Thursday, November 4, 2010

Penggunaan Kaki Bukan Dominan dalam Bola Sepak

Assalamualaikum...wbt...

Kalau ingat aku ada post mengenai AR..Action Research atau dalam Bahasa Malaysia nya Kajian Tindakan, kajian yang aku buat ni atau yang aku post ni lum diedit atau untuk penilaian, tapi ni 1st edition yang aku edit sebelum kali yang ke-100 aku edit, saja nak berkongsi ngan hangpa suma...zassss.....


PENGGUNAAN KAKI BUKAN DOMINAN DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK TAHUN 4 DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEREMBAN 2A


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pengunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak dikalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. Untuk meningkatkan mutu permainan bola sepak negara, pendedahan diperingkat akar umbi dalam pelbagai kemahiran perlu diterapkan. Salah satu kemahiran yang perlu dikuasai ialah penguasaan kedua-dua belah kaki iaitu kaki dominan dan bukan dominan.. Kajian tindakan ini menggunakan pemerhatian dalam pengumpulan data Hasil dari dapatan kajian ini murid dapat bermain dengan lebih baik sekirannya penguasaan kedua-dua belah kaki dengan baik, berbanding murid yang hanya menggunakan sebelah kaki sahaja semasa bermain.

1.0 PENDAHULUAN.

Menurut McNiff (1988) kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaikiatau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadilebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadikritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersediauntuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalaminkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkanguru-guru lain secara bersama.

Tujuan kajian tindakan ini adalah untuk menkaji kepelbagai masalah yang timbul di sekolah dan cara mengatasi masalah tersebut dengan mencari punca, sebab dan asbab serta tindakan sepatutnya yang perlu di lakukan oleh seseorang guru itu. Ia juga bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai masalah-masalah yang timbul untuk dikaji dan dilaksanakan dengan cara yang telah ditemui dalam kajian yang telah dilakukakan oleh mana-mana pendidik atau pengkaji itu sendiri.

Kajian tindakan merupakan pilihan sebagai option kajian ini kerana, kajian tindakan adalah satu kajian yang digalakan kepada para pendidik dalam mengkaji, memperbaiki, meningkatkan, serta mencari kesan yang berlaku di sekolah serta menerapkan semangat kepada para guru dalam membuat kajian tindakan terhadap muridnya semasa berlakunya pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar pengajaran dan pembelajaran.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat semasa praktikum, saya mendapati kecenderungan murid adalah lebih kepada permainan bola sepak berbanding permainan lain. Apa yang difikirkan murid dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani adalah masa untuk bermain bola sepak. Walaupun begitu tahap penguasaan kemahiran permainan yang menggunakkan kaki ini menunjukkan sesetengah murid adalah masih berada ditahap yang lemah, dimana penguasaan motor kasar mereka adalah sangat rendah. Mereka hanya lebih menggunakan kaki dominan untuk lebih bergerak aktif berbanding kaki yang bukan dominan.

Penguasaan kaki dominan dan bukan dominan adalah sangat penting dalam permainan bola sepak. Rob Llyod Jones (2007). Pemain bola sepak yang baik adalah pemain yang dapat menguasai kedua-dua kakinya dengan baik, dan tahap permainan yang pantas juga akan meningkat dengan berfungsinya kedua-dua kaki. Semasa menjadi guru pelatih di Sekolah Kebangsaan St. Paul, Seremban, saya mendapati semasa dalam permainan bola sepak tahap penggunaan kaki bukan dominan murid yang bermain sangat berkurangan malah susah untuk ditemui murid yang dapat menggunakan kaki bukan dominan dengan baik.

Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan murid supaya sentiasa aktif selaras bersama kaki dominan dan kebolehan berfikir secara kreatif semasa bermain bola sepak.

1.3 Refleksi Sorotan Literatur

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Jika diukur pada sifat biologi manusia, dominan adalah sesuatu yang mempengaruhi manusia itu dan mendapat tempat pada manusia untuk menggunakannya secara kerap dan merupakan satu kepentingan pada diri mereka.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) kemahiran adalah bermaksud kecekapan atau kepandaian. Kemahiran dalam bola sepak merangkumi kemahiran menedang, menahan, mengelecek dan membuat hantaran. Kebanyakannya murid yang saya perhatikan hanya akan menggunakan kaki dominan untuk melakukan kesemua kemahiran dalam bola sepak diperingkat sekolah.

Hantaran dan mengelecek adalah diantara kemahiran asas yang memerlukan tahap penguasaan kemahiran yang baik dalam permainan bola sepak. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 4 menerangkan supaya guru membuat aktiviti menghantar dan menerima bola pada jarak yang sesuai, menghantar dan mengelecek bola dengan teknik yang betul.

Penggunaan kaki bukan dominan adalah sudah tidak asing dalam dunia bola sepak, dimana sudah semestinya pemain professional dapat menggunakan kaki dominan dan bukan dominan dengan baik. Ini bermakna penggunaan kedua-dua belah kaki adalah lebih baik.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN

Semasa saya menjalani pratikum, penggunaan kaki bukan dominan boleh dikatakan sangat rendah dalam kalangan sampel semasa permainan bola sepak, mereka hanya akan menggunakan kaki dominan sahaja untuk menendang bola sama ada untuk membuat hantaran, tendangan deras dan sebagainya. Hal ini mendorong saya membuat kajian mengenai kesan penggunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak.

