Showing posts with label sisipan kata 'Agamaku'. Show all posts
Showing posts with label sisipan kata 'Agamaku'. Show all posts

Tuesday, April 24, 2012

Dhuha

Assalamualaikum..wbt..




Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh






Friday, August 19, 2011

Hina Islam!!

Assalamualikum...

Wa memang panas kalu dengar tajuk cmni...wa tau jauh klu nk gi perang dekat negara-negara yang kuat agama lain ni yang banyak hina ISLAM ni, (wa tak nak sebut agama apa) wa tou wa bukan warak atau alim tapi wa respect agama lain, sebab semua agama ajar supaya berakhlak mulia, cuma hanya 1 jalanan agama saja yang lurus dalam diri dan sanubari wa ni ISLAM! wa tou, wa cakap ni macam ada kasar sikit pada bahasa dan agama, agama ISLAM jugak suruh kita berkata dengan baik dan lemah lembut. Tapi hati wa panas kalu orang dah senang-senang nak hina agama ISLAM yang wa anuti, dan tak menghormati agama lain. adakah kita terlalu baik atau mereka yang anggap kita bodoh dan senang dipermainkan? Jahanam!! maaf wa kasar lagi.

Memang wa akui wa memang minat bola sangat. Tunggu bola pagi-pagi memang rutin wa masa blaja dulu dengan kawan-kawan wa. Paling wa minat game El-classico game antara Barcelona ngan seteru keras dorang Real Madrid. Wa mang minat Barcelona. Tapi wa ngan nyong kurang senang dengan kehadiran David Villa dari Valencia dari awal dia masuk lagi. Barcelona mang team yang terbaik. wa mang respect gila team ni sekrang. Dalam team tu pun ada budak-budak ISLAM, macam Ibrahim Affaley tu, Abidal, Keita..Tapi wa panas sangat bila wa dengar statement nih .................... :

"I did this because i defending my religion, because David Villa insulted Islam"

Panas betoi wa..apahal lu nak kutuk-kutuk ISLAM plak. Men bola dah la. kalu lu marah sekali pon respect la sikit. mang panas dengar camtu. Mang la player feberet wa FABREGAS kena ngan mamat Marcelo tu yang memang nak bagi dia. Tapi marah tu ada batas abang VILLA, jangan sampai hina-hina agama lain. BODOH!! Memang sakit hati wa. Cakap panjang-panjang pon tak guna, bukan wa boleh wat apa pon kan? Tapi sekurang-kurangnya wa prihatin pasal agama wa.. Ada satu hari tu,ni hal lain la. Masa tu aku masih belajaq lagi. Aku men bola petang-petang. Dalam masa yang sama geng KPLI paling best ada. Ada sorang mamat KPLI ni turun bgan pkai baju Liverpool masih ditaja casberk (wa tak reti eja). Kawan wa sound la dia'secara gurauan..'woi...apa pakai bajukasbek tu..haram doh...hehe",dengan selamba BODOH dia jawab, ala rilek r,kasbek ni Yahudi punya maa...(lebih kurang la ayat dia) wat apa sokong ISLAM? Yahudi ada bom, sekali bom ISLAM hancuq semua!! harharhar..(lebih kurang macam tu la dia gelak). Celakak. sampai sekarang wa ingat dia tu, kalu men bola, tiap-tiap ari wa nak tekel dia, seb bek wa bukan Marcelo!

Ada lagi, ni time wa men bola gak..team ni mang team budak-budak muda. team anak pensyarah aku masa maktab dlu. Bagi wa dia mang main bagus, tapi agak poyo la sket. Elok tengah main dorang tukar player. Mamat kat dalam kluaq yang baru masuk ngah lompat-lompat macam beruk wat panas badan. Wa ada kat tepi tu dekat ngan dia sementara wa nak tunggu kawan wa throw-in. Mamat tu dengan selambanya sebelum masuk wat tanda SALIB kt badan dia macam player antarabangsat! selalu buat tu..apa jahanam anak melayu ISLAM buat camtu, geng-geng dia pun terkejut dengan peragai pelik HARAM JADAH dia (sori wa kasar lagi). selamba plak dia kata "lepak ar..lawak ja doh....."hmmm...memang lawak bangang!

