pon xsemangat nak buat..huh..ngan pikir masalah pekerjaan yang aku alami lagi..haha..ni la perasaan orang menggangur kan..sian gak..dulu sume member aku cakap senang la hang kuar2 dah dapat keja..erm..tapi tak jugak....tengok la apa nak jadi sekarang??? tah bila la kau nak posting...k geng..tolong komen sket.. yang pro tu a.k.a http://nyongatthesky.blogspot.com/ dan
http://www.facebook.com/profile.php? id=100001273294928 mang aku harap ada idea2 baru tok tolong aku upgrade sket apa yang kurang...tQ pren....





Saturday, January 15, 2011

GIAN SEPAK BOLA!!




Assalamualaikum...wbt...




Gian....



Aku gian...aku kemaruk...aku rasa teruk...
bila ada peluang akan aku kauk!
bukan senang, bukan mudah nak aku nampak...
sampai berdarah kaki aku tetap aku sepak!!


Sepak...


Aku bukan seorang yang hebat..
tapi aku tetap nak sebat!
biar jaring terus koyak..
janji puas hati dapat sepak!



Bola..


semua orang kata dia bujur ada kata dia bulat..
tapi bukan semua sependapat!
yang penting aku dapat tendang..
biar semua turun ke padang!





BOLA ITU..bulat? bujur?
apa-apa pon..


Tuesday, January 11, 2011

Penempatan atau PENATPATAN??



Assalamualaikum..wbt...



aku faham. semua kawan-kawan aku tengah meneguk air sejuk dalam peti ais sambil menunggu kalau-kalau ada mesej ngan penggilan makhluk yang bernama insan atau manusia sejati memberikan berita gembira mengenai penempatan. atau lebih senang tok digambarkan situasi kawan-kawan aku yang sekarang ni sedang menunggu PENATPATAN. mungkin nasib dan rezeki mereka tidak sama dengan aku yang dah ditempatkanni. di mana? ya PERAK, mungkin hanya negeri saja dapat aku bagitau untuk keselamatan aku. ini kerana aku menerima surat yang atas kepala surat tu menulis URUSAN SERI PADUKA BAGINDA. oleh itu bagi mengelakkan BAGINDA murka pada aku. aku terpaksa rahsiakan.



sudah pasti bukan disini tempat aku diPENATPATkan.


Aku pon faham. pihak yang sedang menguruskan juga adalah antara orang yang penat menguruskan PENATPATAN rakan-rakan aku. maklumlah. ramai tu yang dia nak tempatkan. batch aku jedah bapa ribu billion. kesian mereka. semoga mereka dapat membuat kerja dengan tenang tanpa tekanan mana-mana parti politik mahupun pati komunis malaya.sama-sama kita doa kan pekerja-pekerja perkhidmatan awam yang membuat PENATPATAN untuk kawan-kawan aku.


Untuk kefahaman aku. aku menelefon beberapa rakan-rakan wanita aku yang masih belum posting nih. bermula dengan tawa hilai sambil disusuli dengan suara tersedu sedan mereka setelah aku masok part "PENATPATAN" ramai yang mengeluh, dan ada yang tak berhenti mengeluh dalam kiraan peribadi aku, ada yang sampai 108 kali mengeluh dalam masa 1 minit 24 saat. ada yang aku kol sambil dok menggoreng ikan katanya membantu emak masak makan tengahari, padahal jam sudah menunjukkan 12 tengah malam. ngigau agaknya. ada yang katanya nak tolong ayahnya dikebun. menoreh getah, padahal ayahnya hanya ada kebun sawit. ada gak yang katanya tengah mengemas berpindah ke balai raya kampung sebab banjir di kelatan. padahal rumahnya di kuala lumpur. mungkin bergurau. ada gak yang..ah..malas aku nak taip panjang-panjang, korang ikot lah apa yang kawan lelaki aku lak cakap masa aku kol... zuuuzzzzz......



bermula mengikut senarai nama kelas aku :



08.00, Sabtu, 12.12.2020.

Abdol Hariz b. Abdol Wahab.

aku : wei don. wat pa? sht?
nyong : aku sehat je. ko?
aku : sht. hg wat apa?
nyong : aku ngah tolon bapak aku ni. teman dia drive. dia kan driver lori sawit. zzzZZZZzzz....

tuuutttt...........................

