Thursday, September 8, 2011

Errr...sekadaq berkongsi...

KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.

Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.

“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.

“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.

Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.

Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.

Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.

Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.

Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.

Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.



err...sekadar berkongsi, bukan nak kata MAN U blasah Arsenal sampai 8 buat aku angin, tapi sekadar berkongsi sesama saudara ISLAM aku...xsalahkan..klu kita pakai jersi Arsenal pon tetap leh sokong MAN U atas dasar semangat kesukanan...kan..heh........

6 comments:

  1. dulu masa aku kat sekolah ada geng haram police yang tegah pemakaian versi macam ni. aku buat tak endah sangat pasal aku bukan sokong manchestee pon.

    tapinya, bila sampai satu tahap, haram polis ni dah mula menunjukkan keghairahan dalam menghalal dan mengharamkan sesuatu benda. mula mula aku boleh terima lagi. lama lama sampai nak pakai seluar jeans buat solat pun dikatanya makruh.

    kendian aku ada pakai baju pinjam@rembat member aku. baju tu ada tertera gambo katun skateboard lepas tu ada pulak tulis "NO RULES". terus geng haram polis ghairah ni menyerang gua dengan tak semena mena. depa kata, aku selaku pemakai baju no rules ni dah menolak Islam. wah.

    apa yang aku nak kongsikan kat sini sebenarnya takkan lah sampai ke seluar jeans pakai buat solat pun tak boleh. ada je tok imam tok siak pakai seluaq jeans buat solat.

    lagi satu di. berkenaan isu di atas, sebenarnya lambang salib diberitahu ada banyak. ada huruf "t" kecik boleh dianggap jadi salib. jadi macam mana kesimpulan dibuat untuk itu aku pun tak berapa arif dalam hal tu. yang keduanya lambang syaitan dan iblis. kita sebenarnya taklah diberi gambaran secara tepat tentang bagaimana rupa iblis la'natullah hi alaih. jadinya imej imej logo tu sekadar imajinasi pelukis terhadap iblis.

    sekadar perkongsian dan pendapat peribadi. wa a ko wak kang, maksudnya maaf zahir batin hadi.

    ReplyDelete
  2. its about akidah... kalo mende tu menyerupai sesuatu yg menjadi pegangan agama lain, maka perlu dielakkan...

    tapi kan manchis, ape jadah nyer pakai jeans tak bley? Gua penggemar jeans levis bundle amat kesal keh3

    ReplyDelete
  3. salah satu sebab pemakaian tu dikatakan tak boleh sebab dia kata ketat dan nampak bentuk tubuh. hal macam ni berlanjutan sampai ke seluar slack sekolah pun jadi tak boleh. setiap kali solat mesti mau pakai kain pelikat. peh. rasanya depa dah terpengaruh sangat dengan lagu kain pelikat anuar zen.

    ReplyDelete
  4. ok.apa yang dikatakan kepalamacister..tp apa yg sebenarnya mengenai sluar jeans boleh dipakai, sapa kata xbleh..asalkan menutup aurat..pakai la sluar pelesit pon boleh buat semayang. lagi 1 klu pkai ken pelikat pon lipat smpai punggung xsah gak...haha...

    mengenai pemakaian jersi ada lambang salib ng gambaq setan ni mang xdijelaskan mcam mna gambaran dia..tp memang dah jelas semua makluk aggp gambaq tu setan..so lebih baik kita elakkan la memakai pakaian serupa demikian, sebab ada baiknya, solat pon mudah2han sah dan diterima Allah. Ilmu Allah ni luas. yang mempelajari ilmu Allah haruslah kita hormati pandangan mereka,sebab kita bknlah sehebat ilmuan kalu setakat ilmu baca buku teks agama islam tu lbh baiklah kita cuba bukak buku yg lebih mendalam mengenai agama, sama2 kita usaha. kalu ada teguran yang baik apa salahnya kita terima dan tidak menolak secara bulat2. kaji dulu ada baik ada buruknya....

    ReplyDelete
  5. asal lu orang tak bogel gua dah terima syukur dah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...