Ok la, wa dah banyak celoteh panjang. wa pun ada kelas wa nak gi masok kelas plak skrang..nak ajaq sikit anak-anak seagama wa ni cara menghormati agama sendiri dan orang lain. wa bukan ustaz tapi wa seorang GURU ISLAM.








Bikin Panas!!!!!

Tuesday, January 11, 2011

Juzuk Al-Quran Dengan Matematik...

Assalamualaikum...wbt....




sebelum apa-apa aku nak cakap selamat tahun baru buat semua (sebab dh lama xpost), selamat hari lahir bagi yang kena lahir hari ni, atau esok dan esok dan sampai la ari2 lain, lagi selamat tahun baru cina buat masyarakat cina walaupun mungkin tak dak pembaca cina kat blog aku nih, tapi biasa lah aku ni mesra rakyat, bersifat tidak perkauman dan malahan yang baik-baik belaka adalah aku. haha. ok2..aku dah istighfar.


baru-baru ni aku ada baca satu blog yang agak menarik gak ah, aku tertarik ngan artikel dia mengenai nak carik juzuk dalam al-quran dengan menggunakan formula matematik. korang tak payah pikir susah2la nak buat add math ker, nak buat math tam ke, nak buat algebra ke, algabra ka, theorem pitagores dan menang ka, tak payah, senang ja. yang penting korg lulus math mod masa sekolah rendah sampai la korg sekolah menengah. kalu korang tak lulus dengan cemerlang pon kredit pon dah cukup memadai wat korg tok membuat matematik bagi mencari juzuk al-quran.


Aku tak lah rajin sangat baca al-quran, aku akui. tapi aku masih membaca dan cuba tok rajin membaca. aku tau korg suma org-org yang rajin membaca. ok, senang ja cara dia, memang mudah seperti yang telah aku katakan tadi. asasnya korg pass math mod je k. ok la,ok la..klu tak yang tak pass tu (aku bukan diskriminasi) paling senang guna la kakileter yang beli kat kedai 2 hinggit pon leh guna.


Aku tak pasti, sama ada aku buat jadik dan korg wat tak jadik. so aku wat jadik. kalu korg wat tak jadik aku pon tak tou la apa salahnya. janji jangan nak salahkan aku. aku hanya menyampaikan apa yang baik ja, yang tak baiknya nanti bila tak jadi korang sumpah seranah aku. tak baik tu. dapat dosa woi..haha..(ketawaku terbahak2) sambil aku beristighfar lagi..

Step dia camni menurut : http://www.budakbotak.com

Contoh 1
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika korang ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442



Erm..tu lah yang dapat. kalu korang nak guna leh gak. tapi bagi orang yang hebat, orang yang hafiz al-quran aku pasti depa suma ni tak payah wat matematik ni pon dorg dah tau kat mana, muka surat brapa. aku memang respek abes...so buat kalian suma. kalu tak rajin membaca tu, rajin membuat matematik dan tengok al-qurqn pon ok. ada hidayah Allah, insyaAllah semakin hari semakin aku, korang dan suma makin rajin membaca al-quran. sesama berdoa tu yang penting kot..kan..kan..sesungguhnya doa itu senjata manusia..insyaAllah...






Belalang rajin2 la baca al-quran..nak gak cari guru tok betoikan tajwid.

Tuesday, December 14, 2010

Doa Kepada Sahabat

Assalamualaikum...wbt..






" Ya Rabbi, Ku titipkan Rindu kepada Sekalian Sahabatku,


Jadikan Mereka Bidadara dan Bidadari Yang Selalu Menghembuskan


Nafas-nasfas iman ISLAM-MU,


Jadikan Mereka Lelaki dan Wanita Yang Soleh,


Yang Selalu Mendapat Kasih SayangMu,


Jadikan Mereka Muslimin dan Muslimat Yang Sentiasa


Menjaga Izzah AddinMU,


Ya Allah Sayangilah Mereka, Berkatilah Mereka.




Amin.









Ya Allah Jadikan lah Aku Hamba Yang Sentiasa Ber"doa" Kepada Mu ~ Belalang...

Saturday, December 11, 2010

Kasi Potong!!!!!