Penggunaan kaki bukan dominan adalah penting bagi permainan bola sepak. Jika seseorang murid itu menggunakan kaki dominannya adalah kaki kanan maka kaki kanan adalah yang digunakan untuk menendang. Pergerakan kaki kanan akan lebih aktif penggunaannya dan kekuatan hanya akan tertumpu pada kaki kanan iaitu kaki yang dominan, ini akan menyebabkan kaki kiri iaitu kaki yang bukan dominan kurang bergerak secara aktif semasa bermain bola sepak, sama ada untuk melakukan hantaran atau gelecekan. (Wee Eng Hoe, (2005). Panduan Pengajaran Bola Sepak, (Kepegawaian dan Kejurulatihan).

Seperti mana yang diketahui umum, kemahiran yang banyak digunakan dalam bola sepak adalah kemahiran hantaran dan mengelecek. kemahiran ini sangat penting dalam permainan bola sepak kerana ia adalah di antara beberapa kemahiran asas permainan ini. Sesuatu keputusan perlawanan juga dipengaruhi jika hantaran dalam sesuatu pasukan berjaya dilakukan dengan baik. Oleh itu, Kemahiran yang ingin dilihat adalah kemahiran menghantar dan mengelecek sampel tahun 4 dengan sampel menggunakan kaki bukan dominan mereka. Hanya lima orang sampel sahaja akan digunakan untuk kajian tindakan ini, iaitu sampel yang berpotensi bermain bola sepak dengan baik tetapi tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Secara amnya, permainan bola sepak adalah salah satu sukan yang memerlukan kekutan, kepantasan dan ketangkasan kaki. Beim ( 1977) menegaskan ketangkasan bergantung kepada koordinasi, kekuatan dan reaksi individu mengatasi momentum berat badan. Jika sampel dapat menguasai hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan maka corak persembahan yang pantas dan tangkas dapat dilakukan semasa bermain bola sepak. Kemahiran ini bukan sahaja dapat diaplikasikan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja malah mereka juga dapat menunjukkan kemahiran mereka semasa mereka menghadiri pemilihan dan semasa perlawanan bola sepak, sehubungan dengan itu, sudah pasti jurulatih akan memilih pemain yang dapat menguasai kedua-dua belah kaki sebagai pemain sekolah atau di mana-mana peringkat.

Kemahiran hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan adalah sangat penting untuk mengubah corak permainan bola sepak. Kemahiran hantaran dan mengelecek bukan sahaja melakukan secara individu malahan ia juga memerlukan kerjasama yang baik dengan rakan sepasukan. Hal ini kerana permainan bola sepak adalah permainan secara berpasukan.

Oleh itu, fokus kajian saya semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dalam kemahiran bola sepak ialah membuat aktiviti hantaran dan menerima serta menggelecek dengan menggunakkan kaki bukan dominan. Sepanjang saya mengajar aktiviti yang melibatkan permainan bola sepak saya dapati ada sesetengah sampel langsung tidak dapat menguasai kemahiran hantaran dengan menggunakkan kaki bukan dominan. Kebanyakan mereka lambat untuk melakukan hantaran kerana terpaksa menukar kaki dominan untuk membuat hantaran kepada rakan.

Apabila seseorang sampel itu dapat menguasai kemahiran hantaran dan menerima dengan menggunakan kaki bukan dominan, sampel berkenaan tentu berasa yakin semasa bermain dan cara permainan pantas dapat dilakukan selaras dengan corak permainan yang dimainkan oleh mana-mana pasukan handalan seluruh dunia, turut menjadi fokus kajian saya ini ialah dapat mencungkil bakat baru dalam sukan bola sepak dan secara tidak langsung dapat melahirkan satu pasukan bola sepak sekolah yang berkualiti dan menjamin masa depan yang cemerlang dalam sukan bola sepak di Sekolah Seremban 2A ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

3.1.1 Mengenal pasti kebolehan penggunaan kedua-dua kaki yang digunakan oleh murid dalam permainan bola sepak.

3.1.2 Meningkatkan kebolehan murid dengan

menggunakan kaki bukan dominan dalam

permainan bola sepak melalui kreteria-

kreteria kemahiran dalam bola sepak.

3.2.1 Soalan Kajian

3.2.1 Bagaimanakah kebolehan murid dalam menggunakan kedua-dua kaki dalam permainan bola sepak?

3.2.2 Adakah terdapat peningkatan kriteria kemahiran bola sepak yang dikaji pada murid semasa menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak?

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian yang dijalankan ialah murid-murid Tahap Dua iaitu Tahun 4 Zamrud Sekolah Kebangsaan Seremban 2A. semasa proses pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani permainan bola sepak. Kumpulan ini mempunyai seramai 36 orang murid, oleh itu saya mengambil hanya beberapa orang murid dari populasi tahun 4 Zamrud ini untuk dijadikan sampel.

