Wednesday, August 11, 2010

Ia Kembali !

Salam Ramadhan kepada ibu ku, saudara mara ku, kawan-kawan yang di sayangi semua...semoga Ramadhan kali ini memberi kelebihan kepada diri kita dan sentiasa berada di dalam kerahmatanNYA...

Setahun dah berlalu..
kini ia kembali...
mengambil masa kita untuk bersamanya...

dalam sedar atau tidak...
yang lain meninggalkan kita buat sementara...
andai tidak sedar kehadirannya...
ia seperti kawan kita..
andai kita menyedarinya..
dia lah musuh yang nyata....

kini ia pergi agar jauh dari kita...
ini lah masanya...
ALLAH memberi ruang pada HAMBANYA...
kita mencari apa yang di kataNYA...

Ramadhan penuh keberkatan...
kini ia kembali...
Lailatulkadar carian keimanan...
fahami lah erti...
langkah lah untuk DIA...
agar ramadhan bukan untuk di sia-sia...

Friday, August 6, 2010

ISRAEL ISnotREAL !!!







ISRAEL ISnotREAL -
"buku ni membuatkan aku berpikir sejenak mengenangkan nasib para saudara kita di Palestine sana..apa la nasib diaorang kat sana..hanya doa yang mampu aku jihadkan"












"Sebelum menjelang tengahari, ketika murid2 pulang dari sekolah jalan-jalan di Gaza padat, orang2 lalu lalang ,masa itu lah peluru berpandu yg kekuatan setengah tan dari bilik jet2 pejuang di campakkan. Hari pertama sudah cukup bagi ISRAEL mengorbankan 200 org dan 700 lainnya cacat seumur hidup..." - ISRAEL ISnotREAL

bagi aku...Zionis ni sangat kejam dan langsung tak berperikemanusiaan..diorang ni pengecut, penakut..ambil hak orang dan macam-macam lagi lah..tapi kenapa mereka yang asalnya tiada negara sendri dapat menguasai DUNIA sekarang?

menurut buku yang aku baca ni, banyak konspirasi yang melibatkan kejayaan Yahudi ni (zionisme) Yahudi ni dibuang semasa pemerintahan kerajaan Rom dulu, masa zaman Nabi Musa A.S mereka ni memang dah besar kepala..mintak macam-macam pada nabi. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.

Apa-apa pOn akhirnya Palestin dikuasai oleh England (britain) dimana penglibatan mereka semasa perang dunia pertama yang dapat menawan negara Palestin yang terbinanya masjid al-aqsa..Ketua Zionis plak time tuh memohon supaya mereka dapat menetap di situ setelah mereka dibuang oleh kebanyakkan negara barat..Yahudi ini orang buangan,,yang tetiba ja nk buat negara sendiri,,mereka merancang macam2lah perancangan yang Zionis ni buat untuk mengusir umat Islam di Palestin, sedangkan mereka ni hanya menumpang di tanah orang dan merampas hak orang..kata mereka tanah tu hak mereka katanya tanah tu Tanah yang dijanjikan Tuhan. macam biasa la bila kristian pon tau macam2 la mereka pon nak masuk jugak..mereka kata kat situ lah tanah suci mereka tample of nazareth (bukan band nazareth yg popular ngan lagu love hurt tuh) tapi tempat tanah suci agama mereka nih..

konspirasi antara negara negara bertiga iaitu britain-perancis-rusia yang memang terkenal dengan teknologi peperangan yang canggih berjaya mendapatkan negara Palestine ini..Penguasaan Turki uthmaniah sudah berakhir dan mereka yang berkonspirasi ni lah yang dapat melebarkan setiap inci tanah Palestin tercinta..

itulah sedikit sebanyak yang buku ini menceritakan bagaimana perjalanan zionis ni menawan Palestin secara HARAM!!! kalu nak tou lebih, beli la buku ni supaya kita tahu bagaimana bangsa Yahudi Laknatullah yang ditakuti oleh semua sebenarnya adalah PENGECUT!!!...

SAVE PALESTINE!!!!

ALLAHUAKHBAR!!!!


"Andai aku disana........"

