Saturday, June 13, 2009

Tiga Amalan Utama

Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat.

Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah. Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk maslahah umum.

Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.
Hanya dengan ilmu sahajalah seseorang Muslim dapat memantapkan iman dan mempertingkatkan amal salih serta mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah. Baginda Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan ilmu melalui hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud: "Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredaan ke atas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama ke atas gugusan bintang di langit."

Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah. Pada masa sama, anak juga diasuh supaya menjadi generasi harapan yang akan menyumbang bakti berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Inilah antara ciri anak salih yang memiliki kekuatan rohani dan kehebatan jasmani yang doanya amat bernilai kepada kedua orang tua. Demikianlah beberapa amalan salih yang perlu diamalkan sebagai persiapan menuju kehidupan hakiki. Sedarilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan hakiki adalah di akhirat. Justeru, sebelum terlambat bersegeralah kita melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan pada masa sama menjauhkan daripada segala kemungkaran serta bersungguh-sungguh mendidik anak supaya menjadi insan benar-benar beriman dan bertakwa. (Khutbah Jakim online)

assalamualaikum....


pergh..penat tol ari ni aku rasa...

mana tak nya..ak ikot abg aku gi jogging ari ni..dh 2 minggu ak dok diam je..tbe2 g jogging plak...mule2 mls gak aku rasa nk g jog..tp ak tringt kata2 si lelaki belalang tu banyakkan 'out work' so ak pon semangatkan diri sebab satu hari nt aku nk kalahkan si lelaki belalang tu dalam 3 km belakang maktab tu...stkat ni bleh la ak rapatkan diri je tapi jauh gak ak dari dia..mgkin skit ari lagi bleh lakot...haha...buat mac usaha lagi supaya ak leh dapat sparing yg hebat..

dalam dok jog tu ak nmpk la satu wedding ceremony dekat taman tasik tu..cntk gak konsep dia wt tepi tasik plak tu msti mahal di pya kos tu...tp bukn tu la hal yg ak nk postkan ni...sk sebenarnya nk cte sal jog td tu...dalam 2 minggu xbersukan asa bdn skit je..sllu klu kt maktab tu pantang kol 5-7 kompem men bola, tiap2 ari xkira hari apa pon...exam pon men gak...sebb nk jga fitness n mint wa pada bola tp sejak2 cuti ni sukan "zero" tu yg membuatkan ak rasa penat masa jog tu...nk jog sblm ni pon kasut ak rosak,so ak tggal la kt maktab nun...seb bek abg ak bg pnjam kasut dia..so leh la aku pakai n jog...ramai gak org kL ni jog...taman tasik dia pon besar n cntik la bagi aku...abis je dalam 3 round ak berenti jog..ada la dalam 6 kilo lebih...ok la tu...janji ak dah wat sdikit senaman walaupon dalam masa cuti ni...kuang2 recover la sket fitness ak...

selain jog ak gemar gak berenang,tp disebabkan kt cni jauh nk g berenang ak pon xgi la..klu kat seremban tu dekat jakt sni ak nk crita sket sal faedah berenang.

Berenang merupakan latihan aerobik yang popular. Ianya juga merupakan latihan terbaik kepada sesiapa yang memerlukan kemantapan kesihatan dan sentiasa aktif. Aktiviti berenang melibatkan banyak otot dibahagian atas dan bawah badan berbanding bentuk latihan yang lain. Sebagai contoh, aktiviti berjogging atau berbasikal hanya menggunakan otot bawah iaitu kaki sahaja. Tambahan pula, aktiviti aerobik dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress. Secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan diair adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan.

Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandung.Pada kebanyakan orang dewasa, bahagian atas badan merupakan bahagian paling lemah. Dengan berenang, bahagian atas badan dan tangan bekerja lebih berbanding bahagian bawah iaitu kaki. Secara khusus, berenang dan bentuk latihan diair seperti aerobik memberikan faedah kepada cardiovascular dan merupakan salah satu bentuk latihan yang menggerakkan keseluruhan badan. Latihan diair yang suam juga merupakan kaedah terbaik kepada mereka yang mengalami penyakit sendi atau sengal (arthritis).

so selain dari jog n berbasikal korang yg belum cube renang test la sbb nya ia melibatkan keseluruhan otot badan korang...ak ingt naek cuti ni nk gi renag kat paroi tu...sapa yg nak ikot ak jom...hehehe....calo....

Friday, June 12, 2009

assalamualaikum...wbt...

sisipan pertama...
blog pertamaku setelah mencuba berkali-kali...
ini lah namanya rezeki...
ada usaha...dapatlah ia...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa Nak Dikata Yang Lain??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...