Hal Ini kerana, bilangan sampel terlalu besar untuk persampelan bertujuan ini. Bilangan sampel yang diambil ialah 5 orang murid, iaitu 5 orang murid lelaki yang berpotensi untuk mewakili sekolah. Pemilihan ini berdasarkan bilangan murid yang tidak dapat melakukan aktiviti hantaran dengan menggunakan kaki bukan dominan. Satu senarai semak akan disediakan untuk proses pemilihan sampel.

5.0 TINDAKAN

Dalam perlaksanaan kajian ini saya telah merancang beberapa pelan tindakan langkah-langkah kajian untuk menjalankan kajian ini dengan lebih tersusun dan bersistematik. Ini adalah supaya saya tidak terlepas pandang atau membuat sebarang kesilapan dalam melakukan kajian saya, dan juga agar saya dapat memastikan setiap gerak kerja yang saya lakukan adalah satu gerak kerja kajian yang baik.

Berikut merupakan langkah-langkah kajian yang saya jalankan :

5.1 Prosuder Kajian

Beberapa perancangan telah dilakukan untuk memastikan kajian ini berjalan dengan lancar. Perancangan yang teliti mampu menjamin kelancaran kajian dan mengatasi masalah yang mungkin timbul . Antara perancangan yang telah dilakukan ialah :

I. Membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid mempelajari kemahiran bola sepak.

II. Menyediakan senarai semak mengenai tahap penguasaan murid dalam menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola baling.

III. Mengenalpasti murid yang dikategorikan sebagai berpotensi tinggi dalam menguasai kemahiran bola sepak untuk dijadikan sampel

IV. Menjalankan 2 kemahiran bagi meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan murid iaitu kemahiran hantaran dan mengelecek.

V. Memulakan sesi pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kemahiran hantaran, menggelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak.

VI. Melakukan pemerhatian mendalam terhadap sampel melalui rakaman video seterusnya mengambil data tahap perkembangan murid.

VII. Mengajurkan pertandingan futsal tahun 4 dan tahun 5.

Kajian ini memfokuskan mengenai cara penggunaan kaki bukan dominan sampel dalam permainan bola sepak. Langkah pertama yang dilakukan ialah membuat pemerhatian keseluruhan semasa murid mempelajari kemahiran bola sepak. Pemerhatian keseluruhan ini dijalankan selama seminggu bagi murid tahun 4 Zamrud. Dalam pemerhatian keseluruhan, saya telah mengenalpasti kaki bikan dominan murid. Melalui pemerhatian ini saya dapat mengkategorikan tahap penguasaan kaki bukan dominan murid.

Sebelum melakukan pemerhatian, terlebih dahulu saya menyediakan senarai semak mengenai tahap penguasaan murid dalam menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak. Ini meliputi ketiga-tiga kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak, iaitu kemahiran hantaran dan menggelecek. Setiap kemahiran dilihat dan dinilai dari segi beberapa aspek yang perlu seperti posisi atau postur badan. Ini untuk menilai kedudukan badan murid samada betul atau tidak. Selain itu, pandangan mata pada bola juga dilihat bagi menentukan ketepatan arah bola. Kedudukan atau cara kontek bola juga perlu dinilai dan ini menjadi salah satu item yang terdapat dalam senarai semak. Selepas hantaran, kita perlu juga melihat fasa pemulihan atau ikut lajak murid. Segala yang terdapat dalam senarai semak perlu dipatuhi dan dilakukan dengan baik secara terperinci dan teratur. Ini penting dalam memperolehi data yang baik dan memudahkan dalam proses analisis data.

Prosedur kajian yang ketiga yang telah saya jalankan ialah, mengenalpasti murid yang dikategorikan sebagai berpotensi tinggi dalam menguasai kemahiran bola sepak untuk dijadikan sampel. Pemerhatian ini dikelaskan mengikut kebolehan murid melakukan hantaran dan menggelecek dengan baik menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Terdapat dua kemahiran yang difukoskan dalam kajian ini, iaitu kemahiran hantaran dan mengelecek. Hanya dua kemahiran ini sahaja dilakukan. Murid dikehendaki melakukan kemahiran ini dengan kaki dominan mereka sehinggalah guru memberi arahan menggunakan kaki bukan dominan. Corak permainan yang pantas tadi bertukar menjadi kelam kabut kerana ternyata pengguasaan kaki bukan dominan sampel adalah sangat rendah.

Pada prosedur seterusnya, saya telah memulakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Pada P&P kali ini kenahiran hantaran dan mengelecek hanya dilakukan dengan menggunakan kaki bukan dominan sahaja. Strategi pengajran yang dilakukan adalah dengan menggunakan kaedah ansur maju dan demonsrtasi. Kaedah ansur maju adalah dari mudah kesukar dan dari rendah ketinggi tahap latihan yang diberikan. Kaedah kedua iaitu demonstrasi, guru melakukan kemahiran dan diperhatikan oleh murid, kemudian murid melakukan kemahiran tersebut.