Thursday, August 5, 2010

Aku skandal !

aku skandal...
tapi bukan bermakna aku sundal...

aku skandal...
tapi bukan bermakna aku bebal...

aku skandal...
tapi bukan bermakna aku tak pernah sesal...

aku skandal...
Tolong Aku mencari CINTA yang KEKAL...



"Cinta yang KEKAL Hanya Pada Allah"

Wednesday, August 4, 2010

guru oh cikgu











BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG - Al - Fatihah.
1979

"5 tahun lalu..Zubir Rajman telah memberi aku sehelai kain pelikat yang di simpannya sekian lama, khasnya hanya untuk di berikan pada aku..bersama sekeping kertas hasil tulisan tangannya yang kemas dan tersusun memberikan aku sebuah sajak yang tak lapok dek hujan tak lekang dek panas hasil nukilan sasterawan negara arwahyarham Usman Awang. kini 5 tahun sudah berlalu..aku bakal menjadi guru..jasa nya tetap ku kenang sehingga kini, wahai Cikgu Zubir yang tidak akan aku lupai.."


Dalam kekalutan aku nak memesan makanan di sebuah restoran makanan ringan tadi aku menerima satu panggilan, nombornya aku ingat tapi tak ada paparan nama pada alat komunikasi aku, aku terus meniggalkan kaunter tok mac dan nyOng 'oderkan' tok aku..aku cuba menangkap suara siapa yang bercakap ngan aku, tapi sedikit pon aku xingt..dalam hati aku aduh..sapa plak yang kol aku tetiba je ni? nk tanya aku takot kecik hati..ah..klu aku tak tanya sampai bila aku nk tau kan..aku pon bertanya.."sapa ni?" dalam loghrat utara aku..."Ni Cikgu Zubir la....." aku terkejut dan rasa malu aku kat dia..sebabnya dia yang telefon aku..sepatut nya aku yang telefon dia, tanya kaba dia..last2 dia yang telefon aku tanya kaba..hadui...belalang-belalang...apa nak jadi dengan hg nih...apa lagi aku pon mintak maap la banyak2 bukan xingat dia, cuma no telefon dia tak dak dalam henpon ni dalam henpon satu lagi (bukan helah, ini kisah benar, hehe)... maap cikgu....

nasib baik lah cikgu aku ni sorang yang "cool" dan guru terbaik penah aku jumpa..dia lah inspirasi aku selama ni,,dia banyak menolong masa kt sekolah dulu, aku tak akan lupa jasa dia sampai bila-bila, aku syukur sangat dapat cikgu yang sanggup membantu dan nak tengok anak murid dia berjaya,,kalu boleh aku pon nak jadi macam dia dan menjadi inspirasi rang lain, mana tak nya, sbb usaha dia membimbing aku lah aku dapat rezeki pelajar terbaik sekolah atau kat sekolah aku di panggil "TIGER OF THE YEAR" alhamdulillah..kata-kata aku masa tingkatan 3 dulu tercapai..terima kasih cikgu...

"Topek (kawan paling rapat dengan aku dulu) satu hari nanti kita akan dapat "TIGER OF THE YEAR"..aku cakap main-main ja ngan kawan aku ni,aku tau susah nak dapat anugerah ni, nak kena wakil Malaysia baru boleh, paling kurang pOn wakil negeri, aktif sukan, koko , ngan kurikulum cemerlang..mana aku nak dapat wakil Malaysia, wakil negeri pon sekali ja aku dapat bawah 19 tu pon masa form 5..tapi atas dorongan cikgu aku sorang nih banyak aku aktif, termasuk lah macam-macam dia bawak aku supaya aku aktif..terima kasih cikgu...

kalau nak di ceritakan kenangan aku ngan cikgu memang banyak lah,sejak dia baru pindah sampai lah skrang,,dia memang cikgu yang banyak berkorban untuk anak bangsa dia..dia lah cikgu yang terbaik bagi aku..aku harap dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera..korang yang sudi membaca blog aku ni pon doa2 la kt cikgu2 korang agar mereka berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya aminnn...terima kasih cikgu...

Tuesday, August 3, 2010

Aku Kembali MencOba...

Kawan-kawan...

aku kembali...

Mencoba.....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...