.............aku terus letak tepon. nyong ngigau agaknya. xpala. next!



08.02, Sabtu, 12.12.2020.

Aizan Syazwan b. Baharom.

aku : bos...
tak sempat aku nak cakap dia dah nyampuk.
bosh : ha. ko pehal?
aku : haha. saja tya kabo.
bosh : ah, aku bz ni ngah bwk moto. calo. nti aku kol blik. (maksudnya aku kena kol blik).

aku GAGAL dapatkan berita mereka.
tuuutttt...........................



08.06, Sabtu, 12.12.2020


Amir Faiz b. Mohd Sabri.

aku : assalam mir....guane demo?
amer : kcak2...! klik2...!
aku : owh..ok2...aku faham dia ngah tangkap gambo org kawin.

tuuutttt...........................



09.00, Sabtu, 12.12.2020.


Azwan bin Ismail (bukan yang saya gay saya ok! tu)

aku : wan....kat mana?
wan baling : hang mampuih jangan salahkan aku haa...
aku : err...ok2...calloo wan...

nampak wan macam marah. tapi aku pon tak pasti. dia bukan jenis pemarah. malah pelawak.
sekali lagi aku gagal mendapatkan berita kawan-kawan aku mengenai PENATPATAN mereka.

tuuutttt...........................



08.43,Ahad, 13.12.2020.

Farhan b. mohamad.

Aku : paan...kt mana bro????
paan: weeiii..aku kt hospital!!
aku : asal lak ngan hg paan??
paan: biasa la lutut aku ni wat hal lagi.ok weii..aku ngah wt fisio ni.
aku : ok2...caloo..

paan lak bz ngan lutuit dia...mls aku nk ggu lma2..aku GAGAL lagi.

tuuutttt...........................



08.46, Ahad, 13.12.2020.

Mohd Khalil b. Sharifuddin.

aku : hello alel.
alel: hello...wei...
aku : pe cer? ada mana?
alel: wei, aku ngan men PES ngan spupu aku ni, nanti aku fight ngn hang lak. aku dah pecah rekod malaysia ni lawan ngan seratus orang dah...bla...bla..bla...bla...(selepas 50 minit) ok di. aku dah ada new challenger ni...
aku : err...ok lel...gud luck2....

aku masih tak dapt sebarang berita...xpa lel..tggu aku sampai kat hang pasti hang akan tertewas nanti (salah satu matlamat hidup aku - kalahkan halil dalam PES!!)


tuuutttt...........................



10.60, Ahad, 13.12.2020.

Mohd Noor Rushdee b. Mat Jusoh.

aku : ello...rush...
rush: weeii..wat? kasuit tercabuit ka? haha...
aku : haha..mna ada...
rush: bes wat pa hang koi aku?
aku : saja aku nk tanya habaq hang.
rush: weiii..sat2..aku ngah pusing roundboard ke-4 dekat kangaq ni.
aku : la....drive ka...ok2..apa2 nanti kontek..

aikk...roundboard ke-4 kt kangaq? padahal kangaq ada 1 ja roundboard? huh?

GAGAL!!!

tuuutttt...........................



11.20, Ahad, 13.12.2020.


Muhammad Ridzuan b. Husni.

Aku :assalam..mac..wat pa woi??
mac :wasalam. aku ada dekat gunung bzzzz...bzzzz..x....c..l..e..a..e..r r Di//
aku :ok2 mac. daki baik2.kang jatuh lak.

Mac daki gunung ja keja dia...hai...GAGAL lagi nak dapat berita sal sahabat2 aku ni.

tuuutttt...........................



21.00, Isnin, 14.12.2020.

Muhammad Aiman b. Mohd Feisal.

Aku : man.. ada mana??
aiman: woooo...dia sambaq..dia sambaq dah...mau kelah 40 kilo ni..sat2 woi...
aku : aku man aku tau hang ada mana. mengai ikan.

aku memutuskan pertalian telefon. aku tau klu aku tggu mau berjam-jam nk tggu aiman tarik Kelah 40 kilo tu.

tuuutttt...........................



21.38, Isnin, 14.12.2020.