Bagi mengukuhkan lagi atau mendapat ketepatan data, saya melakukan prosedur seterusnya iaitu dengan merakam setiap kemairan yang telah dilakukan oleh murid bagi memastikan data yang saya perolehi menepati kreteria yang saya perlukan dalam pemerhatian yang telah dilakukan. Melalui rakaman video, saya dapat melihat dengan lebih terperinci mengenai setiap kebolehan dan kemajuan murid. Rakaman video ini saya lakukan pada setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani tahun Zamrud. Dengan adanya rakaman, saya dapat melihat perkara-perkara yang saya terlepas pandang, mengamati setiap perlakuaan sampel dan memudahkan data untuk direkodkan

5.2 Cara Mengumpul Data.

Cara mengumpul data yang digunakan ialah melalui pemerhatian dan soal selidik. Pemerhatian yang dijalankan pula terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian dengan menggunakan senarai semak dan rakaman video. Pemerhatian dengan menggunakan rakaman video adalah salah satu cara terbaik bagi memastikan kemahiran yang murid lakukan adalah cara yang betul dan dapat memastikan perkembagan murid. Melalui rakaman video juga dapat mempengaruhi murid untuk melakukan kemahiran dengan baik.

Berdasarkan soal selidik dan kedua-dua pemerhatian di atas, proses pemerhatian ini dijalankan sebelum, semasa dan selepas proses P&P dilakukan. Pemerhatian yang ingin dibuat ialah apakah respons dan reaksi sampel selepas menggunakan kaki bukan dominan mereka. Pemerhatian ini melibatkan semua sampel dan seterusnya mengenal pasti sampel yang langsung tidak dapat menggunakan kaki bukan dominannya dengan baik. Selepas mengenal pasti guru membuat persampelan kajian. Setiap pemerhatian akan dibuat refleksi dan membuat catatan di dalam buku khas supaya pemerhatian dapat diingat kembali.

Sepertimana yang saya nyatakan diatas, terdapat tiga cara pengumpulan data yang telah saya lakukan iaitu soal selidik dan pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pemerhatian mendalam terhadap sampel melalui rakaman video. Berdasarkan dua pemerhatian ini, saya dapat memperolehi data yang tinggi tahap kebolehpercayaannya. Setiap pemerhatian yang saya buat, saya catat didalam buku khas supaya data yang diperoleh tidak hilang dan boleh dianalisis untuk mendapat keputusan yang dikehendaki.

6.0 ANALISIS DATA DAN INTERPRESTASI DATA.

Melalui pemerhatian-pemerhatian yang telah dijalankan semasa membuat kajian ini, saya telah mendapat data-data yang merupakan data mentah. Data-data ini adalah dalam bentuk pemerhatian dan soal selidik semasa kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dalam kreteria kemahiran hantaran dan mengelecek. Pengkaji telah memilih 5 orang responden yang berpotensi tinggi mewakili sekolah yang hanya dapat menggunakkan kaki dominan sahaja semasa menendang bola dan mengelecek bola. Dapatan pemerhatian ini terdapat di lampiran ii dan iii.

Penganalisisan ini dibuat bagi melihat perbandingan prestasi murid semasa bermain bola dan semasa melakukan ujian hantaran dan mengelecek bola dengan menggunakan kaki dominan dan bukan dominan. Melalui pemerhatian juga,saya telah mendapat data tentang sejauh mana kesan penggunaan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.

Prestasi murid dikaji semasa pertandingan futsal yang telah dijalankan sebelum dan selepas kemahiran menghantar dan megelecek dilaksanakan selama beberapa minggu. Penganalisisan ini dihurai dengan menggunakan kaedah kualitatif.

6.1 Data-data yang diperoleh.

Sebelum saya menjalankan kajian, saya dan rakan praktikum menjalakan satu pertandingan futsal dalam kalangan pelajar tahun 4 dan tahun 5. Pertandingan futsal ini adalah bagi tujuan memberi pendedahan kepada murid mengenai permainan futsal dan seterusnya mewujudkan semangat bersukan dalam kalangan pelajar tahun 4 dan tahun 5. Semasa pertandingan dijalankan saya membuat pemerhatian terhadap kelas yang akan saya jadikan subjek kajian, dan pemilihan responden secara teliti, Seramai 10 orang responden dipilih. Murid yang dipilih adalah berdasarkan kriteria berikut :

a) Hanya boleh menggunakan sebelah kaki sahaja.

b) Berpotensi untuk melakukan aktiviti yang berkaitan kaki bukan dominan

c) Berpotensi besar dalam permainan bola sepak

d) Dilihat berpotensi dalam pemilihan mewakili sekolah.

Kesemua sampel menggunakan kaki kanan sebagai kaki dominan mereka oleh itu saya telah dapat mengenal pasti kaki bukan dominan mereka. Dengan data yang diperolehi ini kaki kiri adalah kaki bukan dominan sampel.

SESI PERTAMA.

