Saturday, May 28, 2011

Emas....satu perlaburan di masa hadapan...

Assalamualaikum...wbt...

Lama sudah tak sentuh papan kekunci netbook aku ni. sibuk hal kerja gamaknya. musim budak sekolah exam. bukan setakat nak tanda kertas. banyak benda lain lagi nak kena buat. aduh.. adakalanya zaman belajar lagi seronok. tapi masa belajar. kerja lagi seronok. ah, mana-mana pon sama. ia tetap seronok! semua ni pengalaman sebelum masuk era keemasan. Wa bukan nak cerita pasai emas yang orang dok labur-labur tu. tu hal lain, tu pon tok masa depan jugak. tapi ada emas yang lebih penting tok masa depan kita seperti zaman keemasan kita...an..an...

Zaman keemasan dah pasti kebanyakkan orang/beruang nak jadi macam ni kan :

  1. Ada bini, anak adakalanya nak cucu yang banyak.
  2. Duit yang cukup. tak ada duit susah nak buat apa. segalanya memerlukan duit. tp duit bkn untuk segalanya,segalak-galaknya xperlukan duit. cuma jadi galak saja dah cukup.
  3. Bila dah jadi keemasan pasti nak menziarahi kaabah yang kain disulamkan benang emas. sapa yang xdak keinginan tu, refer balik rukum Islam noo..
  4. Rumah sendiri yang tetap dan menghabiskan masa-masa keemasan untuk berehat atas kerusi malas dan menonton TV saluran emas. sambil nyanyi lagu M.Nasir Hati Emas.
  5. Emas tulen untuk si isteri sebagai hadiah. sudah pasti bukan emas zulian.
  6. Nak beli pisang emas. bawak pi MASJID. paling penting di hari emas.
Semuanya berkaitan emas. umur emas. benda emas. pisang emas. yang penting harta emas tu tak boleh bawak ke mati. kecuali iman dalam hati yang 999 tak karat. Ingat hari emas sebelum menjadi umur keemasan.

Ada harta jangan lupa pada ZAKAT..cukuplah cerita Qarun untuk pegangan hidup di masa emas.










Selesai tanda paper 1 BI budak kelas aku...eerrr...asl merah ja banyak nih....hai Anak Emas....

Sunday, May 8, 2011

Jangan Rakam La Bodoh!!!!



  • REC.......tettt........
  • REC.......tettt........
  • REC.......................

....

....

....

....

....

........................................

hiiiiiaaaahhhhhhh......puff......


Plaaappppp!!!!!

A : Adohhhh...asal kau tampar aku???!!
B : yang kau pegi rakam buat apa???!!!

A : asal tak boleh ke???
B : kita kan tengah mencuri ni!! nanti kena tangkap kan dah ada bukti!! Bodoh!!!

A : kau la bodoh!!!
B : apsal plak aku???

A : Klu nampak muka kita badan kita, perut kita...yang kena nanti orang lain....bodoh!!!!
B : aha.....rakam...rakam.....





p/s : Rakaman ini tiada mengena dengan MANUSIA yang tengah hidup atau pun dah lama meninggalkan duniawi dan kembali ke jalan yang lurus......

Friday, May 6, 2011

Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak !!

Ke hadapan Guru Besar yang saya kasihi,


Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama


nasi lemak 50 c macam Farid kamil cakap.......

Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.


abang2 saya yang cacat...mereka suma minat nasik lemak....


Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.

Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.

Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.



Yang benar,

Murid pencinta nasi lemak 50 sen...haha..tQ boss....

Monday, May 2, 2011

C-Tiga !

C3

Aku penah tengok seblum ni citer CJ7 tu.. tapi ni bukan sal citer tu
mahupun sambungan citer tu...dulu Mac dan nyong boleh bangga dengan C6 dan x3 depa...cett..
sudahla mac,nyong setakat Nokia ketinggalan zaman hangpa tuh...asik 'hang' ja..
haha...KINI??? Lu Slim La Beb!!! aku juga memiliki Nokia C3 kurang 3 ja dari c6 dan tak sampai x dari x3 nyong tuh...haha...nah tengok la dlu...


bukak-bukak trus ada mesej...pelik aku...canggih btoi...dari c6 ngan x3 haha...


siap dapat begambar ng kawan dia lg kt lua kotak..


semua berebut2 nak..tgk tgn2 tuh...haihhhh......


aku tak la rasa nak beli henpon baru...tapi dek kerana henpon aku hilang gara-gara
adengan rosyam nor dan noh yang agak lama aku tak jumpa,entah lesap ke mana,sony eriksson
apa kejenamanya pon aku xpasti...tapi ia mesti telefon mudah alih...so,
terpaksa la aku cari henpon baru..Habib Farhan nama yang tidak asing lagi
dalam arena penghenponan, di mana beliau bekerja di sebuah syarikat
komunikasi dengan jawatan agak besar. ya besar.dia memang besar. sahabat lama aku.
sejak dari bangku sekolah rendah lagi. agak lembut dia menjawab jika tidak hadir kesekolah. "sakit perut cikgu"
kini dia bukan lagi menjadikan alasan itu untuk ponteng bekerja.kerna alasan itu dah lapuk dek hujan dah lekang dek panas.


Habib...dalam kenangan...err...kenangan masa sekolah...

Apa2 pon aku nk ucap terima kasih kepada Habib Farhan kerana menderma kat aku token sebanyak 150 tuk tukar kepada henpon....C-Tiga aku...jasamu dikenang...




kepada nyong dan mac....i phone 4 in coming...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...