Assalamualaikum...wbt...


11 Disember 2020 (5.00 p.m)

Suatu petang selepas solat asar di pondok rehat depan rumah Che LB (Lelaki Baik), Taman Desa Beringin, Che LB minum petang bersama Mek Ridzuan. Dikala itu, Mek Ridzuan membawa anak bongsunya atau anak ke-13 (penyerang) untuk menemaninya minum petang bersama Che LB.


pondok dihadapan rumah Che LB. Walaupon ada nama orang lain.


Che LB : waa..striker dah datang....
Mek Ridzuan : haha..striker muda ni, belum di serap dalam team lagi...

*Mek Ridzuan mempunyai 11 orang anak lelaki, 2 orang anak perempuan (kuatnya beliau) cita-citanya nak buat satu team bola sepak. lagipun niatnya dari belajar dulu nak bukak akedemi bola sepak bersama rakan seperjuangan dia dulu. Tapi belum sampai masa dan masih belum ada modal, maklum la duit banyak habis pada anak-anak-anak-anak-anak-anak-anaknya (apala rahsia dia kan?)

Che LB : "penyerang" (nama timbangan Non Hariz) dah khatam al-quran kan?
Non Hariz : khatam?? dah...
Che LB : bagus anak mek ridzuan ni, baru 8 tahun dah khatam al-quran.
Mek Midzuan : khatam quran dah..."khatan" je belum.
Non Hariz : khatan? (air liurnya diteguk laju selaju air......dicincang takkan putus)
Che LB : haa..elok la tu dah musim cuti sekolah ni berkhatan. kasi POTONG!!!!
Mek Ridzuan : itu la..aku ingat nak daftar berkhatan secara beramai-ramai dekat masjid sikamat tu.

Kelibat "penyerang" tak kelihatan selepas beberapa saat. Langkah "penyerang" laju seperti beruang kudung. laju kot beruang kudung lari? aku pon tak penah tengok lagi. Dalam banyak-banyak anak Mek Ridzuan, Mek Ridzuan paling sayang "penyerang", mungkin sebab anak bongsu dan bakal jadi penyerang berbisa dan bakal menyarung jersi Manchester United, paling koman pon jersi Team Taman Desa Beringin FC. (sarong je, main tak)

Che LB : nak ke mana tu?? tak di minum pon airnya...
Mek Ridzuan : Ayeek...nak ke mana tu?

Langkah "penyerang" makin laju, bila mendengar nama manjanya disebut, lariannya mengalahkan Aidil Zaquan yang berlari mengejar bola semasa perlawanan persahabatan Malaysia menentang Israel. Malaysia menang 7-0.

Non Hariz : Nak pegi main Bola...dah pukul 5 ni......" jeritnya dalam jarak 100m, dengan catatan larian tak rasmi 7.08 saat. Laju betul si "penyerang" ni lari. mengalahkan catatan Usin Lempoyang, 9.68 rekod dunia suatu ketika dahulu.


Non Hariz, membawa diri...........


Kenapa kalu disebut "berkhatan" ja budak-budak akan takut? mungkin belum ada pengalaman kot. maklumlah "senjata" utama di pegang orang dan di potong. Siapa pun takut. maunya tersalah potong. tak ke dah jadi "pon***. Kalu ikotkan musim cuti ni mesti ramai yang buat majlis berkhatan.

Berkhatan ni sebaik-baiknya dilakukan sewaktu bayi berumur hari ke-7 atau hari ke-40, satu lagi masa yang baik sewaktu berumur tujuh tahun atau sewaktu budak-budak nih dah sampai untuk dinasihatkan untuk diajar solat. so kalu nak anak-anak solat awal, nak ajar anak-anak solat, pentingnya solat, khatankan lah anak-anak awal, tapi kalu anak-anak ni korang ada masalah sewaktu umurnya diperingkat awal, elok lah dilewatkan. insyaAllah ada keberkatan-Nya..

