Wednesday, April 18, 2012

Pilihan Saya adalah........RAHSIA.......

Assalamualaikum...wbt...

kepada khalayak yang sudi membaca.. agak lama selang-seli makan bulan jugak nak update blog ni..bahasa lembutnya tak ada masa la..bahasa keras MALAS la seru benak akal fikiran aku yang sering kali malas dan tidak cuba menghabiskan sedikit masa untuk menukil dalam blog APA NAK DI KATA? ni...

Beralaskan kusyen lembut di dalam bilik guru SK SUNGAI BAYOR ni,,terasa boring bila tak buat apa setelah sekian lama selesaikan buku RPH untuk seminggu. Tambahan pula esok cuti Keputeraan Sultan Perak. Lega. Lama udah tak ada masa nak memejamkan mata sehari tanpa gangguan berulamkan bantal hempuk menindih kepala. Errr..kepala menindih bantal. Tersilap. Maafkan saya. heh.

Belakangan ini, ramai yang buka mulut. adakalanya luas bukaan. ada kalanya kecik bukaan. nescaya yang luas bukaannya ala-ala blue Hipoo tu hanyalah nguapan kala mata berat mencari bantal dan tilam yang empuk..errr..tadi aku kata hempuk kan?empuk ka hempuk ep? ikot la. janji aku faham. ada faham?

Bukaan mulut tadi yang aku maksudkan adalah berkenaan PILIHAN RAYA. pilihlah dan rayakan kemudian. itu adalah hak individu bagi memilih kerajaan. Aku salah seorang yang bertuah dapat memilih kerajaan pada kali ini. Jika berlakunya pilihan raya umum tahun ini. bermakna,, aku adalah dikalangan orang yang bertuah kerana aku salah seorang pengundi kali pertama. hahaha. biaq la aku bangga sket..

kadang ada debaq di dada siapa yang harus aku pilih. fuh,fuh,fuh...semua barisan pemimpin hebat (agaknyalah)..aku rasa aku kena buat research. pemimpin mana yang patut aku pilih dalam program "pilih kasih" ni. kah.

Sudahlah tunggu masa sapa pemimpin yang akan dipertandingkan nanti. Bagi aku undi aku PILIHAN AKU ADALAH...........RAHSIA weh..penat nukil. lama tak menaip panjang. huh.



1 Malaysia! ada
Takbir! ada
Pilihan ditangan anda...





1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...