Thursday, December 16, 2010

Sukan : Renangi Lautan Gelora 1





Assalamualaikum..wbt..


Sepanjang cuti semester nih..hehe..cuti abes semester kot..ke cuti yang tiada lagi semester depan? mana-mana la janji aku berhak nak kata apa saja..hehe..ok, kita sambung balik mengenai cuti ni, sepanjang aku cuti ni, kalau ikotkan aku nak balik kampung, lepak-lepak ngan member lama yang dah agak lama aku tak lepak ngan depa, mungkin ada yang kata kau belagak, sombong dan sebagainya. maafkan aku, bukan sebab aku tak nak lepak, cuma tunggu aku balik, insyaAllah aku lepak. sori geng..

Aku tak balik ke TAIPING sebab aku, mac ngan nyong ada dapat job kat sini (nogori sembilan). senang cerita, dapat peluang untuk mengajar renang. disebabkan aku budak Pendidikan Jasmani, ada sijil asas renang, jurulatih kelab Encik Halim atau mesra dipanggil ''coach'' alim. dia yang menawarkan kami job ni. bukan italian job atau apa-apa job melainkan job mengajar renang ni. Abg Halim ni salah seorang coach bawah 12 N9 ni. so banyak ilmu dan pengalaman aku belajar dari dia. Mengajar renang ni nak kata susah tak sangat, nak kata senang pun tak sangat, tapi tempat mengajar dia memang bahaya. sebab renang ni dalam air. dalam air boleh berlaku lemas, pengsan, dan yang last skali mati, so keselamatan semasa mengajar renang adalah sangat penting.

kalu tak nak tambah bilangan. sila berhati-hati dalam ayor...!!

Kalau nama kanak-kanak atau budak-budak memang sifat depa ni bermain. kalau nak kawal budak-budak ni memang susah, biasa la lepa (terlepas pandang) sikit ja kompom macam-macam boleh jadi. Tapi Alhamdulillah sepanjang aku mengajar ni, tiada lagi budak yang lemas sampai nak pengsan atau mati. Bermula dengan umuq 4-12 tahun aku mengajar. macam-macam kerenah ada. yang takut ada, yang aktif ada, yang nangis setiap kali turun kolam ada, yang tak leh jumpa air pun ada, jumpa air mesti nak main je kejanya. seb bek aku ni cikgu yang sporting. hehe. Renang pun perlu ada bakatnya, macam sukan lain la. kalau ada bakat memang senang budak tu nak dapat apa yang dah ajar. Tapi kalu yang kurang bakat tu lambat sket mungkin makan seminggu dua nak pandai bubble (ambik/buang nafas) pun, kebanyakkannya budak-budak yang umur 4-6 tahun la, yang atas dari tu senang la sket sebab paham bahasa.


video
Breast Stroke


Kuak dada atau breast stroke adalah salah satu gaya renang yang ada. macam-macam gaya renang ada, gaya sendiri pun boleh janji boleh renang, cuma kuak dada ni salah satu renang yang dipertandingkan di mana-mana kejohanan renang ni. dan kuak dada ni salah satu renang yang kurang penat berbanding gaya yang lain, sebabnya gaya ni tangan dan kaki dibuat berselang-seli. so, kalau nak tengok macam mana kuak dada ni tengok la video atas ni, terima kasih buat mac sebab tolong aku rakam dan pusat akuatik paroi, yang bagi aku renang, sok kol 3.60 p.m aku belanja suma yang terlibat mc value lunch. hehe.


Kuak dada ni aku lebih suka panggil renang katak. ada macam katak tak aku renang? atau putera katak drama TV3 tu? hehe.. kuak dada ni di dahului dengan tangan dan diikuti dengan kaki. so, kalau ada sesiapa nak belajaq cara renang ni, insyaAllah aku boleh ajar, kuak ni pun salah satu kuak yang senang la bagi aku, kalu orang lain tu mungkin sama atau lain pandangannya. kalu pandangan aku 90 darjah orang lain mungkin 100 darjah, kan? hehe. Ada sesiapa berminat? leh kol aku atau bagitau aku, free ja, asal aku ada masa, dan ada tempat yang sesuai la, takkan nak berenang kat padang pulak kan? hehe, insyaAllah. Ok, aku stop dulu kat sini, insyaAllah post akan datang aku sambung lak dengan kuak yang lain. dan doa aku sehat je, insyaAllah aku update blog nih.










kuak belalang akan datang!!

11 comments:

  1. saye nak blaja berenang lautan api..

    ade kelas ni tak?

    nak abang mek ajar..die ensem gitu.wah!

    ReplyDelete
  2. bagus,, ada kemahiran,, =)

    ReplyDelete
  3. wah! wah! wah! kelas gitu:P
    hehehe..

    yok mira..free of charge:)
    y perlu cuma snyum je:) :) :) ;) ;)
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. moroh : ces...abe lelabe tak ensem??huh..tapi tak nak la aja lautan api..tu kan perumpamaan untuk neraka, nak masok neraka ker???huhu...

    any : ada2...nk blajaq? mai la, free je..cme tak nak la lautan api...ana nak masok syurga, walaupon tak layak, namun ana tak upaya menanggung siksaan neraka Allah..leh itu ya Allah, kurniakan keampunan kepadaku ampunkan lah dosaku..sesungguhnya engkaulah pengampun dosa2 besar..huhu..

    mek : ces...kelas konon.. kelas pon tak pi masa ada kuliah...hahaha....

    ReplyDelete
  5. bOleh juga,,tp xperlu kOt,,hurm,,xde siapa nk harungi lautan api,,lautan duit berlumba2 org nk,,but i'm realistic not materialistik,,~~ Alhamdulillah,,hOpefully we can sOmething from that "nasyid",, =)

    ReplyDelete
  6. any : erm...ni mesti dh pnai berenang kn??hehe...

    ReplyDelete
  7. lelabe da ade kak fiza. xleh ckp ensem. nnt kne marah.

    ReplyDelete
  8. uhuk, uhuk..(tersedak ms berenang) err..mcm terdengar2 namaku disebut.hehe..

    ReplyDelete
  9. mira : hek eleh..memang trbukti hensem pn..haha..

    ApPB : perasan...

    ReplyDelete
  10. xpandai berenang pon,,ari2 lemas dlm kolam ikan,huhu,,:(

    ReplyDelete
  11. any : huyoo..kolam ikan pun bole lemas?? seb bek ikan xlemas..haha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...