Saturday, October 23, 2010

Kengkang Semua tentang Depan

Penat aku KENGKANG.bukan ke mana pon,depan sana saja.nk tgk ramai tak orang berKENGKANG sama dengan aku.sama rentak.sama tapak.cuma rentak aku sumbang kot.sebab jalan aku lebih KENGKANG,bukan aku kata, tapi ramai yang tertawa, kenapa bila di tanya.jawabnya jalan cara orang menuju bahagia.haha.. aku teruskan berKENGKANG. kali ni jumpa yang sama.dia KENGKANG juga.xkenal pun tapi pernah bersua. dia kenal aku.aku tak kenal dia.aku malu. tapi dia ok ja..bukan tak nak tegur,cuma malas nak sembang lama,kerna KENGKANG aku bukan nk lama,kejap aja,kad keselamatan pon aku xletak dulu,balik kang mau kena pijak dek pak guard vest tu.apa aku peduli?bia la sama dia,dah lali.dia pon tensen kot bnyk kerja nak kena tulis.awek plak xdak sebagai peneman.dok dalam pondok belagak macam polis.siap nk kua surat saman.ah..lupakan dia..dan terus aku berKENGKANG kini sampai di tujuh sebelas (7E).tgk slurpee.sedap.tapi rosak.aku fed up.hati rasa nak memberontak.kenapa dia rosak?shut up!!?sedangkan klu elok mesti sesak.ramai yang beli.wat bg lidah geli..sebab sejuk tak rasa macam jeli.

Aku terus KENGKANG.sampai depan farmasi ah huat (alpro).tak demam wat pa nak beli ubat.aku terus KENGKANG ke San Siro.tempat awek Ronaldhinho.bukan aku kata tapi rakan seKENGKANG aku yang gado2.sebab dia.gila kOt depa ni (aimran dan acai dan mat juga).jangan la berebut bini.ramai lagi awek sana sini.jodoh tetap mari.itu ketentuan ILAHI.perut tak sangat lapa.aku terus KENGKANG sedepa demi sedepa.tengok kat depan apa yang ada.kedai print baju.tempat aku masuk selalu dulu.buat baju,kelas dan team bola aku.puas tiap taun ada design baru.itu yang best kelas aku.kelas aku banyak baju t-shirt PJK uh.klu men bagi kotor pon xbyk pikir nk basuh.t-shirt tak payah nak iron sampai berpeluh-peluh.aku masih depan kedai ni.ah..bkn ada baju nk tempah sem last ni..

Aku terus berKENGKANG lagi.panas rasa.naik pening kepala lutut...jumpa brader beger tempah daging lembu, bkn daging tut****.haram.dia pon xdak jual.aku pon tak nak benda yang tak halal.pas makan aku terus KENGKANG.tak toleh belakang.rupanya ada orang pandang.dia selalu ada kat padang.main bola sama aku.dia baru masuk sem satu.aku tegur macam biasa dia pon sama.dia pun terus lalu.aku terus KENGKANG laju.sebab dah sore (petang).naik kedai family store.ingt nk beli sabun basuh.tapi baru aku teringat ari tu baju aku lusuh.sbb pakai sabun basuh.xjadi.aku tengok baldi.baru aku teringat yang aku belum mandi.mesti suma perasan yang badan aku bau macam pokok keladi.sekali lagi..apa aku peduli.aku KENGKANG kluar family storie.

Aku terus KENGKANG kali ni depan kedai sidi.bukan sidi oraza.tapi CD bukan ORI punya.ini la kerja orang Malaysia.nak beli CD cetak rOmpak ja..sadis..nasib la..sapa suh jadi artis..aku xmasok,sebab aku xminat sangat tengok cerita-cerita nih,tapi aku minat bidang nih.kalu ada rezeki nak gak belajar.ok la klu leh jadi macam Azizi Satar,Aliff Satar atau..errmm..Pendekar Mustar...KENGKANG ku terus ke depan,melepasi tong sampah..nampak satu papan.itulah kedai Uncle Sepah.bukan nak puji.tapi memang sepah.tapi aku tak kesah.sebab harga dia murah.bergurau camna pon dia tak marah.mana tak nya dia bukan jenis naik darah.aku masok sebab nampak pen merah.baru terfikir nk guna bila jadi cikgu kat mana-mana daerah.huh..nak ke beli pen ni?kaler dah macam darah.nanti la aku beli belah.bukan tak dak masa lagi dah.jom KENGKANG ke sebelah,ok uncle,kedai u tak sepah.

Fira nama kedai makan.tempat aku jarang sarapan.ada kot sesiapa tengah makan,leh aku tumpang atau temankan.hampa.tiada siapa.aku terus KENGKANG laju.bukan malu.tapi segan bertambah silu.demam aku tak mahu.tapi kalu sakit gak ni la tempat aku.ada dua pergi satu.mana lagi klinik lah,bukan tempat makan atau berkelah.Aku tak sakit atau berpenyakit lelah aku teros KENGKANG, jalan naik bukit tangga(tangga la tu).jumpa satu kedai nama tuan dia rangga..kedai dia bab serve memang laju.ya tepat sekali kedainya bernama fizur Maju..tempat Aimran selalu keliru, nak tengok bola kedai mamak yang mana satu.KENGKANG diteruskan..kali ni tempat orang hantar baju kalu tak dak bini atau hubbi..mana lagi kalu bukan kedai dobi.walaupon tak dak bini.jarang aku ke sini.melainkan amik baju ragbi.

Adoi,penat aku asik KENGKANG.aku terus ke kedai yang tokeh dia macam apek kang.kedai alat tulis,bukan kedai alat bertukang.tak ada yang menarik.misi KENGKANG aku diteruskan.kali ini tempatnya selalu aku makan.siang malam dan kadang-kadang.roti canai ada,telor ada,maksudku roti telor.kalu tengok kompom terlior.kalu tengok bola kat sini port dia.bukan aku saja.malah semua.sekitar sikamat dan penduduk desa(rhu).makan kat sini semua bergizi.semua boleh datang,kecuali faizi.bukan bizi body.tapi dia wat hal mengalahkan perempuan yang mOody.gila la dia ni.seb baik hari tu anep ok lagi.klu tak jadi Hulk walaupon badan macam lidi.ingin ku perkenalkan inilah syurga makanan kari...SALMA BEVii...aku dah penat berKENGKANG hari ni..aku KENGKANG balik terOs tiDo bIlik TiVi...ditemani siaran astro awani.tidor ku dalam keadaan wangi.walaupun xmandi.aku terus terbongkang.nyong pon ada menemani kadang-kadang.ipen datang berselang-selang.walaupon janji tiap-tiap hari nak datang.hari semakin kelam.ipen dan daus tetamu malam.kalu tengok bola tak reti nak diam..seb bek masa tengok semua terpadam.aman selesa dan tiada dendam.uh...tidor ku sangat tenteram..aku tidor dalam KENGKANG....













Aku (orang yang jalannya kengkang) Belalang---> mana jalan kengkang...belalang terbang melayang...


3 comments:

  1. Jalan KENGKANG ke?,, xpe, janji hati baek,,=) tp yg tertariknya, besar betOl ya KENGKANG awak ye sampai sedepa,,hehe,, =)

    ReplyDelete
  2. OhOo,,awak dh mandi ke belOm ni?hehe,, =)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...