Pemerhatian awal dan pengumpulan data berdasarkan senarai semak yang telah saya lakukan bagi mencatat setiap aktiviti yang dibuat oleh murid dengan menggunakan kaki dominan mereka. Saya membiarkan mereka bermain bebas untuk melihat murid yang berpotensi dalam permainan bola sepak. Saya mengambil senarai nama dan merakam video untuk mengingat dan meneliti semula murid yang telah dipilih, serta mencatat pemerhatian saya untuk mengecilkan lagi jumlah pemilihan murid mengikut kreteria yang berikut sebagai kajian terakhir saya. Data yang telah saya perolehi melalui senarai semak berikut mendapati sampel yang berpotensi untuk bermain bola sepak seramai 5 orang.

SKOR

CIRI - CIRI

Baik

- Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang baik.

Sederhana

- Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang kurang baik.

Lemah

- Melakukan kemahiran asas dalam permainan dengan teknik dan postur yang tidak betul.


SESI KEDUA.

Pada sesi Pengajaran dan Pembelajaran berikutnya saya memulakan aktiviti yang pertama iaitu, kemahiran menghantar dengan menggunakan kaki dominan mereka. Murid dapat melakukan aktiviti dengan baik apabila menggunakan kaki dominan mereka. Langkah seterusnya, saya menukar aktiviti berikut dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka.

Berdasarkan data-data yang saya perolehi dengan membuat soal jawab saya mendapati murid yang telah saya pilih berasa tidak selesa dan kurang seronok, tidak puas dan kurang berkeyakinan semasa bermain bola sepak dengan menggunakan kaki bukan dominan mereka, Selain itu, saya juga memberi semangat kepada pelajar-pelajar terbabit semasa diakhir pengajaran dan pembelajaran supaya berusaha untuk meningkatkan kemahiran diri.

Perasaan yang kurang seronok dan gembira ini terbukti selepas mereka melakukan aktiviti dengan menggunakan kaki bukan dominan. Saya mengambil senarai nama dan merekod murid yang akan dipilih untuk membantu kajian ini. Murid yang terpilih akan diberikan perhatian yang lebih semasa kelas Pendidikan Jasmani

SESI KETIGA.

Dalam kelas yang berikutnya, saya telah menjalankan aktiviti seterusnya bagi mendapatkan butiran perkembangan murid yang telah saya pilih, dengan beberapa aktiviti yang telah saya lakukan data yang telah saya perolehi ialah mereka sedikit sebanyak masih tidak mampu menguasai kemahiran hantaran dengan baik. Dengan senarai semak di bawah saya melihat bagaimana penguasaan mereka dengan kaki dominan dan bukan dominan. Dalam pemerhatian saya penguasaan kaki bukan dominan murid adalah masih sangat lemah. Walaupun begitu melalui soal jawab murid sedikit sebanyak menunjukkan minat untuk aktiviti yang menggunakan kaki bukan dominan mereka.

SESI KEEMPAT

Langkah seterusnya, saya menjalankan aktiviti mengelecek dekat. Mengelecek dekat adalah asas untuk menguasai kawalan bola dengan baik. Murid pada mulanya mengelecek dengan menggunakan kaki dominan mereka, mereka sangat berkeyakinan untuk melakukan aktiviti tersebut. Setelah selesai aktiviti pertama, saya mengarahkan sampel agar menggunakan kaki bukan dominan mereka untuk melakukan aktiviti tersebut. Melalui pemerhatian rawak, kelihatan mereka sedikit kekok dalam melakukanya dan berasa kurang yakin dalam menjalankan aktiviti seterusnya. Walaupun begitu, dari soal jawab, murid gembira dan seronok melakukan aktiviti yang telah saya jalankan dengan kaki bukan dominan ini.

Berdasarkan senarai semak berikut, didapati sampel masih belum dapat menguasai kemahiran dengan baik walaupunbegitu, berdasarkan pemerhatian dan soal jawab dengan sampel,mereka mengatakan gembira menjalankan aktiviti tersebut, secara tidak langsung ini telah meningkatkan motivasi responden untuk terus berusaha meningkatkan kemahiran kaki bukan dominan mereka

Setelah pemerhatian dan merekod dalam senarai semak yang telah disediakan, saya membuat satu sesi temu dengan murid yang telah saya pilih dan mengedarkan soal selidik kepada mereka, soal selidik yang disediakan mempunyai 14 soalan mengenai aktiviti dan pengajaran yang telah dijalankan

SESI KELIMA

Pada sesi kelima ini, saya lebih fokus pada kaki bukan dominan sahaja, dimana ia adalah berkaitan dengan menguasai keseluruhan bahagian kaki bukan dominan. Aktiviti menghantar dan mengelecek semuanya menggunakan kaki bukan dominan. Langkah ini bertujuan supaya murid membiasakan diri dalam menggunakan kaki bukan dominan sebagai pengerak utama dalam menghantar dan menggelecek bola. Pada sesi kali ini saya dapati murid semakin berani dan berkeyakinan dalam membuat aktiviti yang telah dijalankan. Data yang diperoleh direkodkan.

Pada sesi kali ini juga saya telah mengumpul kembali borang soal selidik yang telah saya edarkan pada sesi keempat. Melalui soal selidik yang telah dikembalikan, saya menghuraikan dan menganalisis maklumat yang diperolehi dengan menggunakan carta pai.