Aku, darjah 3 dah berkhatan. kira awal la tu darjah 3. haha. ada kawan-kawan aku masa sekolah dulu tingkatan 1 baru nak berkhatan. lambat betul. tapi bagi yang berkhatan awal ni. biasa la zaman budak-budak. siap berbangga lagi ngan kawan-kawan. "aku dah sunat", "aku leh solat saf depan, korang? macam-macam lagi la..kira leh bangga la kalu dah sunat yang paling penting..leh Kawin..haha..kalu sesiapa nak rasa kawen awal..sunat la awal..tak gitu?? senang beno nak kawen..hehe.."potong je leh kawen?''

Aku dulu berkhatan dengan sepupu aku..dua orang ja, time tu cuti pertengahan tahun. kira tak ramai la berkhatan time tu. tapi beza plak dengan budak-budak yang berkhatan beramai-ramai ni..kompom banyak karenah..kalu tak percaya tengok video ni..




Bagus gak berkhatan ramai-ramai ni, kalu yang takot jadi tak takot, yang tak takot jadi takot..macam-macam la..dan yang paling penting dapat menjalinkan hubungan silaturahim diantara kanak-kanak dan ibu bapa masing-masing dan yang paling penting lagi. kalu ada awek yang datang melawat leh ngorat sekali. hehe..


20 Disember 2020 (9.00 pm)

Di rumah Mek Ridzuan.

Che LB : Assalamualaikum....
Mek Ridzuan : Waalaikumusalam..masuk le...
Che LB : Cepat la siap Mek Ridzuan oi.. dah kol 9.00 ni, main pukul 9.30.
Mek Ridzuan : Jap le..aku nak tukar kain "penyerang'' ni...orang dah ''berkhatan'' katakan...
Che LB : haha..tak dapat la nak lari laju lagi..eh..tak dapat la nak main futsal malam ni...
Non Hariz : @#$%^&*......arggghhhhhhhhhh........(kain sangkut jatuh di atas .........)








Belalang kena sunat gak ka???

Thursday, November 4, 2010

Iman dan Islam

Assalamualaikum...wbt...

Hari ni hari yang indah bak kata blogger nyongatthesky.blogspot.com tuh..haha..mana taknya cuti katakan, aku ng kawan-kawan sampai dah tak tau nak buat apa..erm..kat sini aku ingin berkongsi ngan hangpa semua iaitu mengenai sediki sebanyak mengenai pertanyaan Sahabat kepada Nabi kita, Nabi Muhammad SAW, sedikit sebanyak apa yang dah aku pelajari dan baca, sedikit sebanyak yang dapat aku kongsi akan aku kongsikan dalam blog nih sebagai rujukan dan mengambil manfaat dari apa yang disampaikan, insyaAllah, dalam mengejar dunia, aku juga ingin menuju akhirat..kepada semua yang mengikuti blog aku ini, harap dapat berkongsi ilmu bersama, insyaAllah. apa yang kita baca, kita dapat ilmunya eloklah kita berkongsi bersama agar pahala dan ilmu itu kembali kepada kita jua kelak. insyaAllah.


Soalan sahabat :
"Amalan apakah yang paling banyak pahalanya dalam Islam?"


Jawapan Nabi :
"memberi makanan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal mahupun tidak kenal"


Penerangan :
Nabi SAW memberikan jawapan kepada orang yang bertanya dengan memberikan makanan dan memberi salam, kerana manfaat kedua-duanya kembali kepada manusia dan dengan kedua-dua itulah keamanan akan tersebar di permukaan bumi Allah ini.

















Belalang cuba amalkan....insyaAllah !

Tuesday, October 19, 2010

Allah Sentiasa Ada Bersama kita.....



Assalamualaikum...wbt....



Dalam banyak perkara yang dipikirkan aku salah satunya AGAMA ku...soal agama memang soal yang penting dalam kehidupan kita sebagai hamba Allah (bagi yang Muslim). Dalam mengerjakan apa sahaja ibadah, mesti ada kemusykilan kalu kita tak dak ilmu yang teguh...ilmu yang mendalam, ilmu yang membuatkan seseorang lebih yakin mengerjakan sesuatu...dan bila aku renung aku juga salah seorang hamba yang masih belum teguh imannya, belum cukup
pahalnya, belum sedia ''berjumpa'' dengan NYA maha pencipta, namun aku berusaha ke arah yang lebih baik..setiap hari mencari yang lebih baik, selalu memohon kebaikan hari esok lebih dari hari ini..namun semua yang telah di tetapkan Allah SWT adalah segalanya yang trbaik dalam kehidupan kita, segala yang kita cuba usahakan pasti menemui jalan...yang nyata semuanya daripada NYA yang maha Esa...