Vickneswaran a/l Balakrishnan.

aku : hello wikiwik.
viki: hello wei...
aku : ada mana?
viki: aku ada kat kedai taya ni. member aku hilang dua taya smlm.
aku : owh...kat mana?
viki: area gopeng.
aku : owh...
viki : ok, wei aku nk ejas jap ngn tokeh kedai ni.

macam biasa, tugas vicky sama di maktab. ejas lecturer supaya kelas dibatalkan. GAGAL!!



22.00, Isnin, 14.12.2020.

Wan Mohd Rosdi b. Wan Nawang.

aku : eloo..mat ros...apa habaq?
mat ros: eloo..wei di..aku ada kt maktab ni.
aku : hui...takkan posting maktab kot? haha..
mat ros : ah..mna ada..ada la hal sket kt sini..haha...

bummm...(bunyi pintu kereta tertutup)

aku : wei, ...

(mat ros mencelah)

mat ros : ok di nanti aku kol balik. esok ke. bz r skrg. drve.
aku : haa..ok2..ros..haha...



begitulah akhirnya. kesemua sahabat serta rakan dari unit aku masih GAGAl aku mendapatkan jawapan mengenai PENATPATAN mereka. ada hikmahnya kot. Ok la..aku nak siapkan RPH jap ni. sok kleas full plak...adoi.......ok...calooo....













p/s : nama dalam cerita ini bukanlah rekaan. betoi aku tak tipu. err..cerita ya rekaan..haha!

doa2 la kami mendapat penempatan segera dan rezeki yang murah..insyaAllah...hehe...



Juzuk Al-Quran Dengan Matematik...

Assalamualaikum...wbt....




sebelum apa-apa aku nak cakap selamat tahun baru buat semua (sebab dh lama xpost), selamat hari lahir bagi yang kena lahir hari ni, atau esok dan esok dan sampai la ari2 lain, lagi selamat tahun baru cina buat masyarakat cina walaupun mungkin tak dak pembaca cina kat blog aku nih, tapi biasa lah aku ni mesra rakyat, bersifat tidak perkauman dan malahan yang baik-baik belaka adalah aku. haha. ok2..aku dah istighfar.


baru-baru ni aku ada baca satu blog yang agak menarik gak ah, aku tertarik ngan artikel dia mengenai nak carik juzuk dalam al-quran dengan menggunakan formula matematik. korang tak payah pikir susah2la nak buat add math ker, nak buat math tam ke, nak buat algebra ke, algabra ka, theorem pitagores dan menang ka, tak payah, senang ja. yang penting korg lulus math mod masa sekolah rendah sampai la korg sekolah menengah. kalu korang tak lulus dengan cemerlang pon kredit pon dah cukup memadai wat korg tok membuat matematik bagi mencari juzuk al-quran.


Aku tak lah rajin sangat baca al-quran, aku akui. tapi aku masih membaca dan cuba tok rajin membaca. aku tau korg suma org-org yang rajin membaca. ok, senang ja cara dia, memang mudah seperti yang telah aku katakan tadi. asasnya korg pass math mod je k. ok la,ok la..klu tak yang tak pass tu (aku bukan diskriminasi) paling senang guna la kakileter yang beli kat kedai 2 hinggit pon leh guna.


Aku tak pasti, sama ada aku buat jadik dan korg wat tak jadik. so aku wat jadik. kalu korg wat tak jadik aku pon tak tou la apa salahnya. janji jangan nak salahkan aku. aku hanya menyampaikan apa yang baik ja, yang tak baiknya nanti bila tak jadi korang sumpah seranah aku. tak baik tu. dapat dosa woi..haha..(ketawaku terbahak2) sambil aku beristighfar lagi..

Step dia camni menurut : http://www.budakbotak.com

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Erm..tu lah yang dapat. kalu korang nak guna leh gak. tapi bagi orang yang hebat, orang yang hafiz al-quran aku pasti depa suma ni tak payah wat matematik ni pon dorg dah tau kat mana, muka surat brapa. aku memang respek abes...so buat kalian suma. kalu tak rajin membaca tu, rajin membuat matematik dan tengok al-qurqn pon ok. ada hidayah Allah, insyaAllah semakin hari semakin aku, korang dan suma makin rajin membaca al-quran. sesama berdoa tu yang penting kot..kan..kan..sesungguhnya doa itu senjata manusia..insyaAllah...






Belalang rajin2 la baca al-quran..nak gak cari guru tok betoikan tajwid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...