SESI KEENAM.

Pada sesi kali ini, sampel menjalani aktiviti berikutnya dengan mengunakan kaki bukan dominan melalui aktiviti menghantar dan mengelecek. Melalui pemerhatian kali ini, saya dapati sampel semakin berani dan tidak kekok menggunakan kaki bukan dominan mereka. Aktiviti dijalankan seperti biasa dan sampel semakin seronok dengan aktiviti menggunakan kaki bukan dominan. Hasil data yang saya perolehi, menunjukkan sikap positif murid mengenai penggunaan kaki bukan dominan semasa bermain bola sepak adalah satu peningkatan yang baik dan semakin disukai.

Bilangan dan penguasaan kemahiran murid sebelum pengajaran dan pembelajaran penggunaan kaki bukan dominan . dapati tiada murid yang mendapat keputusan baik bagi kesemua kreteria yang dinilai sebelum pengajaran dan pembelajaran berlaku. Berdasarkan data yang diperolehi, tahap penggunaan kedua-dua kaki dan penggunaan kaki bukan dominan sampel berada ditahap yang rendah iaitu untuk postur badan hanya 3 sampel sederhana, 2 orang sampel lemah, bagi pandangan mata pada bola pula, 2 orang sampel sederhana dan 3 orang sampel lemah. Bagi kedudukan kaki pula 2 orang sampel sederhana dan 3 orang sampel lemah, seterusnya kontek kaki dengan bola pula mendapati hanya seorang sederhana, dan 4 orang lemah dan yang terakhir ikut lajak 2 orang sederhana, 3 orang lemah, bilangan dan penguasaan kemahiran murid selepas pengajaran dan pembelajaran penggunaan kaki bukan dominan. Selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan beberapa kreteria di atas menunjukkan kesan yang positif dalam kalangan sampel yang dipilih. Peningkatan pada keputusan baik seramai 4 orang murid pada posisi badan berbanding sebelum ini tiada murid yang mendapat baik. Untuk kreteria kedua pula iaitu bagi pandangan mata pada bola pula, 3 orang sampel mendapat baik dan 2 orang sampel mendapat sederhana. Bagi kedudukan kaki pula kesemua sampel berjaya menguasai dengan keputusan baik, seterusnya kontek kaki dengan bola pula mendapati 2 orang sampel mendapat baik,2 orang sampel mendapat sederhana dan hanya seorang lemah dan yang terakhir ikut lajak 4 orang sampel baik, 1 orang sampel sederhana.

Berdasarkan kedua-dua graf di atas, dapat dirumuskan bahawa, peningkatan positif penggunaan kaki bukan dominan di dalam kalangan sampel selepas pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilakukan. Pada graf 1, sampel langsung tidak memperoleh keputusan baik bagi setiap kreteria yang dinilai semasa P&P kesemua sampel hanya berada pada sederhana dan lemah sahaja.

Selepas pengajran dan pembelajaran dilakukan penambahan bilangan sampel pada keputusan baik meningkat dan memberikan kesan yang sangat baik semasa bermain bola sepak. Melalui kaedah ansur maju dan demonstrasi ini, sampel dapat menerima P&P dengan cara yang tidak memaksa mereka untuk menguasai kemahiran hantaran dan mengelecek ini.

Kaedah ansur maju adalah salah satu kaedah yang perlu digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani untuk membantu muridnya menguasai sesuatu kemahiran dengan baik. Selain kaedah ansur maju, kaedah demonstrasi juga merupakan salah satu kaedah yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran dengan baik, hal ini kerana kaedah ini dilakukan oleh guru kemudian diperhatikan murid. Kaedah ini lebih mudah daripada guru menerangkan tanpa tunjuk ajar.

Selain itu, pelbagai kaedah lain yang dapat digunakan sebagai medium untuk mengajar kemahiran dalam sukan bola sepak ini seperti, latih tubi, gerak kerja kumpulan, permainan kecil dan sebagainya. Menerusi beberapa kaedah ini, guru perlulah memilih kaedah yang sesuai bagi anak didiknya supaya mudah dan cepat menguasai kemahiran yang diajar. Guru juga perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan murid serta membuat jadual khusus untuk membantu murid dalam menguasai kemahiran tertentu.

PERSOALAN PERTAMA.

Bagaimanakah kebolehan murid menggunakan kedua-dua kaki dalam permainan bola sepak?

Kebolehan sampel dalam penggunaan kedua-dua belah kaki adalah sangat lemah semasa mereka bermain bola sepak. Sebelum kajian ini dilakukan mereka hanya menggunakan sebelah kaki sahaja untuk melakukan hantaran dan gelecekan. Sampel masih belum mampu menggunakan kedua-dua belah kaki sebagai medium untuk melakukan hantaran dan gelecekan. Berdasarkan pemerhatian sebelum pengajaran dan pembelajaran Penggunaan Kaki Bukan Dominan ini tahap penguasaan mereka terlalu rendah.