......................................................................


Aku bukan seorang pakar agama, namun aku mencari kawan yang dapat bersama, dalam apa jua cara, dia membawa ku ke jalan bahagia, bahagia? sudah pasti bahagia hanya di syurga..aku insan yang lemah, hanya mampu berserah, tapi ingat,,bukan lemah pada hambanya..aku lemah pada pencipta, aku jalih kerna tidak menuruti perintahnya, kalau aku rasa pedihnya Neraka sudah pasti aku sentiasa bersedia, tiap saat, tiap masa..tak kira di mana, aku hanya mengingatiNya..namun aku...insan yang bernama HAMBA..layakkah aku meminjam nama ini untuk berada sehingga di syurga...atau nasibku hanya di Neraka?? Allah....pOhon ku hanya pada - Mu...jauhilah aku dari segala celaka dan bencana, keluarga ku dari azab siksa...

.......................................................................

Allah aku tahu setiap hari hidupku adalah kesempatan dalam hidup ku...apa yang perlu hanya 2 hala...dosa atau pahala...ada kala aku terpaku melihat kelibatku, bukan lupa pada Mu, tapi sentiasa terbabas dalam di luar jangkaan ku...hati berdebar dalam dosa...Alhamdulillah ya Allah Engkau masih mengingatkan ku...Kau sentiasa berada di sisiku..cuma..aku yang sering leka..di buai alam bencana jika terus menerpa...API DALAM NERAKA!!! Allahualam....






Allah Selamatkan Aku dari Dosa - belalang

Sunday, August 15, 2010

"Pergi Jahanam lah Kau!!!"


















Assalamualaikum..wbt..

"Pergi Jahanam lah kau!!!" huh.. terkejut pas bagi salam terus cakap "pegi JAHANAM???haha..sekali dengaq panas je telinga ni kalu kawan-kawan kita cakap kat kita, tapi bila dah jadi kebiasaan bagi kita, kita pOn rileks dah macam tak da apa2 lak kalu kawan kita cakap cam tu..yela setakat cakap ja apa ada hal kan? heh.. tapi sebenaqnya disebalik apa yang kawan kita cakap tuh boleh mendatangkan doa kepada kita...memang kita mempunyai kawan yang baik kalu dia sentiasa mendoakan kita,,,tapi kalu doa dia "Pegi Jahanam lah kau!!!" err...kawan ka tu??heh...untuk hang pa yang masih dalam samar-samar apa yang aku nak celoteh ni, aku sebenaqnya nak bagi tou yang perkataan JAHANAM tuh sangat lah tak baik kalu kita guna, mana tak nya tu kan nama "NERAKA !" kalu pak arab dengaq kita cakap kat dia mesti dia dah tak mai malayzie ni..hehe..sebab takot kita doakan dia masuk neraka.... so pikiaq2 la kawan-kawan ku..erm..ni sedikit sebanyak aku nak kongsi bersama ilmu yang aku dapat, bukan nak kata hang pa tak tau nama2 syurga dan neraka ni, cuma aku ingin berkongsi dan mungkin ada yang dah xingat aku ingatkn diri aku dan rakan-rakan yang lain..aku ada senaraikan nama-nama syurga dan neraka siap dengan level dia nah....zaaasss....

Tingkat dan nama-nama syurga ialah :-
1. Syurga Firdaus
2. Syurga 'Adn
3. Syurga Na'iim
4. Syurga Na'wa
5. Syurga Darussalaam
6. Syurga Daarul Muaqaamah
7. Syurga Al-Muqqamul Amin
8. Syurga Khuldi
(doa untuk kita amalkan):


Sedangkan tingkat dan nama-nama neraka adalah :-
1. Neraka Jahannam
2. Neraka Jahiim
3. Neraka Hawiyah
4. Neraka Wail
5. Neraka Sa'iir
6. Neraka Ladhaa
7. Neraka Saqar
8. Neraka Hutomah



Tempatku? huh...Allahualam....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...