Sunday, August 22, 2010

hatrik si budak pendiam...













semalam salmah bevii sakali lagi aku bertandang, dengan ribuan pelanggan yang datang, sedap? tak la sangat sebab tiap kali aku pegi makan sudah pasti pulang aku buang segala sisanya...yang membuatkan ia ramai adalah kerna skrin besarnya..erm..kurang besar dari wazir semban 2..aku dan nyOng antara fan kuat GUNNERS kt maktab nih pegi tanpa bersalin..maksud ku baju...

mizi awal-awal lagi dah menghantar khidmat pesanan ringkas (tidak seperti yang aku tulis) SMS adalah lebih senang kn? katanya dia sorang cepat datang...aku bergegas bkn fabregas...capai kunci motor kaki menendang untuk memanaskan enjin..pemulas minyak dipulas dan mancapai kelajuan 60 km/j..(dalam maktab 20 km/j sahaja dibenarkan) peduli bukan hal aku..kelajuan membunuh...aku tahu tapi semangat ARSENAL belum luntur...nyOng terdiam mungkin laju ku terlalu..lepas saja gate maktab aku terus memecut selaju mungkin...kami sampai tanpa kelajuan yang cuba membunuh kami..alhamdulillah kami selamat...pembunuh itu lari seketika kerana ramai yang berada di sana salmah bevii..

mizi melambai..di meja dia ada segelas teh tarik...buatan mamak original dari india..katanya seorang tapi dia bersama jagoan di perairan (aiman) dan berita bola bergerak (ein). mizi bukan selalu menipu, tapi aku tahu dia baru saja menipu..(sori mizi) haha..punggung ku yang molek dilabuhkan dikerusi..."mamak milo tarik gelas besar 1..kurang manis" mamak tu angguk..tapi xpernah pon oder aku yang kurang manis tu ada..semuanya manis..mungkin pengaruh kulit ku yang hitam manis..xpala..hanya nak basahkan tekak yang kering..

10 minit berlalu..permainan sama rata yang ditunjukan oleh ARSENAL dan BLACKPOOL pasukan baru yang mengejutkan wigan dengan 4-0..dalam hati aku...arsenal kena berhati-hati..corak permainan BLACKPOOL lebih meyakinkan pada babak permulaan...minit ke -13 hantaran cemerlang dari Rosicky kepada si comel arshavin...arshavin tidak tamak seperti perlawanan bersama The Red..''si budak pendiam'' mendapat bola dari through ball arshavin...kemas finishing dia.. gol yang menarik...aku hanyak bersorak kecil, berbanding mizi yang dah lama mempunyai semangat kenegeriannya itu bersorak mengalahkan bookie2 cina yang ada dekat belakang kami...ini game arsenal, bukan jOhor mizi...heh..(sori sekali lagi) aku faham..mizi memang semangat kalu bercakap pasal arsenal..tanya saja apa maklumat pasal arsenal pasti dia tahu..perlawanan menjadi lebih menarik dengan jaringan si budak pendiam tu..Chamakh..mungkin watak pemain ini sebagai striker terbaik morroco belum menjadi striker terbaik buat arsenal tapi peranannya membolehkan arsenal mendapt penalti,,sempurna penalti dari arshavin...2-0..gol ketiga juga dari si budak pendiam...hasil hantaran kemas jelmaan overmars sewaktu bermain di arsenal dulu..wilshere...3-0 mengukuhkan lagi penguasaan Arsenal..Blackpool cuba bermain pantas, namun kelibat sOng, vermaleen, sagna dan clichy dapat menahan hantaran2 dari perancang Blackpool..gol ke-4 datangnya dari viera baru arsenal..diaby..hantaran over lapping dari sagna dan satu half volley yang baik dari diaby menewaskan penjaga gol blackpool lagi sekali..adoi...kesian dia...gol ke-5 dan hatrik buat si budak pendiam..melumpuhkan pertahanan blackpool dengan satu turn kick dari si budak pendiam..mungkin kelenjar adrenal dia merembes dengan banyak mengakibatkan persembahan yang sangat meyakinkan..heh..dan tandukkan gol terakhir gol ke -6 hasil dari jaringan Chamakh...yang semua menantikan golnya akhirnya puas...

ternyata mizi seronok, sebab dia membeli chamack dalam fantasy futballnya..mungkin dapat menewaskan rakan2 yang lain..aku belum buat..kalu aku buat mesti aku membeli chamakh..hehe..semoga Arsenal dapat menyaingi 'syaitan merah' dan 'kebiruan' musim nih!



Budak pendiam.........walcott.....






Aku belalang..juga seorang pendiam....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...