Wednesday, December 14, 2011

Errr...Tah Buh la Tajuk Sendiri....

assalamualaikum....

agak lama tak buh apa2 kat blog nih...malas kot..tapi ni saja boring-boring aku nulis,hari ni aku nak cerita sket sal kawan aku punya minat tulis kat blog ni, sapa lagi kalu bukan MAC (http://mcana71.blogspot.com/) ng NYONG(http://nyongatthesky.blogspot.com/)...mac ngan nyong mang dah serasi ngan blog mereka. siap ada karya dalam blog. mereka hebat.x macam aku penulisan amatur. aku mungkin nak kupaskan sikit mengenai siapa mereka nih. dah tentu kawan aku. aku tau la..sal depa..
*tiada pembohongan dalam ruangan ini! cerita di bawah semuanya benar belaka!

...........................................LAGI ..........................................


NYONG ngan persembahan dan karya yang tersendiri...persembahan kameranya agak hebat...banyak karya dah dia hasilkan dan keputusannya 100% menjadi kegilaan para wanita yang mengklik pada button "like" sehingga mengangkat jari kaki tanda setuju. Karyanya terus berkembang kini, dari selatan ke utara tanah ayaq...rejeki memukul gambarnya menjadi-menjadi. semakin hari semakin banyak gambar yang dipukulnya...tidak pernah kurang 1000 pukulan setiap hari untuk mengasah kemahiran seni pukul gambarnya..tak hairanlah kalau kita cuba mengejutnya dari tidur ia agak sukar, maklum lah kerja kaki pukul ni agak penat berbanding kerja-kerja lain. bahkan...kerja ni bukan hanya menggunakan tulang empat
kerat, tapi memerlukan lagi tulang tambahan berkaki empat untuk membantu memukul bagi mendapatkan lagi hasil karya yang terbaik bagi kaki pukul. Kini aku juga sebahagian dari kaki pukul kumpulan nyong. kira aku ni dah taraf brader2...begitu juga MANTAT atau lebih dikenali dengan nama luqee si kaki pukul. NYONG juga merupakan salah seorang penari zapin kelab kesenian anak-anak jowo semenanjung. Gelekan zapinnya boleh membuatkan dirinya ke alam maya...waktu tu jangan kacau!! siaplah kau!!

.................................................LAGI LA...........................................


MAC karya cerpennya hampir memasuki pasaran haram....idea dan jalan ceritanya boleh dibuat filem...sebaris dengan Lagenda budak setan, ong bak rindu, ayat-ayat cinta, kL gengster, kau buka pintu hatiku tanpa ketuk dahulu dan spongebob circle pants...emmmm...dia memang hebat dalam penulisan cerita cinta nih...ramai gak awek-awek membeli karya dia melalui on line mahupun offline. bagi aku yang agak kurang meminati novel atau cerpen ni aku menilai dari segi penulisan beliau, jalan cerita sangat menarik. ringkas. padat tidak melambung-lambung pengolahannya, namun ramai yang membeli karya beliau dihadiahkan dengan pen merah...Ya..aku tahu sebabnya.. karyanya banyak "spelling error"..tapi bagus..pen merah yang diberikan secara percuma setelah membayar kepadanya seringgit dapat membetulkan kesilapan-kesilapan kecil oleh pembaca yang dilakukan oleh penulis. motto hidupnya..."Lantaklah janji siap" Orangnya memang sangat hensem..adakalanya ramai yang menganggap beliau bukan orang melayu dek kerana kulitnya yang putih mulus, gebu dan sebu. Tah aku pun tak faham..hensem ke? puiiiii..aku 10 x hensem tou..sekali petik 10 yang datang tou..ehhh..laki pon datang..apahal???!!!..

................................................LAGI-LAGI..............................................




Aku...kompomlah aku antara paling amatur dalam penulisan blog ni..jarang aku menulis dan menaip benda yang agak menarik kerana aku bukan seorang yang kreatif dalam bidang penulisan mana taknya SPM pun hanya dapat A1 dalam subjek Bahasa Inggeris. Jadi aku kurang sikit dalam penulisan Bahasa melayu ni. Maklumlah Bahasa Melayu pun cukup-cukup makan masa result SPM dulu ya cukup-cukup makan apa lagi selain A1. Mungkin tak banyak yang aku nak tulis mengenai blog aku, tapi hakikatnya ni lah blog yang keberapa kali dah aku buat sehinggakan kali ini aku betul-betul ingat passwordnya. Ya. kelemahan aku ialah nombor! Aku agak susah untuk mengingati nombor, kecuali DUIT! hemmm....Aku akgak tidak suka akan benda yang berkaitan nombor, jika SPM dlu pon pencapaian aku agak kurang memberangsangkan! beberapa keputusan adalah sangat mencacatkan keputusan aku sperti Mathematic ni..cacat sungguh dapat A1..huh!! Dah la aku malas nak pikirkan lagi mengenai benda yang dah lepas, aku pun dah berjaya sekarang aku dah mendapat kerja tetap di kementerian milik kerajaan sebagai tukang sapu di sebuah tempat yang perlu aku rahsiakan tempatnya. Aku memegang amahan kerajaan, segala lokasi aku tidak akan hebahkan pada public. Kini aku menetap di Selama (bukan nama sebenar), dan berulang alik ke tempat kerja di Sungai Bayor (nama sebenarnya bukan ini).

............................................LAGILAGILA....................................................

Ok la...aku mungkin akan kembali tahun hadapan tok menulis dalam blog aku ni...jadi selalulah tengok blog aku untuk mengetahui bila aku akan update blog aku ni. tiap-tiap hari pun tak pa tengok ja, taun depan akan ada lagi cerita-cerita rahsia kawan-kawan dan perihal artis (cet artis ja kompom hang pa nk baca) ok..aku gerak dulu dengan motosikal baru aku RXZ(mac)...ayuh!!!zzzzZZZZzzzzz....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...