Tuesday, January 11, 2011

Juzuk Al-Quran Dengan Matematik...

Assalamualaikum...wbt....




sebelum apa-apa aku nak cakap selamat tahun baru buat semua (sebab dh lama xpost), selamat hari lahir bagi yang kena lahir hari ni, atau esok dan esok dan sampai la ari2 lain, lagi selamat tahun baru cina buat masyarakat cina walaupun mungkin tak dak pembaca cina kat blog aku nih, tapi biasa lah aku ni mesra rakyat, bersifat tidak perkauman dan malahan yang baik-baik belaka adalah aku. haha. ok2..aku dah istighfar.


baru-baru ni aku ada baca satu blog yang agak menarik gak ah, aku tertarik ngan artikel dia mengenai nak carik juzuk dalam al-quran dengan menggunakan formula matematik. korang tak payah pikir susah2la nak buat add math ker, nak buat math tam ke, nak buat algebra ke, algabra ka, theorem pitagores dan menang ka, tak payah, senang ja. yang penting korg lulus math mod masa sekolah rendah sampai la korg sekolah menengah. kalu korang tak lulus dengan cemerlang pon kredit pon dah cukup memadai wat korg tok membuat matematik bagi mencari juzuk al-quran.


Aku tak lah rajin sangat baca al-quran, aku akui. tapi aku masih membaca dan cuba tok rajin membaca. aku tau korg suma org-org yang rajin membaca. ok, senang ja cara dia, memang mudah seperti yang telah aku katakan tadi. asasnya korg pass math mod je k. ok la,ok la..klu tak yang tak pass tu (aku bukan diskriminasi) paling senang guna la kakileter yang beli kat kedai 2 hinggit pon leh guna.


Aku tak pasti, sama ada aku buat jadik dan korg wat tak jadik. so aku wat jadik. kalu korg wat tak jadik aku pon tak tou la apa salahnya. janji jangan nak salahkan aku. aku hanya menyampaikan apa yang baik ja, yang tak baiknya nanti bila tak jadi korang sumpah seranah aku. tak baik tu. dapat dosa woi..haha..(ketawaku terbahak2) sambil aku beristighfar lagi..

Step dia camni menurut : http://www.budakbotak.com

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Erm..tu lah yang dapat. kalu korang nak guna leh gak. tapi bagi orang yang hebat, orang yang hafiz al-quran aku pasti depa suma ni tak payah wat matematik ni pon dorg dah tau kat mana, muka surat brapa. aku memang respek abes...so buat kalian suma. kalu tak rajin membaca tu, rajin membuat matematik dan tengok al-qurqn pon ok. ada hidayah Allah, insyaAllah semakin hari semakin aku, korang dan suma makin rajin membaca al-quran. sesama berdoa tu yang penting kot..kan..kan..sesungguhnya doa itu senjata manusia..insyaAllah...






Belalang rajin2 la baca al-quran..nak gak cari guru tok betoikan tajwid.

2 comments:

  1. menarik sangat,,terima kasih di atas perkongsian yang bagus ni,,=)

    ReplyDelete
  2. The Ultimate Guide To Casino Games - DrmCad
    If you're 수원 출장마사지 searching for 통영 출장마사지 the best online 서산 출장샵 casinos, 이천 출장마사지 it's time to check out the top five casinos for your gambling. 영주 출장마사지 From Blackjack, Roulette,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...