Sunday, February 20, 2011

I LOVE U...YEAAA.....



Assalamualaikum...wbt...

agak lama gak aku tak meng'updated'kan belog busuk aku ni..biasa la bila memulakan kerjaya sebagai guru yang berwawasan 2020 ni kena la menghabiskan masa memikirkan anak2 didik aku. aku bukan jenis yang dulu lagi yang kerap kali sentiasa berada di depan laptop dengan melayari bermacam-macam laman web yang baik-baik blaka...err..ya..yang baik-baik.



Tajuk di atas bukan lah seperti apa yang hangpa ingat pada aku. tajuk camtu sti hangpa ingat aku ni jiwang karat la, mat bunga la, jambu la, er..yang tu aku tak bleh nak kata apa la, mang aku jambu, bukan aku kata, malah semua wanita ditempat blajaq aku dulu kata aku jambu..macam leonardo Di carpio, badan tough macam fahrin ahmad..tapi suma aku tepis bagi mengelakkan beberapa rakan aku jeles. Tapi tajuk di atas aku nak ceritakan pengalaman pertama aku mengajaq BI atau dalam bahasa jawa panjangnya Bahasa Inggeris.

Untuk pengetahuan semua, aku dah mula menjagaq 13 hari yang lepas. sekolah yang sanggup menerima aku dengan bayaran beribu-ribu sebulan tu bagi aku subjek major aku iaitu PJ dan PK. dalam kegembiraan dapat subjek major tu, mai la cikgu kanan 1 ni, hang amek la BI na..hang baru lepaih balajaq ja, mesti boleh ajaq pya...aku terus senyum lebar tanda tak setuju...haaa... macam tu la baguih...sambung beliau yang bernama kak pah...err..salah ka jawapan aku yang senyum tadi tanda tak setuju?? err...camna nak tunjuk mimik muka tak setuju ni?? last2 aku amek gak la..dah bagi, ajaq jela...haha...

Belum lagi aku masuk kelas nak ngajaq..tetiba ada meeting (speking sket) haha..meeting guru-guru BI. aik?? baru mai dah masok eeting guru-guru BI? aku pon ngan selambernya pi gak..rupa-rupanya ada mat salleh ngah tunggu, dalam hati aku ada jugak salesman mat salleh upanya, aku ingt dia nk promote buku apa ka, rupa-rupanya dia nak observe suma cikgu BI. ni projek sapa pon aku xtau la..hai mampuih..ada lagi kot mat salleh yang dah pi sekolah lain. sebab projek ni adalah untuk rural and semi rural school. adoi...apala nasib aku..haha..baru masuk 2 hari dah nak kena observe.

Mat salleh (bukan nama sebenar), atau nama sebenar dia Sir Thomas Lowrie (TL)..tah la aku pon tak tau dia dari mana..nak sembang pon aku tak reti..dia pya sleng power sangat. apa yang dia ckp aku dengaq yang belakang ja..kira macam manusia cakap ngan itik la..aku manusia dia la kot itik..haha..minggu lepas sampai turn aku ngajaq. budak-budak yang aku ngajaq ni budak2 kelas last. budak2 ok..baik la jgak. depa suma boleh baca, cuma sebutan ja xbetoi n yang panjang sket dah susah nak sebut.

Aku pon start la ngajaq sambil TL tu dok blakang usha aku ajaq..aku ajaq pasai occupation time tu. macam-macam la aku cakap, ada gambaq aku tunjuk macam-macam la. sampai la penutup aku nk cerita la pasai aku ni. aku punya occupation. aku cakap la "ok class du yu noe what is my occupation? aku sambung dengan bahasa melayu sebab lepas cakap BI ja kena cakap melayu sebab budak2 ni xpaham..aku cakap la sapa tau apa kerja saya.. pastu baru ada jawapan cikgu..cikgu... ok, say in english..dalam hati aku aku nak la sambung (I am a teacher) baru aku sebut I.............budak2 dah sebut LOVE U......YEAAAA.....tergamam aku...hahahaha...si TL tu pon gelak...hahaha...elok plak loceng bunyi...aku pon tros cakap I LOVE U too...haha...adoi...lawak btoi budak2 ni...


Sir Thomas Lowrie nama sebenar, yang pasti bukan gambar sebenar.

keesokan harinya aku masuk lagi kelas yang aku ajaq ni, kelas 3 bijak. budak2 kampung ni bguih la jugak, dengaq kata, tak macam budak pekan. ketegaq ngan degil (sama la tu),tu yang bguih depa ni cuma pendedahan mengenai BI depa kurang. abis ja kelas aku teringat sal semalam..sebelum aku kelauaq aku saja la cakap I....pastu tros budak2 ni sambung LOVE U........YEAAA.....hahaha....dah dapat la satu trade mark sebelom aku keluaq kelas..haha...3 bijak hangpa memang bes!! haha..






Pengalaman Belalang mengajar yang best.....haha....


4 comments:

  1. that means, your students love u! :)

    ReplyDelete
  2. hahaha...

    pen merah pen biru u marah
    i LOVE U...........

    aku xmarah pon depa.....hahaha....

    ReplyDelete
  3. Alahai.. comelnya student tu... Ok ke kene observe?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...