Wednesday, December 14, 2011
Errr...Tah Buh la Tajuk Sendiri....
Thursday, September 8, 2011
Errr...sekadaq berkongsi...
KUALA LUMPUR – Pemakaian jersi bola sepak atau sebarang pakaian yang memiliki lambang salib, jenama arak dan imej syaitan adalah haram hukumnya dan boleh menjurus kepada perbuatan syirik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot berkata, perkara tersebut ditegah oleh Islam dan perbuatan mengabaikan hukum yang sudah jelas boleh membawa umat Islam ke arah syirik.
Beliau berkata, memakai baju seperti itu walau apapun alasannya menunjukkan umat Islam seolah-olah mengagung-agungkan dan memuliakan lambang agama lain.
“Semua mengetahui hukum ini dengan jelas, ia adalah haram dan jangan beri alasan untuk menghalalkan perkara tersebut.
“Dalam hal ini, Islam tidak ada kompromi sama ada ia dibuat atas nama hiburan, fesyen mahupun sukan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! Ahad baru-baru ini.
Beliau mengulas trend menyarung jersi di kalangan remaja dan golongan dewasa masa kini yang secara terang-terangan memiliki lambang salib atau jenama arak di baju mereka.
Trend itu sudah agak lama berlaku di negara ini namun semakin popular semenjak demam Piala Dunia melanda bermula awal tahun ini.
Antara jersi pasukan negara atau kelab yang tertera lambang salib atau imej syaitan adalah Brazil, Portugal, Sweden dan Norway, Manchester United dan Barcelona.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau berkata, perbuatan memakai baju seperti itu hanya menjurus ke arah dosa dan boleh mengakibatkan syirik kepada Allah.
Jelasnya, pakaian yang mempamerkan lambang agama lain mahupun mempunyai imej syaitan dan jenama arak dilihat seperti mengangkat martabat lambang itu lebih tinggi berbanding Islam.
Menurut Harussani, Islam tidak menghalang umatnya untuk berfesyen atau bersukan namun ia perlu dilakukan dalam ruang lingkup syarak seperti menutup aurat dan tidak membazir.
err...sekadar berkongsi, bukan nak kata MAN U blasah Arsenal sampai 8 buat aku angin, tapi sekadar berkongsi sesama saudara ISLAM aku...xsalahkan..klu kita pakai jersi Arsenal pon tetap leh sokong MAN U atas dasar semangat kesukanan...kan..heh........
Wednesday, September 7, 2011
Aku pemain Arsenal...


Friday, August 19, 2011
Hina Islam!!
Thursday, August 4, 2011
korek telinga.....!!
Saturday, May 28, 2011
Emas....satu perlaburan di masa hadapan...
- Ada bini, anak adakalanya nak cucu yang banyak.
- Duit yang cukup. tak ada duit susah nak buat apa. segalanya memerlukan duit. tp duit bkn untuk segalanya,segalak-galaknya xperlukan duit. cuma jadi galak saja dah cukup.
- Bila dah jadi keemasan pasti nak menziarahi kaabah yang kain disulamkan benang emas. sapa yang xdak keinginan tu, refer balik rukum Islam noo..
- Rumah sendiri yang tetap dan menghabiskan masa-masa keemasan untuk berehat atas kerusi malas dan menonton TV saluran emas. sambil nyanyi lagu M.Nasir Hati Emas.
- Emas tulen untuk si isteri sebagai hadiah. sudah pasti bukan emas zulian.
- Nak beli pisang emas. bawak pi MASJID. paling penting di hari emas.
Sunday, May 8, 2011
Jangan Rakam La Bodoh!!!!
- REC.......tettt........
- REC.......tettt........
- REC.......................

Friday, May 6, 2011
Surat Dari Murid Pencinta Nasi Lemak !!
Saya, Mohd Hazwan salah seorang murid pemulihan tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 5, ingin memohon kepada tuan untuk menarik balik larangan menjual nasi lemak di kantin sekolah.Untuk pengetahuan tuan, saya sekarang sudah tidak semangat lagi untuk belajar ketika di dalam kelas kerana tidak dapat makan nasi lemak 50 sen pada waktu rehat.Nasi lemak merupakan sumber tenaga utama saya setiap hari.Kebanyakan kawan-kawan saya juga merasakan hal yang sama
Saya juga pernah mempunyai dua orang abang yang bersekolah di sini satu masa dulu, mereka memberitahu saya yang mereka hampir setiap hari makan nasi lemak di kantin sekolah walaupun dulu harganya cuma 30 sen sepinggan.Tuan nak tau di mana mereka sekarang?Seorang telah menjadi doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur dan seorang lagi akan menamatkan pelajaran dalam bidang teknologi makanan tidak lama lagi.Jadi saya rasa alasan murid-murid akan menjadi lembab dalam pelajaran adalah tidak munasabah.
abang2 saya yang cacat...mereka suma minat nasik lemak....
Alasan kedua yang mengatakan nasi lemak boleh menjadi penyebab obesiti juga adalah kurang tepat. Walaupun saya hari-hari makan nasi lemak tapi saya tidak juga obesiti. Saya masih slim dan berat sentiasa maintain kerana saya selalu beriadah antaranya berlari-lari di padang dan lari dari sekolah.Sebenarnya ini berpunca dari gaya hidup murid-murid sendiri yang selalu mengamalkan budaya 'makan tidur facebook blog tidur' seterusnya menyumbang kepada obesiti.Justeru, saya mencadangkan agar waktu Pendidikan Jasmani ditambah dari 1 jam seminggu kepada 4 jam seminggu.Selain itu perhimpunan pagi juga boleh digantikan dengan senamrobik untuk menggalakkan murid-murid bersenam.Hari Sukan sekolah juga perlu dibuat setiap 2 bulan sekali.
Tambahan pula, larangan penjualan nasi lemak di kantin telah menyebabkan jualan makcik kantin merosot dengan mendadak.Saya dapat lihat riak wajahnya yang sentiasa bermuram setiap hari.Saya bimbang ini akan memberi kesan kepada kesedapan makanan di kantin sekolah kita.
Saya berharap agar pihak tuan akan mempertimbangkan aduan dan cadangan saya ini. Bak kata pepatah 'nasi lemak merupakan warisan zaman-berzaman, takkan nasi lemak hilang di dunia'.
Yang benar,
Murid pencinta nasi lemak 50 sen...haha..tQ boss....
Monday, May 2, 2011
C-Tiga !

Sunday, April 17, 2011
CIKGU BAIK....WALAUPUN CIKGU GILA-GILA.....

Sunday, April 3, 2011
Aku Dilamar??? Euuuuwwww.......




Wednesday, March 23, 2011
Bukan 5, bukan 6, tapi TUJUH!!!!
Bukan 5, bukan 6, tapi tujuh...
apakah ia?
dulu kalau lari macam lipas kudung...
sekarang lari rasa asik nak tersadung....
bukan la rasa besar sgt..tapi bila dah sampai 7..
rasa berat nak kayuh..
dulu tiap petang main bola..
la ni tiap petang...jom tidor la.....
rasa nak try produk yang arwah Din Beramboi jual dalam citer BULI....
minumlah.........."LU SLIM LA BEB!!!!!"
kini idolaku bukan lagi MESSI tapi dr. ROZMEY!!

Beratku kini 70kg, itulah TUJUH..................ADUS!
Sunday, February 20, 2011
I LOVE U...YEAAA.....


Wednesday, January 19, 2011
Kain....!


Saturday, January 15, 2011
GIAN SEPAK BOLA!!




Tuesday, January 11, 2011
Penempatan atau PENATPATAN??