Selepas pengajaran dan pembelajaran kemahiran hantaran dan mengelecek dengan menggunakan kaki bukan dominan dilakukan sampel sering kali mencuba untuk menggunakan kaki bukan dominan semasa bermain, ini bermakna terdapat penggunaan kedua-dua kaki semasa bermain. Mereka juga menggunakan kaki bukan dominan semasa pertandingan futsal kali kedua dianjurkan oleh pihak sekolah.

Persoalan pertama ini terjawab apabila dapati adanya penggunaan kedua-dua belah kaki selepas kemahiran hantaran dan kemahiran mengelecek diterapkan semasa kelas Pendidikan Jasmani. Sampel telah mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan membuktikan bahawa mereka dapat menguasai kedua-dua belah kaki, walaupun tidak begitu baik pengguasaan kaki bukan dominan, tetapi ada penggunaan kedua-dua kaki semasa sampel bermain.

PERSOALAN KEDUA.

Adakah terdapat peningkatan kriteria kemahiran bola sepak yang dikaji pada murid semasa menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan bola sepak?

Sebelum pengajaran dan pembelajaran kemahiran hantaran dan mengelecek dilaksanakan, sukar bagi saya untuk melihat sampel melakukan kemahiran dengan kaki bukan dominan mereka. Setelah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan saya dapati sampel sering kali menggunakan sewaktu diluar P&P seperti sebelum P&P dilaksanakan dan sebagainya. Ini mendapati ada peningkatan dari segi penggunaan kaki bukan dominan mereka.

Penggunaan kaki bukan dominan dikatakan meningkat semasa pertandingan futsal kali kedua dianjurkan oleh sekolah iaitu pertandingan futsal sempena Bulan Kecergasan. Murid 4 Zamrud telah menyertai pertandingan tersebut dan kesemua sampel saya telah mewakili pasukan kelas mereka untuk pertandingan itu. Satu senarai semak yang telah dibuat, saya telah mencatat penggunaan kaki bukan dominan mereka semasa mereka bermain.

Semasa pertandingan berlangsung terdapat penggunaan kaki bukan dominan dikalangan sampel saya. Ini telah membuktikan penggunaan kaki bukan dominan terdapat peningkatan selepas pengajran dan pembelajaran dilaksanakan. Walaupun kekerapan penggunaan kaki bukan dominan tidak seperti kaki dominan, namun ianya terdapat peningkatan dari pertandingan sebelum ini dimana sampel hanya menggunakan kaki dominan sahaja. Sampel juga telah berjaya melangkah ke pusingan yang lebih jauh iaitu ke pusingan separuh akhir berbanding sebelumnya hanya layak pada peringat kumpulan sahaja.

7.0 DAPATAN.

‘’Penggunaan Kaki Bukan Dominan Dalam Permainan Bola Sepak Tahun 4 Zamrud di Sekolah Kebangsaan Seremban 2A.’’ Kajian ini bertujuan meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan murid semasa bermain bola sepak. Dengan penguasaan kedua-dua belah kaki murid akan dapat bermain dengan lebih baik berbanding dengan hanya dapat menguasai sebelah kaki sahaja.

Saya dapati kajian yang saya jalankan menunujukan kesan yang positif dikalangan murid tahun 4 Zamrud ini. Murid yang dipilih dalam kajian saya, dilihat dapat menunjukan permainan yang baik semasa pertandingan futsal pada bulan kecergasan sekolah, dimana peningkatan corak permainan dan penggunaan kaki bukan dominan yang lebih kerap. Dengan pengguasaan kaki bukan dominan dengan baik, murid lebih yakin dalam melakukan hantaran dan mengelecek dengan dengan lebih baik.

Pemerhatian yang telah saya peroleh pada kelas ini juga menjelaskan bahawa responden yang saya pilih dapat meningkatkan mutu permainan dalam bola sepak apabila mereka berjaya ke pusingan separuh akhir pertandingan futsal pada bulan kecergasan lalu.

Pada pertandingan futsal kali pertama yang lalu, Tahun 4 Zamrud tidak berjaya melepasi peringkat kumpulan untuk mara ke suku akhir. Pada pertandingan seterusnya, semasa bulan kecergasan mereka kalah pada pusingan separuh akhir, walaupun begitu saya mendapati peningkatan dari segi, hantaran dan menggelecek lebih baik apabila mereka juga menggunakan kaki bukan dominan mereka semasa bermain daripada sebelum mereka mejalani P&P kajian yang telah saya jalankan. Pasukan mereka mara ke separuh akhir membuktikan bahawa penggunaan kaki bukan dominan dapat meningkatkan permainan serta kemaihiran dalam bola sepak dengan lebih baik.

Kesan penggunaan kaki bukan dominan telah terbukti dengan meningkatkan penggunaan kaki bukan dominan didalam permainan bola sepak ini dapat juga meningkatkan keyakinan, kemahiran serta kebolehan sesorang itu. Kajian yang telah saya lakukan terbukti apabila peningkatan yang baik ditunjukan oleh responden saya pada pertandingan futsal yang mereka sertai. Kesan yang positif juga berlaku pada kelas yang lain dimana mereka menunjukkan minat untuk mempelajari kemahiran dengan menggunakan kaki bukan dominan.

Selain itu, guru ko-kurikulum yang lain juga berminat dalam menggunakan cara ini bagi melatih murid yang lain dalam sukan yang lain seperti sepak takraw. Sebagai pembantu guru pembimbing sepak takraw saya juga telah diarahkan untuk melatih murid kelab sepak takraw terbabit supaya dapat menggunakan kaki bukan dominan dalam permainan ini juga. Kajian ini juga dapat menarik minat guru-guru lain dalam menjalankan latihan khusus kepada atlet sekolah.

Berdasarkan kajian ini, saya dapat mengatakan ianya relevan bagi mana-mana pengkaji yang ingin membuat kajian tindakan di sekolah. Sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, sudah tentu guru itu akan cuba untuk mencungkil bakat seberapa ramai murid yang berpotensi dalam bidang sukan. Tanggungjawab sebagai seorang guru adalah melahirkan insan yang cergas dan cerdas selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara, iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang seimbang.

Secara keseluruhannya, penggunaan kaki bukan dominan dapat memberi kesan yang baik dan positif, ia boleh meningkatkan pelbagai aspek dalam kemahiran di dalam bola sepak. Dengan meningkatnya pengunaan kaki bukan dominan kepada murid, ia akan dapat memberikan impak yang berbeza daripada murid yang hanya berkebolehan menggunakan kaki dominan sahaja.

8.0 CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN.

Beberapa cadangan telah dikemukan bagi memantapkan kajian pada masa hadapan. Perkara-perkara berikut perlu dititik beratkan bagi pengkaji-pengkaji pada masa hadapan dan pihak yang ingin meningkatkan mutu permainan bola sepak di negara ini.

Pada masa akan datang, pengkaji yang ingin meneruskan kajian mengenai penggunaan kaki bukan dominan ini dapat dijalankan pada akar umbi lagi, kemahiran seperti pergerakan asas iaitu pergerakan motor didedahkan dengan awal, iaitu membuat pelbagai aktiviti dengan menggunakan bahagian bukan dominan murid. Apabila keadaan terbiasa menggunakan bahagian bukan dominan secara tidak langsung murid lebih mudah untuk menguasai kemahiran dengan bahagian bukan dominan mereka.

Pengkaji juga boleh menggunakan kemahiran asas dalam bola sepak yang lain seperti menjaringkan gol, membuat sepakan deras, membuat hantaran jauh dan kemahiran-kemahiran yang lain lagi. Pengkaji yang ingin mengkaji juga perlulah membuat perancangan yang teliti dan terancang sebelum melaksanakan kajian.

Selain permainan bola sepak, kajian ini juga boleh dilakukan bagi permainan yang lain seperti, sepak takraw, penguasaan kedua-dua belah kaki dalam sepak takraw adalah sangat penting semasa melakukan hantaran atau menerima hantaran. Selain itu, ia juga boleh diaplikasikan dalam sukan padang seperti lompat jauh, lompat kijang, lompat tinggi dan sukan yang banyak menggunakan kuasa kaki.

Kajian ini juga bukan hanya merangkumi bahagian kaki ataupun di dalam sukan yang melibatkan kaki sahaja malah ia juga dapat digunakan dalam permainan lain dengan menggunakan tangan seperti permainan bola jaring, bola keranjang, bola tampar, bola baling dan ragbi, serta sukan lain yang melibatkan penggunaan kaki dan tangan menyeluruh.

Sebagai langkah penambahbaikan bagi kajian ini, pengkaji perlulah menambah cara pengumpulan data dengan menambah sesi temu bual bagi mendaptkan data yang lebih terperinci mengenai sampel. Data yang diperoleh daripada kajian ini hanya menggunakan pemerhatian dan soal selidik, dengan adanya sesi temubual dengan sampel supaya kesahan daripada data yang diperoleh dalam soal selidik adalah lebih tepat.

Selain daripada itu, perlu diingatkan kepada pengkaji yang berminat untuk meneruskan kajian ini, pengkaji haruslah membuat perancangan yang lebih awal untuk memudahkan kerja serta mempunyai beberapa tindakan penyelesaian bagi kekangan-kekangan yang dihadapi kelak. Ini adalah kerana sudah pasti dalam setiap apa yang dirancang mempunyai beberapa masalah yang timbul di luar jangka.






*Kajian yang belum diedit sepenuhnya, yang telah diedit telah dijilidkan.

sebarang kesalahan ejaan dalam penulisan telah diedit oleh editor..hehe..





Kajian akan datang...belalang bermain bola sepak...!

5 comments:

  1. kajian mengenai sains sukan erk? atlet la nie ek? =)

    ReplyDelete
  2. nk kajian ni leh x???

    ReplyDelete
  3. HYe....this is a good topik...can u share it to me d real one..juz for rujukan...i'm also doing A.R nowadays...final sem.. hehee...can u share it to me the full version...inform me as soon as posiible...tq ^_^..realyy need ur help...

    ReplyDelete
  4. bro.. nak biblio....
    huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...